omniture

Ubah Pandangan Dunia Anda: Expo 2020 Dubai Sasar untuk Ubah Jutaan Pengunjung Menjadi Pencetus Perubahan Global tatkala Acara Sambut Kira Detik Setahun

Expo 2020 Dubai
2019-10-23 13:18 111

- Kolaborasi dengan Gapminder Foundation Rosling untuk cabar pandangan pengunjung Expo 2020 terhadap dunia

Ekspo untuk menginspirasikan pemahaman, komunikasi lebih luas di seluruh dunia

Pengetahuan sebagai asas untuk usaha rentas sempadan bagi mencipta masa depan lebih baik

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Expo 2020 Dubai telah mengumumkan satu kolaborasi dengan Gapminder Foundation yang berpangkalan di Sweden untuk mengubah pengunjung Expo 2020 menjadi jaguh global untuk perubahan. Berita ini dibuat ketika Expo 2020 menyambut kira detik setahun menuju The World's Greatest Show tentang kecemerlangan dan pencapaian manusia.

Anna dan Ola Rosling akan bekerjasama dengan Expo 2020 Dubai untuk membuat satu siri soalan bagi mencabar pemahaman pengunjung tentang dunia. Ini disusuli dengan keputusan Kaji Selidik Tinjauan Optimisme Global Expo 2020, yang menonjolkan keinginan manusia terhadap komunikasi yang dipertingkat, perkongsian pengetahuan dan kolaborasi rentas sempadan.

"Dunia adalah jauh lebih optimistik daripada apa yang sering dirasakan," kata Ola Rosling, Pengerusi dan Pengasas Bersama, Gapminder Foundation. "Gapminder Foundation ditubuhkan untuk membolehkan orang ramai berupaya untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia untuk diri mereka sendiri dengan cara yang jelas dan tidak berat sebelah. Kita dapat melihat cabaran di dunia pada setiap hari, namun hal ini, sebaliknya, dapat mencipta peluang. Keajaiban berlaku apabila dunia bersatu untuk menginspirasikan perubahan pada skala global dan itulah sebenarnya tujuan Expo 2020 Dubai. Dengan itu, kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini, untuk membantu orang ramai membuat pilihan bermaklumat yang lebih baik yang membawa kepada perubahan positif demi masa depan."

Projek ini akan dibangunkan mulai sekarang hingga Oktober 2020, apabila Ekspo ini dibuka secara rasminya, dengan kerjasama bersama negara-negara yang mengambil bahagian. Satu siri soalan akan diletakkan di seluruh tapak Expo 2020, yang mana data akan dikumpul dan ditukar menjadi analisis fakta tentang pemahaman dan persepsi kita terhadap dunia di sekeliling kita.

Manal Al Bayat, Ketua Pegawai Penglibatan Komuniti, Expo 2020 Dubai berkata: "Kini kami hanya tinggal setahun lagi daripada The World's Greatest Show untuk kecemerlangan manusia - satu tahun lagi untuk menghimpunkan berjuta-juta orang bersama 192 negara yang mengambil bahagian, dalam semangat optimisme, untuk memahami dunia di sekeliling kita dan untuk mencipta dan menginspirasikan orang ramai bagi membina masa depan yang lebih baik.

"Kolaborasi kami merupakan sebahagian daripada tujuan Expo 2020 Dubai untuk mendorong perubahan yang positif dan berkekalan di mana ia paling diperlukan. Perubahan berkenaan tidak dapat dimulakan tanpa kita mengetahui lebih lanjut tentang dunia di sekeliling kita dan dengan mereka yang kita kongsikan bersama. Kami teruja dengan adanya Anna dan Ola Rosling bersama kami untuk pencapaian yang begitu penting dan kami berharap dapat terus membangunkan projek ini menjelang pembukaannya tahun hadapan."

Gapminder Foundation menawarkan bahan pengajaran percuma yang membolehkan orang ramai untuk membina pandangan berasaskan fakta tentang masyarakat global. Projek berkenaan bertujuan untuk memahami pengetahuan kita tentang satu sama lain hari ini. Ini memperlihatkan tujuan optimistik Ekspo tersebut bagi menghubungkan berjuta-juta orang dari seluruh dunia untuk diberi inspirasi bagi mencipta masa depan yang lebih baik. Menjalin kerjasama dengan Novus dan IpsosMori, Yayasan ini menyoal selidik 20,000 orang di 31 negara.

Mereka mendapati bahawa apabila orang ramai ditanyakan satu siri dengan lapan belas soalan tentang trend global seperti purata tahap pendapatan, bilangan individu berumur lebih 65 tahun atau bagaimana penduduk global diagihkan merentas benua, purata responden mendapat hanya 2.9 soalan yang dijawab dengan betul.

Sebaliknya, seseorang yang memilih satu daripada tiga respons yang munasabah secara rawak dijangka mendapat skor 6 daripada 18. Perbezaan ini memperlihatkan sejauh mana pengetahuan orang ramai tentang dunia yang lebih luas boleh menjadi salah.

Expo 2020 Dubai membuka pintunya kepada orang awam pada 20 Oktober 2020. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.expo2020dubai.ae

 

Source: Expo 2020 Dubai
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Contracts Not for profit Trade show news Public Interest