omniture

OktoberTech 2019: Infineon cipta masa depan bersama syarikat baharu dan penginovasi di Singapura

Infineon
2019-10-26 03:07 353

SINGAPURA, 26 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Di OktoberTech Asia Pasifik 2019 tahunan pada 25 Oktober, Infineon Technologies (FSE: IFX / OTCQX: IFNNY) akan mengalu-alukan syarikat-syarikat baharu ke Co-Innovation Space apabila ahli-ahli kumpulan syarikat baharu sulung meninggalkan kumpulan ini dengan penyelesaian yang sedia dikomersialkan yang dibina dengan mikroelektronik Infineon.

Infineon Co-Innovation Space memberi syarikat-syarikat baharu dengan akses kepada kepakaran, bimbingan dan kemudahan pembuatan Infineon selain hubungan dengan rakan kongsi dan pelanggan Infineon yang utama.
Infineon Co-Innovation Space memberi syarikat-syarikat baharu dengan akses kepada kepakaran, bimbingan dan kemudahan pembuatan Infineon selain hubungan dengan rakan kongsi dan pelanggan Infineon yang utama.

 

Tiga buah syarikat baharu, BAWA Cane, Spectronik dan XaLogic, akan membangunkan penyelesaian untuk orang cacat penglihatan, mobiliti bersih dan pembelajaran mesin masing-masing dalam 12 bulan akan datang di Infineon Co-Innovation Space. Dua ahli semasa bagi pengambilan tahun 2018, Plunify dan Shado, akan meneruskan pembangunan penyelesaian mereka di kemudahan berkenaan.

Meninggalkan Co-Innovation Space ialah Ampotech menerusi penyelesaian pemantauan tenaga pintarnya dan Xnergy dengan teknologi pemindahan dan pengecasan kuasa tanpa wayar generasi seterusnya untuk peranti berautonomi.

Syarikat-syarikat baharu tersebut akan mempamerkan inovasi mereka di OktoberTech yang akan menghimpunkan lebih 300 penginovasi, perniagaan, ilmuan, pelabur dan penggubal dasar dari seluruh dunia. Bertema "Mencipta masa depan bersama-sama", simposium satu hari itu akan meliputi aplikasi-aplikasi seperti infrastruktur bandar pintar, teknologi pemboleh Industri 4.0, mobiliti berautonomi dan elektrik serta kediaman pintar dan peranti peribadi.

"Hasil daripada Co-Innovation Space telah melangkaui jangkaan kami," kata Chua Chee Seong, Presiden dan Pengarah Urusan, Infineon Technologies Asia Pasifik. "Inovasi pintar dan terjamin untuk aplikasi perindustrian, infrastruktur dan mobiliti yang dicipta di Singapura untuk dunia kini bersedia untuk pameran komersial. Selain itu, sinergi dengan syarikat-syarikat baharu telah membantu menggalakkan semangat inovasi dalam kalangan pasukan kami dan juga ekosistem rakan kongsi kami. Kami berharap dapat mencipta masa depan bersama-sama dengan kumpulan penginovasi baharu untuk mencipta produk yang dapat menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam buat semua."

Dilancarkan pada tahun 2018, Co-Innovation Space berkeluasan 260-meter persegi di ibu pejabat Asia Pasifik Infineon di Singapura merupakan yang pertama seumpamanya untuk syarikat ini dan juga industri semikonduktor. Ia merupakan komitmen sepanjang tahun yang disokong oleh teknologi, kepakaran dan bimbingan daripada Infineon di Singapura dan serata dunia. Peserta-peserta mendapat akses ke kemudahan penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan Infineon dan juga hubungan dengan rakan kongsi dan pelanggan Infineon yang utama di rantau ini.

Latar Belakang Infineon

Infineon Technologies AG ialah peneraju dunia bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon merupakan kunci kepada masa depan yang lebih baik. Pada tahun fiskal 2018 (berakhir 30 September), Syarikat melapor jualan sebanyak EUR7.6 bilion dan menggaji kira-kira 40,100 kakitangan seluruh dunia. Infineon tersenarai dalam Bursa Saham Frankfurt (simbol saham: IFX) dan di AS menerusi pasaran luar sistem bursa saham OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY)

Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com
Siaran akhbar ini disediakan secara dalam talian di www.infineon.com/press 

Ikuti kami: Twitter - Facebook - LinkedIn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191024/2621220-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190619/2502113-1-LOGO?lang=0

 

Source: Infineon
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Trade show news Future Events