omniture

Tuole Forum 2019 diadakan di Kampung Tuole

Tuole Forum
2019-10-23 10:02 156

PANZHOU, China, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pada 15 Oktober, Tuole Forum 2019 dengan tema "Menyepadukan ke dalam Pembinaan 'Jalur dan Jalan' dan Berkongsi Manfaat Ekonomi Dunia Terbuka" telahpun diadakan sebagaimana yang dijadualkan. Pada tahun 2016, Tuole Forum diadakan buat julung kalinya di Kampung Tuole. Perkampungan "emas" ini menarik minat ramai pelancong dan beberapa tetamu antarabangsa untuk mesyuarat. Dedaunan daripada pokok-pokok ginkgo purba bertukar kepada warna kuning keemasan pada musim luruh keemasan di Kampung Tuole, Bandar Raya Panzhou, Wilayah Guizhou. Kampung Tuole mempunyai lebih 1,000 batang pokok ginkgo yang berusia lebih 600 tahun dengan pokok tertua berusia lebih 1,500 tahun.

Long Yongtu, Ketua Perunding untuk kemasukan China ke Pertubuhan Perdagangan Dunia dan bekas Setiausaha Agung Boao Forum untuk Asia, berkata bahawa inisiatif "Jalur dan Jalan" secara beransur-ansur menjadi pembawa yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada negara-negara sepanjang "Jalur dan Jalan" dan berkongsi faedah-faedah globalisasi.

Duta Lesotho ke China, Lechoo Daniel Setenane, berkata bahawa Lesotho ialah salah sebuah negara Afrika yang komited terhadap pembinaan "Jalur dan Jalan", dan Kerajaan Lesotho berharap dapat bekerjasama dengan China dalam empat bidang utama melibatkan pelancongan, pertanian, teknologi dan pembuatan.

Qing Boming, Setiausaha Agung Persatuan Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa China bagi Persatuan Rakyat Cina untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing berkata bahawa, hubungan individu-kepada-individu yang lebih erat dalam "pendekatan lima penjuru" adalah penting, yang memerlukan perusahaan untuk menyepadukan diri mereka ke dalam budaya tempatan dan bersama-sama mempromosi pembinaan "Jalur dan Jalan" bagi mencapai hasil yang lebih besar di samping mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur negara-negara sepanjang laluan tersebut dan menyediakan perkhidmatan yang canggih dan juga berkualiti tinggi.

Ke Yinbin, ahli Jawatankuasa Pakar Forum Jalur dan Jalan untuk Ratusan Orang, berkata bahawa dari perspektif perusahaan, terdapat lebih banyak perusahaan yang mengambil bahagian dalam pembinaan "Jalur dan Jalan".

Wang Zhong, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Liupanshui CPC, berkata bahawa Tuole Forum secara beransur-ansur memperkenalkan Kampung Tuole yang kecil ke pentas dunia dan terus meningkatkan imej antarabangsa Bandar Raya Liupanshui serta Wilayah Guizhou. Liupanshui bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk berkongsi peluang baharu demi keterbukaan yang lebih luas, membuka lagi "Tuole Forum" dan "Tuole Channel", terus meningkatkan kepercayaan bersama dalam politik, mengukuhkan penjajaran strategik, meningkatkan keberkesanan ekonomi dan perdagangan yang besar serta meluaskan pertukaran budaya serta individu-kepada-individu, untuk bersama-sama membina "Jalur dan Jalan".

Source: Tuole Forum
Keywords: Travel Trade show news