omniture

Forest City Country Garden cipta model bandar yang mampan ekologi rintis dengan gabungkan teknologi, alam semula jadi dan budaya

Forest City Malaysia
2019-10-26 02:40 329

JOHOR BAHRU, Malaysia, 26 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Forest City, bandar baharu pintar yang berprofil tinggi di Malaysia yang dibina oleh pemaju hartanah Cina yang terkemuka Country Garden (HK:2007) melalui perkongsian dengan satu gabungan Kerajaan Negeri Johor dipetik sebagai salah satu kes model dunia bagi bandar-bandar yang mampan dari segi ekologi atas pendekatan inovatifnya untuk membina sebuah bandar berdasarkan konsep stratifikasi tiga dimensi dari segi susun atur laluan pengangkutan dan tumbuh-tumbuhan hijau menegak dalam artikel Forbes "5 Bandar Baharu Yang Bakal Menggoncang Masa Depan".

Forest City’s vertical greenery ecosystem
Forest City’s vertical greenery ecosystem

 

The prefabricated construction facility in Forest City
The prefabricated construction facility in Forest City

 

Phase 1 of Forecast City
Phase 1 of Forecast City

Forest City cipta paradigma baharu bandar-bandar mampan ekologi ditakrifkan oleh sistem pengangkutan tiga dimensi dan tumbuh-tumbuhan hijau menegak

Artikel tersebut menjelaskan bagaimana Forest City membezakan bandarnya daripada bandar-bandar lain di seluruh dunia melalui jaringan pengangkutan dan sistem taman yang memanfaatkan ketiga-tiga dimensi dalam perancangan serta susun aturnya, menambah lapisan vertikal – sesuatu yang jarang dipertimbangkan dalam persekitaran bandar yang paling biasa.

Pengurus besar eksekutif Forest City Wu Huixi menyatakan bahawa menurut perancangan seni bina dan reka bentuk projek tersebut, satu sistem mesra alam yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan hijau menegak, taman puncak dan taman atas bumbung akan dipasang di seluruh bandar ini dengan misi untuk mencipta landskap, yang boleh dianggap sebagai hutan menegak, apabila alam semula jadi dan bangunan wujud bersama dengan harmoni. Reka bentuk tiga dimensi dan tumbuh-tumbuhan hijau menegak merangkumi konsep bandar ini bagi mencipta ekosistem mesra alam yang lengkap dengan memanfaatkan angin semula jadi, pencahayaan dan sumber air dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga, menjamin penduduk dengan udara yang bersih, mengumpul air hujan sebagai usaha untuk memulihara sumber air dan mengurangkan hingar.

Di samping itu, penduduk yang menetap di mana-mana kawasan di bandar ini akan berada hanya beberapa langkah dari satu atau lebih laluan sistem pengangkutan tiga dimensi. En. Wu menjelaskan bahawa, "Pertumbuhan pesat bagi pemilikan kereta penumpang tempatan meningkatkan kerumitan jaringan jalan raya. Hasilnya, Forest City kami akan dibahagikan kepada tiga tingkat – kawasan kediaman yang diwujudkan di tingkat bawah dengan jaringan pengangkutan dan lot tempat letak kenderaan dibina di tingkat tengah dan paling rendah, dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat buat pejalan kaki. Reka bentuk tiga dimensi bandar ini akan memudahkan pembangunan ekosistem semula jadi dan meningkatkan kadar penggunaan tanah."

Country Garden, syarikat di sebalik perancangan Forest City, turut memberi tumpuan pada perlindungan alam sekitar semasa proses pembinaan keseluruhan projek. Forest City melabur sebanyak 2.5 juta ringgit (kira-kira US$600,000) bagi mewujudkan zon perlindungan untuk rumput laut dengan perkongsian bersama universiti-universiti tempatan dengan tujuan untuk menambah baik habitat yang menjadi tempat tinggal dugong, penyu laut dan kuda laut, antara spesies terancam yang lain. Bandar ini juga merancang untuk membina lapan loji rawatan air buangan, yang akan menggunakan bioteknologi canggih untuk menukarkan air buangan kepada air dikitar semula yang tersedia untuk digunakan semula bagi menangani keperluan air pengairan Forest City dan membantu meringankan sebarang tekanan ke atas sistem air Johor Bahru.

