omniture

CITIZEN lancar tiga model baharu SATELLITE WAVE GPS F150 tampilkan teknologi penjagaan masa satelit

Rintis Penjagaan Masa Tepat melalui Satelit GPS
CITIZEN WATCH
2019-10-23 09:00 214

SINGAPURA, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Dilancarkan oleh CITIZEN WATCH pada tahun 2011, Eco-Drive SATELLITE WAVE H990 merupakan jam tangan berkuasa cahaya yang pertama di dunia yang menerima isyarat waktu daripada satelit agar sentiasa menunjukkan masa yang tepat di mana-mana sahaja di dunia. Pada tahun 2018, sebuah kemas kini diperkenalkan untuk model ini – Eco – Drive SATELLITE WAVE GPS F990, yang sekali lagi memajukan keupayaannya untuk menggunakan Satelit GPS untuk menetapkan masa dan zon waktu berdasarkan lokasi pengguna.

SATELLITE WAVE GPS F150 baharu memaparkan waktu yang tepat di mana-mana sahaja anda berada
SATELLITE WAVE GPS F150 baharu memaparkan waktu yang tepat di mana-mana sahaja anda berada

Citizen Satellite Wave GPS F150: Keupayaan teknologi yang maju pada harga permulaan

Model baharu SATELLITE WAVE GPS F150 meneruskan tradisinya yang menawarkan keupayaan dan utiliti yang luar biasa, tetapi kini, pada harga permulaan, Malah, kesemua keupayaan model semasa ini, SATELLITE WAVE GPS F990, boleh didapati pada Eco-Drive SATELLITE WAVE GPS F150 baharu. Ini termasuk kelajuan pemerolehan isyarat satelit yang semakin laju (*minimum 30 saat diperlukan) selain kepantasan putaran jarum jam dan minit untuk menunjukkan waktu yang tepat, setelah isyarat masa dan lokasi diterima daripada satelit GPS.

Reka bentuk diinspirasikan oleh Teknologi

Kelajuan isyarat satelit yang baharu dan bertambah baik
Kelajuan isyarat satelit yang baharu dan bertambah baik

Model baharu SATELLITE WAVE GPS F150 bukan sahaja menggabungkan butiran reka bentuk daripada SATELLITE WAVE GPS F990 semasa, tetapi juga daripada salah satu model terawal yang paling disanjungi dalam rangkaian SATELLITE WAVE, SATELLITE WAVE F100.

SATELLITE WAVE F100 CC2006-53E dan SATELLITE WAVE F990 CC7005-16E
SATELLITE WAVE F100 CC2006-53E dan SATELLITE WAVE F990 CC7005-16E

SATELLITE WAVE F100, yang dilancarkan pada tahun 2014, dipuji untuk reka bentuk bersudut yang moden, dengan permukaan bersegi-segi pada bekas jam. SATELLITE WAVE GPS F150 baharu turut mewarisi idea reka bentuk ini untuk pemegang tali jam ataupun "lug", yang mengunjurkan enam permukaan bersegi-segi pada setiap lug. yang mengimbau kembali rupa unik keluaran terdahulu.

Butiran reka bentuk pada model semasa, SATELLITE WAVE GPS F990 juga boleh didapati pada SATELLITE WAVE GPS F150 baharu. corak turbin berputar, yang boleh dilihat sebagai latar belakang bertekstur pada model pertama menjadi inspirasinya. Pada SATELLITE WAVE GPS F150, corak ini lebih jelas oleh kerana ia menempati sebahagian besar muka jam. Kilauan pada muka jam apabila cahaya bergerak melintasinya menjadikan penampilannya pada pergelangan tangan mengagumkan.

Fungsi Optimum setiap hari dan untuk perjalanan anda

Dapatkan fungsi yang optimum untuk kehidupan seharian dan untuk perjalanan anda tanpa perlu bimbang tentang bateri
Dapatkan fungsi yang optimum untuk kehidupan seharian dan untuk perjalanan anda tanpa perlu bimbang tentang bateri

SATELLITE WAVE GPS F150 adalah jam tangan yang sempurna untuk kegunaan harian dengan rupa dan fungsi modennya. Selain daripada jarum jam dan minit utama yang menunjukkan waktu, serta apertur untuk tarikh, apa yang menonjolkan ciri keseluruhan jam tangan ini adalah bahagian sub-muka jam pada pukul 7.30. Pada bahagian ini, dalam sub-muka jam, terdapat jarum Fungsi, penunjuk Hari, rizab Kuasa dan tetapan waktu Musim Panas (buka atau tutup). Digunakan dengan gabungan tombol pemutar jam dan dua penekan pada sisi bekas jam, semua fungsi jam tangan termasuk penerimaan isyarat waktu satelit, penukaran waktu musim panas ke waktu standard dan penyelarasan mengikut waktu dunia boleh ditetapkan.

Selain itu, SATELLITE WAVE GPS F150 turut dilengkapi dengan teknologi Eco-drive yang berhak milik kepada CITIZEN, bermakna ia dicas dengan sumber cahaya dan tidak memerlukan bateri.

*GPS ialah akronim untuk Sistem Kedudukan Sejagat

SPESIFIKASI PRODUK

CC3079-11E, CC3075-80E dan CC3078-81E
CC3079-11E, CC3075-80E dan CC3078-81E

SATELLITE WAVE GPS

Model

CC3079-11E

CC3075-80E

CC3078-81E

Harga Pasaran

SGD 1,177.00; RM 3,520.00

Bekas Jam

Keluli Tahan Karat + Saduran Ion Hitam

Tali Jam

Getah Silikon

Keluli Tahan Karat +

Saduran Ion Hitam

Keluli Tahan Karat +

Saduran Ion Hitam

Kaca

Kaca Mineral

Warna Muka Jam

Hitam

Saiz

Diameter 44mm

Gerakan

Cal. F150 / Sistem Penjagaan Masa Satelit (GPS) / Eco-Drive /
Kalendar berterusan / 40 zon waktu (27 bandar waktu dunia) /
Fungsi jimat siang / Hari dan tarikh /
Penunjuk simpanan kuasa / Penunjuk cas rendah /
Fungsi Pencegahan Cas Lampau / Rintangan Air 100m

LATAR BELAKANG CITIZEN WATCH

CITIZEN WATCH adalah pengeluar jam tangan "Manufacture d'horlogerie" dengan proses pembuatan komprehensif yang bermula daripada penciptaan komponen individu jam tangan sehingga ke pemasangan akhirnya. Syarikat ini beroperasi di lebih 130 negara di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1918, CITIZEN telah berpegang kepada kepercayaan bahawa "Lebih Baik Bermula Sekarang" – iaitu, sesiapapun anda dan apa jua yang anda lakukan, anda sentiasa dapat melakukannya dengan lebih baik dan sekarang adalah masanya untuk bermula. Dengan berkongsi kepercayaan ini, kami telah menghasilkan jam tangan, mencipta dan menambah baik teknologi dan meneroka masa depan jam tangan seperti dengan penciptaan teknologi Eco-Drive berkuasa cahaya serta penjagaan masa berasakan satelit yang majuwww.citizen.com.sg

* Reka bentuk dan spesifikasi terakhir tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

* Eco-Drive ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan CITIZEN Watch Co., Ltd.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2598868-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2598868-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2598868-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2598868-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2598868-1-e?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2598868-1LOGO?lang=0

Source: CITIZEN WATCH
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services