omniture

FarEye Jalin Kerjasama dengan ZALORA Tingkatkan Pengalaman Beli Belah Pelanggan

FarEye
2019-10-23 10:27 235

SINGAPURA, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- ZALORA, destinasi fesyen dalam talian yang terkemuka di Asia, bekerjasama dengan FarEye, platform SaaS, untuk meningkatkan operasi logistik ZALORA dan mencapai penghantaran yang berkesan kos. Sebagai salah sebuah syarikat e-dagang fesyen yang terbesar dan paling pantas berkembang di rantau ini, ZALORA mengoptimumkan operasinya bagi memenuhi jumlah pesanan yang semakin meningkat.

Dengan FarEye, ZALORA dapat mengautomasikan proses logistik dan memperbaiki operasi penghantaran dengan keterlihatan lengkap. FarEye memastikan bahawa sebaik sahaja bungkusan diimbas, pesanan kerja dihasilkan secara automatik dan dihantar kepada eksekutif penghantaran. Aplikasi mudah alih yang senang digunakan disepadukan dengan infrastruktur teknologi gudang dalaman ZALORA, memastikan pengangkutan produk-produk yang lancar dari gudang dan pusat pengedaran kepada pelanggan akhir. 

Pelanggan ZALORA boleh mendapat maklumat kemas kini waktu sebenar berhubung status penghantaran berserta butiran tentang kurier. Penghantaran yang lebih diperibadikan telah meningkatkan keseluruhan Skor Kegembiraan Penghantaran dan mengurangkan Indeks Kebimbangan Pelanggan.

Silvia Thom, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan ZALORA berkongsi, "Platform FarEye adalah fleksibel, mudah dikonfigurasi, boleh diskala dan bersedia mendepani masa depan. Ia membantu kami untuk menyediakan pengalaman penghantaran yang menggembirakan kepada pelanggan kami dengan menjadikan proses penghantaran telus dan diperibadikan. FarEye meningkatkan bilangan penghantaran yang berjaya yang kami lakukan dalam sehari sambil mengurangkan perbelanjaan logistik keseluruhan."

"Asia Tenggara ialah salah satu pasaran eDagang yang paling pantas berkembang di dunia. Menurut satu laporan baru-baru ini, pasaran jualan runcit dalam talian di rantau ini dijangka mencecah US$53 bilion pada tahun 2023. Penghantaran yang tepat pada masanya dan dalam keadaan baik menjadi penting dalam pasaran dengan pertumbuhan yang begitu hiper memandangkan penghantaran merupakan titik sentuh jenama yang pertama untuk pelanggan. Kami melihat bahawa perniagaan di seluruh dunia mengalami kesukaran untuk memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berubah-ubah. Dalam landskap yang begitu kompetitif, kami teruja untuk bekerjasama dengan Zalora dan memperkasa mereka untuk mencapai tahap kecekapan operasi yang luar biasa dan memberikan pengalaman pelanggan yang menggembirakan," kata Kushal Nahata, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, FarEye.

FarEye meningkatkan operasi logistik hab-ke-hab, memastikan bahawa penjual-penjual Pasaran ZALORA dapat menerima produk yang dikembalikan tanpa kesukaran. Selain itu, sekiranya percubaan penghantaran pertama gagal, ia serta merta menetapkan proses kelulusan sebelum mencetuskan percubaan penghantaran kedua. FarEye mencipta proses yang pintar, bagi membantu ZALORA menambah baik penyesuaian tunai, mengurangkan kebergantungan terhadap kertas kerja dan mengurangkan jejak karbonnya.

LATAR BELAKANG FAREYE

FarEye telah diiktiraf sebanyak lebih 10 kali oleh Gartner dan bekerjasama dengan lebih 150 pelanggan merentas lebih 20 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut sila kunjungi www.getfareye.com

 

Source: FarEye
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Mobile Entertainment Retail Transportation Contracts