omniture

Xinhua Silk Road: Moutai komited tingkatkan perkhidmatan budaya, pengalaman pengguna

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-23 09:53 393

SHANGHAI, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Perusahaan minuman keras yang terkemuka Cina Kweichow Moutai berkata pada hari Jumaat bahawa Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China kali ke-14 yang sedang berlangsung membolehkan pengguna untuk melihat dan merasa produk-produk Moutai dan benar-benar merasakan budaya Moutai serta memberi peluang yang sangat baik kepada syarikat untuk meningkatkan perkhidmatan kebudayaannya serta pengalaman pengguna selanjutnya.

Pengerusi Moutai Li Baofang (pertama dari kiri), Pengurus Besar Moutai Li Jingren (dua dari kanan) mengunjungi reruai pameran Moutai dan mempelajari maklumat terperinci tentang produk.
Pengerusi Moutai Li Baofang (pertama dari kiri), Pengurus Besar Moutai Li Jingren (dua dari kanan) mengunjungi reruai pameran Moutai dan mempelajari maklumat terperinci tentang produk.

Minuman keras telah memberi kenikmatan sejagat kepada manusia buat sekian lama dan telah membuat sumbangan yang berterusan kepada pertukaran budaya global dan pembangunan ekonomi, kata Wang Yancai, Presiden Persatuan Minuman Beralkohol China (CADA), di ekspo ini.

Wang menambah bahawa dengan mengambil kira hal ini, industri minuman keras China harus terus meluaskan visi pembangunannya dan berintegrasi secara mendalam dengan rakan-rakan antarabangsa melalui pertukaran budaya, pembelajaran bersama dan kerjasama jenama, yang meningkatkan aroma minuman keras secara beransur-ansur.

"Kreativiti budaya mempunyai hubungan semula jadi dengan ekspresi kualiti minuman keras. Kehidupan yang baik bukan sahaja memerlukan aroma dan rasa minuman keras, tetapi ia turut memberikannya ekspresi yang lebih spiritual dan kreatif," kata Song Shuyu, Naib Presiden dan Setiausaha Agung CADA.

Reruai pameran Moutai di Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China ke-14
Reruai pameran Moutai di Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China ke-14

Bagi mewarisi dan mempromosi budaya Cina tradisional yang unik, perusahaan minuman keras Cina terkemuka Moutai telah menggiatkan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kebudayaannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan membina jenama kebudayaan dengan ciri-ciri unik era baharu.

Melihatkan prestasi utama Moutai dalam pendapatan kendalian, keuntungan kasar, margin keuntungan dan pertumbuhan pendapatan, Majlis Industri Ringan Kebangsaan China dan CADA menganugerahi Moutai Group sebagai salah satu daripada sepuluh syarikat terbaik dalam industri pembruan minuman keras China di ekspo ini.

Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa selama tiga hari yang dijadualkan berlangsung mulai 18 hingga 20 Oktober, mula diadakan pada tahun 2006, telah menarik minat lebih 3,000 syarikat minuman keras, dengan produk-produk yang terdiri daripada minuman keras Cina, wain, bir, brandi hinggalah wiski.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308883.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616416-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616416-1-b?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Trade show news