omniture

Huawei dan Phanes Group Kuasakan Projek Solar Teragih Terbesar di UAE

Huawei
2019-10-26 02:55 629

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 26 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Phanes Group, penyedia solar hujung-ke-hujung antarabangsa yang beribu pejabat di Dubai UAE, menjalin kerjasama dengan Huawei bagi menyerahkan projek solar sambungan atas bumbung voltan sederhana (MV) yang pertama di UAE. Projek atas bumbung teragih 25.8 MW berkenaan dibangunkan untuk DP World, pengendali pelabuhan yang kedua terbesar di seluruh dunia. Kini, ia merupakan pembangunan teragih yang terbesar di UAE dan mempunyai komposisi unik melibatkan jenis-jenis projek berbeza, termasuk gudang, bangsal kereta dan bangunan komersial.

Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE
Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE

Projek pembangunan ini melibatkan lebih 88,000 panel solar, Penyongsang Rentetan Pintar semua siri SUN2000-(8-40)KTL Huawei, 25 projek bebas, setiap satunya mempunyai Titik Sambungan (POC) tunggal, merentas lebih 60 atas bumbung dan 6 jenis bumbung berbeza termasuk atas bumbung tapak tunggal yang terbesar dan pertama di rantau ini (2.6 MW). Projek ini juga mempunyai 12 profil bangunan berbeza dan termasuk kerja-kerja serentak untuk sehingga 12 projek.

Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE
Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE

Ia merupakan projek penting di bawah skim pemeteran tenaga bersih Shams Dubai dan berperanan sebagai rangka tindakan untuk pelancaran PV solar perindustrian teragih untuk rantau ini. Stefanos Lialios, Ketua Pelaksanaan Projek untuk Oryx Solar Systems Solutions - sebuah syarikat Phanes Group - berkata bahawa projek ini menyediakan penjanaan kuasa yang stabil kepada DP World hasil daripada prestasi penyongsang rentetan pintar Huawei, khususnya keandalannya dan kadar kegagalan yang rendah sejak ia dioperasikan pada grid tersebut. Phanes Group menyokong penggunaan penyongsang rentetan pintar penyejukan semula jadi dalam suhu yang amat tinggi dan keadaan gurun serta mengoptimumkan lagi kos melalui sistem pengurusan pintar.

Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE
Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE

"Kami benar-benar berbangga dengan perkongsian dan projek ini," tambah Lialios. "Ia merupakan projek rintis yang akan bertindak sebagai pendorong untuk memajukan industri solar PV ke hadapan di UAE dan kami yakin dengan masa depan tenaga boleh diperbaharui di Emiriah Arab Bersatu."

Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE
Phanes Group Selects Huawei Smart PV Solution to Power the Largest Distributed Solar Project in UAE

Projek Solar DP World memanfaatkan sinaran semula jadi yang tinggi untuk menghasilkan 35,734 MWh tenaga elektrik setiap tahun dan menyingkirkan lebih 21,000 tan gas karbon dioksida (CO2) setiap tahun. Ia diiktiraf di bawah Aktiviti-aktiviti Projek Komponen PBB untuk Solar Berskala Kecil di UAE dan menyumbang kepada Strategi Tenaga Bersepadu Dubai 2030 serta wawasan 2021 UAE untuk persekitaran yang mampan. Phanes Group dan Huawei akan terus bekerjasama untuk membangunkan loji PV solar yang lebih cekap di seluruh dunia.

Latar Belakang Phanes Group: 

Phanes Group ialah pembangun tenaga solar, pengurus pelaburan dan pengurus aset bertaraf antarabangsa, beribu pejabat strategik di Dubai, UAE. Ditubuhkan pada tahun 2012, pendekatan bersepadu Phanes Group, menggabungkan kepakaran kewangan dan kejuruteraan, membolehkan syarikat membawakan penyelesaian tenaga solar hujung-ke-hujung.

Phanes Group mempunyai portfolio pelaburan dan pembangunan solar yang semakin berkembang mencakupi pelbagai geografi dengan tumpuan berbeza terhadap pasaran-pasaran baru muncul, khususnya Afrika, Timur Tengah, Asia Tengah dan Negara Bebas Komanwel (CIS). Setakat ini, sumbangan kuasa bersih global Phanes Group adalah melebihi 70 MW, dengan tambahan 1.5 GW yang sedang dibangunkan atau berada dalam perancangan di peringkat global.

Latar Belakang Huawei: 

Huawei ialah penyedia penyelesaian ICT dan tenaga rangkaian yang terkemuka di dunia, kini menyediakan produk dan penyelesaian tenaga rangkaian di lebih 170 negara, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga billion orang di seluruh dunia. Huawei menyepadukan teknologi maklumat digital secara inovatif seperti AI, IoT, data raya dan pengkomputeran awan, dengan teknologi PV, bagi mempromosikan penyelesaian PV pintar yang utama dalam industri untuk senario berskala utiliti, komersial dan kediaman. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma perunding global IHS Markit, Huawei berada pada kedudukan No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran penyongsang selama empat tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2018. Untuk maklumat lanjut. sila kunjungi: https://solar.huawei.com atau LinkedIn/Twitter/Facebook: Huawei FusionSolar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191024/2621217-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191024/2621217-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191024/2621217-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191024/2621217-1-d?lang=0

 

Source: Huawei
Keywords: Airlines/Aviation Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Travel Utilities Licensing/marketing agreements