HANGZHOU, China, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo E-perniagaan Antarabangsa Hangzhou, China 2019 (EBE China Hangzhou 2019) ke-6 dan Pameran Perdagangan Digital Antarabangsa Zhejiang 2019 (Zhejiang IDTF 2019), bermula pada 18 Oktober di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou. Hangzhou, tempat kemunculan industri e-dagang China, telah membina rantaian industri yang lengkap dan ekosistem gelung tertutup. Tatkala e-dagang, bahagian yang penting dalam ekonomi digital, terus memberi impak yang lebih besar ke atas ekonomi bandar dan juga terhadap gaya hidup penduduk bandar ini, Hangzhou telah menjadi peneraju global dalam ekonomi digital dunia.
Lebih 200 syarikat e-dagang dan jualan runcit yang terkemuka dari dalam dan luar negara mempamerkan inovasi mereka di 1,000 reruai yang berada di kawasan pameran berkeluasan lebih 30,000 meter persegi. Lebih 20,000 pembeli dan pengunjung profesional telah mendaftar untuk menghadiri acara ini, termasuk lebih 20 delegasi dari luar China, terutamanya dari Uruguay, Palestin dan Etiopia. Dengan menghimpunkan forum, pameran dan sesi pemadanan perniagaan di bawah satu bumbung, acara ini telah mewujudkan kedai sehenti yang komprehensif untuk pengunjung pameran profesional mahupun hadirin persidangan.
Bertema "Jualan Runcit Baharu, Perniagaan Baharu, Penggunaan Baharu, Pemerkasaan Baharu", EBE China tahun ini komited untuk menyerlahkan potensi penuhnya sebagai perkhidmatan e-dagang hujung-ke-hujung. Penganjur-penganjur IDTF Zhejiang 2019 bertema Pemerkasaan Data dan Inovasi Perdagangan membina platform profesional, berorientasi pasaran, bersifat global dan berjenama untuk pameran dan pertukaran perdagangan dengan matlamat untuk meluaskan kedalaman perdagangan digital dan kehadiran wilayah Zhejiang dalam industri ini. Di samping itu, acara ini memberi tumpuan untuk mempamerkan ekosistem e-dagang lengkap yang meliputi sistem pengendalian komersial dan platform jualan runcit baahru, disokong oleh aplikasi teknologi pintar dan perkhidmatan teknologi yang inovatif. Ekspo dan pameran ini menjadi tempat untuk mengetahui tentang penggunaan baharu dan pengalaman sosial, rantaian industri e-dagang bandar yang semakin berkembang dan usaha platform e-dagang Cina untuk membasmi kemiskinan.
EBE China, diadakan serentak dengan IDTF, menghubungkan pempamer dan pengunjung dengan paparan inovatif serta demonstrasi produk dan juga perkhidmatan baharu. Melalui acara ini, yang membantu memudahkan penyepaduan rantaian industri, Hangzhou membina kedudukannya sebagai hab e-dagang di China untuk meningkatkan pembangunan dipacu ekonomi digital Zhejiang.