omniture

50 Restoran Terbaik Asia Berpindah ke Jepun pada 2020

Asia's 50 Best Restaurants 2020
2019-10-25 09:32 688

Wilayah Saga bakal jadi tuan rumah upacara anugerah berprestij edisi kelapan pada 24 Mac 2020

TAKEO, Jepun, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- 50 Restoran Terbaik Asia mengumumkan yang Wilayah Saga di Jepun akan menjadi tuan rumah program acara tahunan dan upacara anugerah, yang akan berlangsung pada 24 Mac 2020.

 

Upacara anugerah dan program acara menyeluruh yang akan diadakan di Takeo ini akan mempersembahkan kekayaan kebudayaan kulinari Wilayah Saga serta seni kraf tangan yang luar biasa dan pertanian tempatan.

Kemudahan mengakses makanan laut yang istimewa di Wilayah Saga, kemahiran kraf tradisional dan keluasan landskapnya yang meranum dengan hasil tani menjadikannya destinasi tuan rumah terbaik untuk upacara anugerah berprestij.

William Drew, Pengarah Kandungan untuk 50 Restoran Terbaik Asia berkata: "Kami teruja kerana Wilayah Saga akan menjadi tuan rumah edisi 2020, upacara anugerah 50 Restoran Terbaik yang ditaja oleh S. Pellegrino & Acqua Panna. Tempat asal kepada kebudayaan kulinari yang kaya dan asal-usul pertanian, Wilayah Saga akan membolehkan pengunjung melawat destinasi luar bandar yang indah dan menikmati citarasa Jepun dalam bentuknya yang paling asli."

Berdasarkan kejayaan tahun-tahun sebelum ini, program 2020 akan turut menyertakan edisi baharu #50BestTalks, yang dijadualkan pada hari Isnin 23 Mac, selain sebuah siri ekspedisi untuk mendalami makanan dan kebudayaan.

Yoshinori Yamaguchi, Gabenor Wilayah Saga berkata: "Kami mendapat keistimewaan untuk memperkenalkan alam sekitar Saga yang hebat kepada pengunjung 50 Restoran Terbaik Asia 2020. Ketua-ketua tukang masak terkemuka Asia akan mengeratkan hubungan dengan penghasil makanan Saga melalui penglibatan dalam pekerjaan masing-masing. Kami tidak sabar melihat masakan dan kerjasama yang mungkin terhasil oleh interaksi ini."

Edisi kelapan juga akan memberi penghormatan kepada beberapa individu termasuk Ketua Tukang Masak Wanita Terbaik Asia dan Ketua Tukang Masak Pastri Terbaik Asia, yang ditaja oleh Valrhona, dan penerima Anugerah Ikon American Express, Anugerah Individu Harapan Miele serta Anugerah Pilihan Ketua Chef melalui undian kelompok setara, yang ditaja oleh Estrella Damm.

Bagaimana senarai 50 Restoran Terbaik Asia disusun

Senarai ini dihasilkan daripada undian Akademi 50 Restoran Terbaik Asia, sebuah kumpulan berpengaruh dengan lebih 300 pemimpin dalam industri restoran di Asia, setiap orang terpilih kerana pendapat pakar mereka mengenai senario restoran Asia. Panel di setiap wilayah terdiri daripada penulis dan pengkritik makanan, ketua-ketua tukang masak, pemilik restoran dan pakar gastronomi yang dipandang tinggi, dengan keseimbangan jantina 50/50 dalam Akademi.

Butiran proses pengundian:
http://www.theworlds50best.com/asia/en/our-manifesto.html

Pendaftaran pusat media:
https://www.theworlds50best.com/asia/en/media-centre-registration.html
 

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191023/2619531-1LOGO-a?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191023/2619531-1LOGO-b?lang=0

Source: Asia's 50 Best Restaurants 2020
Keywords: Food/Beverages Publishing/Information Service Restaurants Retail Awards Future Events