Forest City suntik momentum baharu ke dalam pembangunan mampannya dengan mencipta persekitaran yang boleh didiami dan mesra perniagaan

Pakar-pakar industri percaya bahawa kemampanan Forest City bergantung kepada keupayaannya untuk membina kluster perniagaan dan merekrut bakat dari serata dunia. Pakar ekonomi Zhao Guangbin berkata semasa lawatan beliau ke Forest City, "Di samping membina komuniti yang boleh didiami, Forest City perlu mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan bagi memastikan pembangunan mampannya. Walau bagaimanapun, bandar ini perlu menangani beberapa cabaran tambahan sebaik sahaja ia mencuba untuk meyakinkan lebih banyak syarikat untuk membina kemudahan di sini dan bukan hanya membina menara."

Loji Sistem Binaan Berindustri (IBS) bandar ini, yang disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai kemudahan prapasang-siap automatik sepenuhnya yang terbesar di Malaysia, beroperasi pada Ogos 2017. Fasa 1 kemudahan ini direka untuk menghasilkan 260,000 meter padu konkrit setiap tahun. Forest City menjangkakan untuk mencipta 220,000 peluang pekerjaan semasa tempoh pembinaan keseluruhannya sepanjang 20 tahun. Sambil terus melabur dana ke dalam pembinaan, projek ini berada di landasan yang betul untuk menjana aliran tunai sendiri apabila setiap kemudahan memulakan operasi komersialnya dan, dengan berbuat demikian, ia terus memperoleh bakat berkemahiran tinggi.

Forest City diiktiraf secara meluas sebagai ciptaan hebat perancangan seni bina dan reka bentuk

Forest City dianggap oleh golongan profesional bangunan dan pembinaan sebagai penyokong Gerakan Bandar Taman (Garden City Movement), satu konsep perancangan bandar yang dimulakan pada awal abad ke-20. Benjamin Warner, yang mempunyai pengalaman yang beraneka dalam melaksanakan program dan amalan pendidikan seni bina di UK dan Jepun, mengulas, "Impian kami untuk mempunyai sebuah bandar taman menjadi kenyataan dengan Forest City, yang mencapai kemajuan melangkaui konsep perancangan bandar mekanikal."

Apabila mengulas tentang lokasi geografi Forest City semasa kunjungan beliau ke projek ini, penasihat kehormat Singapore Digital Chamber of Commerce Victor Tay berkata, "Forest City berkedudukan strategik antara hab transit Singapura dan Johor." Beliau menyatakan bahawa Forest City dan Singapura, yang kini menempatkan ibu pejabat serantau 70% daripada syarikat-syarikat Fortune 500 di dunia, pada ketika ini, dihubungkan hanya dengan sebuah jambatan.

En. Zhao added, "Singapura dan Johor Bahru, dipisahkan oleh sungai, berkedudukan unik untuk mempercepatkan penumpuan mereka, sama dengan peranan yang dimainkan oleh Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dalam meningkatkan penyepaduan antara Hong Kong, Macau dan Guangdong. Menuju masa depan, Johor Bahru yang mempunyai landskap indahnya serta kos sara hidup yang rendah dan Forest City dijangka menerima peluang-peluang pembangunan yang amat besar."

Forbes mengulas dalam artikel tersebut, Melihatkan kedudukan geografi yang strategik, Forest City menjadi peneraju dalam mengenal pasti keadaan yang boleh didiami dan mesra alam sebagai salah satu objektif dan konsep utama dari segi perancangan dan reka bentuk. Inisiatif ini dengan tumpuan kepada reka bentuk, persekitaran dan industri telahpun dilaksanakan di bandar tersebut. Forest City menerajui bandar-bandar di seluruh dunia bagi memikirkan semula penyelesaian untuk bertindak balas kepada krisis ekologi dan risiko pembangunan dari perspektif perancangan yang baharu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191022/2618040-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191022/2618040-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191022/2618040-1-c?lang=0

 

Source: Forest City Malaysia
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Overseas Real Estate (non-US) Real Estate