ZHUHAI, China25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Stefanie Graf, Duta Perlawanan Hengqin Life WTA Elite Trophy Zhuhai, tiba di Zhuhai untuk menghadiri upacara perasmian edisi ke-5 perlawanan yang dihoskan oleh Huafa Group.
Graf memenangi 22 gelaran Grand Slam yang luar biasa sepanjang kerjaya yang cemerlang. Melihatkan 19 acara pertama tahun 2019 dimenangi oleh 19 orang wanita berbeza, empat juara Slam berbeza, dan pertembungan generasi yang berterusan apabila belia jelajah tersebut mengambil alih tampuk penguasaan, Graf mendapati bahawa musim WTA 2019 sebagai tontonan yang menarik.
Graf menyebut bahawa, "Ramai pemain yang bermain pada tahap yang tinggi kadang kala mungkin bergelut untuk mengekalkan rentaknya sepanjang tahun, namun mereka sentiasa mampu melakukannya. Apabila melihat khususnya gadis-gadis muda yang kini kurang berasa takut dan melangkah ke luar sana dan berjuang bersungguh-sungguh, saya berpendapat tahap berkenaan menjadi semakin hampir. Saya rasa itulah yang membuatkannya menarik, apabila anda tidak tahu semua perkara."
Apabila diminta untuk memberi sebarang nasihat kepada remaja yang sedang melonjak naik, Coco Gauff, seorang pemain muda berbakat dari AS yang melonjak seperti roket, Graf ketawa.
"Beliau tidak memerlukan nasihat yang begitu banyak," Graf berkata, "Maksud saya, dengan hanya melihat, berbicara tentang seseorang yang sedang berseronok di luar sana. Anda boleh melihat kesungguhan beliau dan atletisisme yang luar biasa. Beliau akan mempamerkan sesuatu yang hebat dalam tempoh tahun-tahun akan datang. Beliau mempunyai gaya yang amat bersahaja dan bakat semula jadi yang masih belum digilap."
Graf telah berkhidmat sebagai Duta Perlawanan untuk WTA Elite Trophy Zhuhai sejak tahun 2016. Melihatkan pembangunan pesat yang berterusan bandar raya Zhuhai dan perlawanan itu sendiri merupakan suatu pengalaman yang memuaskan buat individu yang tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran itu.
"Sepanjang kerjaya saya, saya tidak pernah berpeluang untuk mengunjungi China," kata Graf. "Jadi, saya mengambil masa yang agak lama dan pastinya banyak perkara yang telah berubah.
"Melihatkan populariti tenis di sini pada masa kini dan menjadi sebahagian daripada sesuatu sejak beberapa tahun yang lalu, perlawanan ini telahpun semakin mantap. Apabila melihat sejauh mana minat telah meningkat malah ke tahap yang mana terdapat lebih banyak perlawanan di kawasan ini, malah perlawanan ATP juga diadakan di sini tahun ini," Graf berkata, "Menjadi sebahagian daripada pertumbuhan tersebut dan melihat tenis menjadi semakin popular di sini, dan menjadi sesuatu yang lumrah bagi mereka, ia sesuatu yang amat menyeronokkan saya."
Terletak di Delta Sungai Mutiara, salah satu kawasan yang paling maju di China, Zhuhai mempunyai pemandangan bandar raya yang indah dan trafik yang paling menyenangkan. Dengan jambatan laut Hong Kong-Macau-Zhuhai yang telahpun siap baru-baru ini, ia hanya mengambil masa 30 minit dengan menaiki kereta antara ketiga-tiga bandar tersebut.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191023/2619627-1?lang=0