omniture

ZTE Demonstrasi Kedai Penghirisan 5G Pertama di Eropah

ZTE Corporation
2019-10-25 08:35 327

SHENZHEN, China, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Hutchison Drei Austria untuk mendemonstrasikan kedai penghirisan pertama di Eropah. Ia mempunyai operasi penghirisan rangkaian hujung-ke-hujung yang pertama dalam industri.

Di "Kedai Penghirisan" 5G, pengguna atau pelanggan perusahaan boleh memilih templat hirisan yang dipratakrif dan menetapkan parameter SLA menurut ciri-ciri pengguna atau keperluan industri individu. Selepas pengguna melog masuk ke kedai perkhidmatan berdasarkan hirisan dalam talian, pengguna boleh memilih perkhidmatan dengan SLA berbeza seperti lebar jalur terjamin, kependaman maksimum dan sebagainya. Kemudian, perkhidmatan tertentu boleh diletakkan ke dalam troli untuk dibayar. Sebaik sahaja bayaran disempurnakan, perkhidmatan ini boleh diaktifkan serta merta sebagaimana yang diminta. Sekiranya bilangan pengguna meningkat atau prestasi KPI menurun, sistem ini boleh menyesuaikan secara automatik sumber-sumbernya untuk mengekalkan KPI. Penyelesaian penghirisan ini boleh digunakan secara meluas dalam industri-industri vertikal bagi memenuhi keperluan yang berubah-ubah dan menjamin SLA, tanpa mengira jenis pasaran vertikal.

Penyelesaian inovatif ini dapat mempercepatkan pengkomersialan penghirisan 5G dan membantu pengendali mencapai kejayaan dalam pelbagai pasaran vertikal. Dengan mendedahkan hirisan tersuai kepada industri-industri vertikal, pengendali boleh mentransformasi daripada operasi trafik B2C tunggal kepada operasi hirisan terpelbagai B2B, B2B2C dan B2B2B. Hasilnya, penyepaduan mendalam antara 5G dan industri-industri vertikal dapat dilakukan dan rangkaian nilai 5G dirangsang dengan membolehkan keperluan rangkaian bagi setiap industri vertikal dipenuhi secara individu.

Penyelesaian kedai penghirisan 5G mengundang industri-industri vertikal untuk mengambil bahagian dalam penyelarasan dan pengurusan kitaran hayat hirisan rangkaian. Berdasarkan penyelarasan dan keupayaan pendedahan untuk industri-industri vertikal, penyelesaian ini membawakan penyesuaian SLA, pemantauan KPI waktu sebenar, pengecasan dipertingkat dan pengurusan kitaran hayat hirisan rangkaian. Manfaat-manfaat luas daripada penyelesaian ini dapat benar-benar menggalakkan proses komersial 5G, membantu industri-industri vertikal untuk mengurangkan TCO dan meningkatkan pengalaman pengguna hujung-ke-hujung.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 25 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran 5G utama seperti Eropah, Asia Pasifik dan MEA (Timur Tengah dan Afrika). ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment