omniture

Karnival Perolehan Lampu Terajui Industri Lampu Dengan Lebih 2,000 Pembekal - Pameran Lampu Guzhen ke-24 akan datang

China (Guzhen) International Lighting Fair
2019-10-25 12:20 236

ZHONGSHAN, China, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Dengan menjadikan "Sumber Asal Cahaya untuk 6 Bilion Orang di Seluruh Dunia" sebagai tema, Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-24 (Edisi Musim Luruh) ("GILF") akan diadakan serentak dengan Ekspo Pembuatan, Bekalan & Perkhidmatan Lampu Guzhen 2019 (Musim Luruh) di Bandar Guzhen, Bandar Raya Zhongshan, Wilayah Guangdong, mulai 22 hingga 26 Oktober 2019.

Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers
Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers

Pameran ini ditaja oleh Persatuan Industri Lampu China dan Kerajaan Perbandaran Guzhen, dianjurkan oleh Guzhen Lighting Expo Co., Ltd., dan disokong oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhongshan.

Bergantung kepada kluster industri lampu Bandar Guzhen dan menerima pakai mod hubungan "1+7" antara pameran dan gedung mega lampu, GILF ditujukan kepada pasaran luar negara, di samping membekalkan kepada pasaran domestik. Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen merupakan tempat utamanya, disertai oleh 7 sub-tempat: Lihe Lighting Expo Center, China Lighting Plaza, Star Alliance Global Brand Lighting Center, Lighting Era Center, Besun Lighting Plaza, Huayu Plaza dan China International Streetlight City, meliputi kawasan pameran seluas 1,500,000 meter persegi dan menghimpunkan lebih 2,000 perusahaan berkualiti tinggi dan pelbagai jenis produk lampu.

Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers
Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers

Selain daripada kawasan pameran untuk lampu komprehensif, lampu hiasan, lampu kediaman, lampu komersial, lampu luar, mesin & peralatan serta aksesori lampu, GILF ke-24 juga mewujudkan kawasan pameran khas untuk Penyelesaian & Lampu Pintar serta Lampu Khas.

GILF mengundang kumpulan pembeli profesional yang berkualiti tinggi dari Eropah Timur, Asia Selatan dan Korea Selatan serta mengadakan "Program Pembeli Dihoskan" yang disesuaikan, seraya membina platform pertukaran perdagangan antarabangsa.

Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers
Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers

Semasa berlangsungnya pameran tersebut, "Forum Inovasi Lampu Pertanian Pintar" yang bersama-sama dianjurkan oleh Persatuan Industri Pencahayaan China dan cali-light.com akan diadakan jam 14:00 pada 22 Oktober 2019 untuk membincangkan tentang teknologi inovatif, piawaian, produk dan penyelesaian sistem yang lain untuk lampu pintar pertanian dan membimbing pembangunan yang sihat dan teratur. Majlis Perasmian Pusat Pengetahuan Industri Lampu & Seminar Pelabelan Kecekapan Tenaga dan Pensijilan Hijau dihoskan oleh Pusat Promosi Produktiviti Bandar Guzhen Zhongshan akan diadakan jam 14:00 pada 23 Oktober 2019.

Di samping itu, "Denggle Online" bersama-sama dianjurkan oleh Guzhen Lighting Expo., Ltd. dan cali-light.com akan turut diadakan jam 14:00 pada 22 Oktober 2019. Pada ketika itu, beberapa orang profesor daripada universiti-universiti ternama akan membawa sesi perkongsian bentuk-laporan.

Beberapa seminar dan forum istimewa akan turut diadakan mulai 22 hingga 24 Oktober 2019 termasuk "Salun Kategori Industri Lampu & Pencahayaan 2019", "Mendepani Pertumbuhan Jualan Luar Negara dengan Data Raya", "Saluran Eksport LED di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan", "Peluang dalam Pasaran Lampu Antarabangsa" dan "Pemadanan Perolehan Pasaran Luar Negara GILF 2019".

Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers
Lighting Procurement Carnival Takes the Lead in Lighting Industry With 2,000+ Suppliers

Pameran ini terus menyediakan perkhidmatan tanpa kertas dan pintar seperti pra-pendaftaran dalam talian, pembayaran dalam talian di lapangan, E-katalog, surat e-jemputan dan tempahan pameran. Ia juga terus mengoptimumkan perkhidmatan bas ulang alik percuma antara Lapangan Terbang Baiyun Guangzhou, Pelabuhan Zhongshan, Bandar Guzhen, Stesen Rel Ringan Xiaolan dan tempat utama & sub-tempat. Selain itu, pameran ini juga menyediakan perkhidmatan di lapangan seperti perlindungan hak harta intelek, penghantaran ekspres, penyimpanan bagasi, pengecasan telegon bimbit, air minuman, penterjemahan, katering santai, mesin layan diri serta makan tengah hari percuma dan perkhidmatan ruang istirehat VIP untuk pembeli luar negara.

GILF akan turut bekerjasama dengan Denggle.com, platform B2B, untuk menyediakan pempamer dengan promosi tanpa gangguan selama 365 hari.

Kami berharap dapat bertemu anda di Guzhen mulai 22 hingga 26 Oktober 2019 untuk bersama-sama mencipta masa depan yang gilang gemilang!

Hubungi: Karmen Wu
Tel: +86-760-2235-3188
Laman Sesawang: www.denggle.com
Facebook: @guzhenlightingfair 
E-mel: Karmen.Wu@glexpo.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616448-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616448-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616448-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616448-1-d?lang=0

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events