HANGZHOU, China25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif, mengumumkan keputusan kewangannya untuk suku ketiga tahun 2019. Semasa suku ketiga tahun 2019, Hikvision menjana pendapatan sebanyak RMB 15.92 bilion, mencapai pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya (YoY) sebanyak 23.12% dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham Syarikat mencecah RMB 3.81 bilion, mewakili pertumbuhan 17.31% berbanding tahun sebelumnya.
Sepanjang tempoh suku pertama hingga suku ketiga, Hikvision mengumpul jumlah pendapatan kendalian sebanyak RMB 39.84 bilion, mewakili pertumbuhan sebanyak 17.86% berbanding tahun sebelumnya.
Pertumbuhan pendapatan adalah stabil dan mantap semasa tiga suku pertama tahun 2019 dengan peningkatan berturut-turut pada setiap suku tahun.
Hikvision percaya bahawa terdapatnya permintaan terhadap keselamatan dan peluang pertumbuhan yang semakin meningkat dalam kedua-dua pasaran Cina serta luar negara dan akan terus berusaha untuk menyediakan produk serta perkhidmatan yang unggul kepada semua pelanggan dan rakan kongsi seluruh dunia.
Untuk laporan kewangan penuh suku ketiga tahun 2019, sila kunjungi di sini.
Latar Belakang Hikvision
Hikvision ialah pembekal produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191023/2619556-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191023/2619556-1-b?lang=0