omniture

Artyzen Hospitality Group Jadikan Pertumbuhan Seluruh Asia sebagai Sasarannya

- Tujuh projek yang dirancang di seluruh tanah besar China dan Singapura bakal beroperasi menjelang tahun 2023 Artyzen nyatakan hasrat jangka lebih panjang untuk perluas jejak globalnya
Artyzen Hospitality Group
2019-10-24 12:07 471

HONG KONG, 24 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Artyzen Hospitality Group, syarikat pengurusan hotel antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong, telah menyatakan rancangan peluasan bercita-cita tingginya menerusi pengumuman tujuh projek yang dirancang yang akan disiapkan di seluruh tanah besar China dan Singapura dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan sasaran selanjutnya ditetapkan pada pengembangan global.

Sejak penubuhannya pada tahun 2013, Artyzen Hospitality Group telah meraih momentum secara berterusan sebagai pemilik dan pengendali hotel dengan portfolio jenama kukuh yang menawarkan konsep hospitaliti gaya hidup unik yang melibatkan masyarakat tempatan yang sesuai dengan pelbagai kumpulan pengembara. Portfolio ini termasuk Zitan, jenama mewah yang merangkumkan kemodenan Cina, Artyzen Hotels and Resorts yang menghidupkan warisan dan ketukangan tempatan serta Artyzen Habitat yang menghubungkan masyarakat tempatan dan ruang awam yang meriah. Kini, ia mengendalikan enam hotel dan akan melancarkan tujuh hartanah untuk jenama-jenama Artyzen Hotel dan Artyzen Habitat di Singapura dan seluruh tanah besar China termasuk di Qiantan Shanghai, Lingang Shanghai, Bandar Pintar Taopu Shanghai dan Pulau Hengqin di Zhuhai.

Robbert van der Maas, Presiden Artyzen Hospitality Group, berkata: "Strategi pertumbuhan kami bertumpu pada pembangunan hotel-hotel di bandar pintu masuk dan ibu kota yang mempunyai potensi dalam bidang pelancongan dan perniagaan. Lokasi dengan hotel-hotel yang sedang kami bangunkan juga penting secara strategiknya lantaran kedudukannya yang dekat dengan pusat dan hab komersial, mercu tanda budaya dan destinasi hiburan. Hotel-hotel kami akan melengkapi pengalaman pengembara dengan pilihan hospitaliti yang merangkumkan seni yang mencerminkan budaya destinasi berkenaan, ruang yang direka dengan teliti dan juga masakan yang enak. Kemunculan dua hotel Artyzen Habitat pertama kami di Beijing dan Shanghai telah menghasilkan pertumbuhan yang pesat untuk jenama ini dan kini kami akan membawakan hotel-hotel berjenama Artyzen pertama kami ke pasaran."

Ruang Legar Lobi Artyzen Lingang Shanghai
Ruang Legar Lobi Artyzen Lingang Shanghai

 

Dataran Bandar Artyzen Habitat Lingang Shanghai
Dataran Bandar Artyzen Habitat Lingang Shanghai

Artyzen Hospitality Group membangunkan hotel-hotel Artyzen Habitat di Taopu dan Hengqin. Khususnya, ia mempunyai dua hartanah penting yang sedang dibangunkan di Lingang dan Qiantan. Kedua-dua pembangunan ini terletak di 'kluster budaya' dalam Shanghai dan bermatlamat untuk memberi pengalaman budaya yang imersif yang dapat membantu tetamu menjalin hubungan bersama masyarakat tempatan.

Artyzen bekerjasama dengan Lujiazui Group untuk membawakan dua pembangunan bersepadu yang amat mengujakan, termasuk hartanah kediaman, pusat konvensyen, pusat kebudayaan dan hotel, ke pasaran. Perkongsian ini membolehkan kumpulan tersebut menyelaraskan proses perniagaan dan mencapai kecekapan kos.

Lingang dan Qiantan merupakan lokasi-lokasi yang semakin mendapat perhatian di Shanghai dan akan menawarkan pengembara dengan akses ke pelbagai fasiliti dan kemudahan kebudayaan. Kluster Lingang mempunyai hotel Artyzen, Artyzen Habitat selain Pusat Konvensyen termaju yang terletak di Pembangunan Bandar Baharu Lingang, sebuah bandar yang berkedudukan kukuh untuk menakrif semula masa depan bandar-bandar di tanah besar China. Kawasan pantai bersedia untuk menjadi salah satu pembangunan bersepadu yang terbaik di Shanghai menerusi beberapa taman tema dan dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Disneyland serta Kawasan Khas Lin-gang Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shanghai) China baharu.

