omniture

Hertz Asia Ungguli Anugerah Perjalanan Serantau

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2019-10-23 08:38 385
  • TTG Asia - Anugerah Travel Hall of Fame ke-14
  • Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2019 - Sewa Kereta Terbaik

SINGAPURA, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Hertz Asia telah dianugerahkan pengiktirafan berganda dengan menerima anugerah Travel Hall of Fame di TTG Travel Awards Tahunan 2019 dan anugerah Sewa Kereta Terbaik menerusi Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2019.

Brigette Tan, Senior Manager - Loyalty & Partnership Marketing, Hertz Asia Pacific, collects the Hall of Fame for Best Car Rental award at TTG Asia Travel Awards on behalf of Hertz.
Brigette Tan, Senior Manager - Loyalty & Partnership Marketing, Hertz Asia Pacific, collects the Hall of Fame for Best Car Rental award at TTG Asia Travel Awards on behalf of Hertz.

 

Brian Yeap, Business Development Manager, Hertz Asia Pacific, collects the Best Car Rental award at Travel Weekly Asia’s Readers’ Choice Awards on behalf of Hertz.
Brian Yeap, Business Development Manager, Hertz Asia Pacific, collects the Best Car Rental award at Travel Weekly Asia’s Readers’ Choice Awards on behalf of Hertz.

 

Sejak Hertz mula dimasukkan ke dalam Travel Hall of Fame pada tahun 2005, ia telah menerima anugerah tersebut setiap tahun. Syarikat ini turut mengungguli anugerah Travel Weekly Asia sejak ia dimulakan pada tahun 2015.

TTG Travel Awards merupakan anugerah yang berprestij, diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin dalam industri perjalanan di seluruh dunia. Hertz diberi penghormatan dengan anugerah Travel Hall of Fame untuk Syarikat Sewa Kereta Terbaik di upacara penyampaian anugerah TTG Travel Awards Tahunan ke-30 di Bangkok baru-baru ini.

Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2019 - Sewa Kereta Terbaik, diundi oleh golongan profesional industri di seluruh Asia dan pembaca Travel Weekly Asia, disampaikan pada malam Selasa (15 Oktober) di Singapura.

Eoin Macneill, Naib Presiden Asia Pasifik, Hertz, berkata: "Hertz berbesar hati kerana sekali lagi menerima kedua-dua anugerah berprestij ini dan kami paling bersyukur kepada rakan-rakan dagangan kami, kakitangan yang berdedikasi serta pelanggan-pelanggan yang dihargai atas peranan mereka dalam menjadikan pengiktirafan ini dapat diperoleh saban tahun."

"Hertz terus memberikan penyelesaian kenderaan yang premium dan bernilai cemerlang selama lebih 100 tahun dan rantau Asia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat. Baru-baru ini kami mengembangkan operasi kami di Vietnam dan telah melantik Ejen Jualan Am di Macau, Kemboja, Laos dan Myanmar," kata En. Macneill.

"Dengan melabur dalam teknologi dan strategi baharu, Hertz berkedudukan baik untuk memenuhi jangkaan pelanggan masa depan dan bekerjasama dengan rakan dagangan kami dengan lancar pada tahun-tahun akan datang," simpul En. Macneill.

Maklumat lanjut tentang TTG Travel Awards 2019 dan Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2019 disediakan di:
http://awards.ttgasia.com/ dan https://www.travelweekly-asia-rca.com/

LATAR BELAKANG HERTZ

The Hertz Corporation, subsidiari milik Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama-jenamanya kira-kira di 10,200 lokasi korporat dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan terbesar di dunia dan jenama Hertz ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, The Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pajakan kenderaan dan pengurusan kumpulan pengangkutan Donlen, yang mengendalikan jenama sewa kenderaan Firefly, Hertz 24/7 dan perniagaan perkongsian kereta Flexicar dalam pasaran-pasaran antarabangsa serta menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, kunjungi: www.hertz.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616525-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616525-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190829/2563703-1LOGO?lang=0

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Travel Awards