"Kami turut membangunkan dua buah hotel merentas dua plot di Qiantan, Artyzen NEW BUND 31 dan Artyzen Habitat. NEW BUND 31 terkenal kerana ia akan menjadi destinasi pelbagai guna yang merangkumkan pilihan gaya hidup terbaik dan dinamik kebudayaan di tengah-tengah Daerah Perniagaan Antarabangsa New Bund – pusat kewangan antarabangsa yang semakin berkembang yang dikelilingi oleh kediaman, sekolah, kemudahan riadah dan kompleks komersial dengan pusat kebudayaan termaju. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana seni yang berkembang maju sejajar dengan wawasan 'Hijau, Hebat dan Global' yang ditetapkan untuk kawasan tersebut," kata En. van der Maas.

Bilik Tamu Artyzen Cuscaden Singapore
Bilik Tamu Artyzen Cuscaden Singapore

Artyzen Hospitality Group juga melaksanakan hotel pertamanya di Singapura dengan pembangunan Artyzen Cuscaden Singapore. Terletak di kawasan kejiranan Orchard yang berprestij, hotel ini akan membawa budaya Peranakan Singapura ke dalam reka bentuknya menerusi perkongsian dengan arkitek ternama Ong&Ong Pty. Ltd. dan firma pereka hias dalaman Nicholas Graham & Associates.

"Penting untuk kami bekerjasama dengan pereka dan arkitek yang dapat memastikan bahawa kami menyampaikan wawasan kami untuk mencipta pengalaman yang memberi ganjaran secara budaya dan bernuansa kepada tetamu kami. Kami memilih untuk bekerjasama dengan Ong&Ong dan Nic Graham kerana mereka berkongsi minat kami untuk menonjolkan persekitaran dan budaya unik Singapura dan untuk mencipta semula unsur-unsur utama daripada budaya dan sejarah Peranakan yang beraneka pada bangunan, rekaan dalaman dan falsafah perkhidmatan kami," kata En. van der Maas.

En. van der Maas menyambung dengan berkata bahawa Kumpulan ini mempunyai rancangan berjangka lebih panjang untuk memperluas jejak globalnya: "Kami percaya terdapatnya peluang yang mantap untuk menerajui industri hospitaliti dalam membangunkan hotel-hotel yang berakar umbi dalam budaya tempatan bagi memenuhi kehendak dan pilihan yang selama-lamanya berubah-ubah untuk pengembara perniagaan dan libur. Oleh yang demikian, kami aktif menilai peluang-peluang di Australia, Jepun, Maldives, Asia Tenggara dan Portugal untuk meluaskan jejak kami di luar Asia. Kami yakin bahawa jenama-jenama dan operasi-operasi butik kami benar-benar menghargai dan menerima apa yang ditawarkan oleh destinasi-destinasi yang kaya budaya ini."

Artyzen Hospitality Group akan mengendalikan 13 hotel, dengan hampir 3,000 bilik di Beijing, Shanghai, Singapura, Macau dan Hawaii, termasuk yang sedang dibangunkan.

Catatan untuk Editor 

Perancangan pembangunan dan tarikh pelancaran indikatif Artyzen Hospitality Group. Sila lihat lampiran tambahan untuk lembaran fakta bagi setiap pembangunan.


Tarikh buka

Lokasi

Artyzen Habitat Qiantan Shanghai

2021

Qiantan

Artyzen Habitat Lingang Shanghai

2021

Lingang

Artyzen Lingang Shanghai

2021

Lingang

Artyzen Habitat Hengqin Zhuhai

2021

Hengqin

Artyzen Habitat Taopu Shanghai

2022

Taopu

Artyzen Cuscaden Singapore

2022

Singapura

Artyzen NEW BUND 31 Shanghai

2023

Qiantan

Latar Belakang Artyzen Hospitality Group 

Artyzen Hospitality Group ialah subsidiari konglomerat senaraian Hong Kong Shun Tak Holdings. Dilancarkan pada tahun 2013, konsep dan perkhidmatan hotel berjenama daripada syarikat pengurusan hotel ini merapatkan pemahaman budaya Timur dan Barat bagi mewujudkan dan memeterai perkongsian yang menguntungkan bersama pemaju dan pemilik. Portfolio Kumpulan terdiri daripada Zitan, Artyzen Hotels and Resorts dan Artyzen Habitat. Setiap jenama hotel menghidupkan falsafah Kumpulan melibatkan Seni, Budaya dan Kebijaksanaan Emosi dengan cara yang unik dan kontemporari bagi memberi pengalaman tetamu yang memberi ganjaran secara budaya. Artyzen Hospitality Group diterajui oleh pasukan pemimpin industri yang amat berpengalaman dan disegani di seluruh dunia yang terkenal dengan inovasi dan pengurusan bakat. Amalan pengurusan Kumpulan mengukuhkan kepentingan rakan kongsi mereka sambil mendukung komitmen yang padu untuk membina hartanah yang mampan dari segi alam sekitar, sosial dan budaya. www.artyzen.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616689-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616689-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616689-1-c?lang=0

Source: Artyzen Hospitality Group
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion