Zoomlion cipta kren menara memugak terbesar dunia, mampu mengangkat berat 120 tan, bersamaan 17 ekor gajah
CHANGDE, China, 28 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science and Technology Co, (01157.HK), pembuat peralatan kejuruteraan dan pertanian Cina yang terkemuka, telah mencatatkan rekod dunia baharu menerusi kren yang terbesar di dunia, LH3350-120, yang keluar daripada barisan pemasangan pada 16 Oktober lalu. LH3350-120 ialah kren menara memugak mendaki dalaman yang amat berat dengan kapasiti mengangkat maksimum mencecah 120 tan, yang bersamaan dengan 17 ekor gajah dewasa.
"Pelancaran LH3350-120, kren menara memugak mendaki dalaman yang terbesar di dunia, menandakan pencapaian dalam penguasaan teknologi teras oleh Zoomlion bagi kren menara memugak. Kedudukan peneraju baharu yang dicapai oleh Zoomlion, akan memimpin industri jentera pembinaan China ke tahap baharu, meluaskan lagi pengaruh dan daya saing jenama-jenama Cina dalam pasaran kren menara global," kata Tang Shaofang, Penolong Presiden Zoomlion dan Pengurus Besar Zoomlion Construction Hoisting Machinery Co.
Pasaran kren menara memugak antarabangsa telah menyaksikan peningkatan permintaan untuk produk-produk yang lebih besar. Kren menara memugak mendaki dalaman bersaiz mega telah menjadi pemain hebat dalam pembinaan bangunan super tinggi memandangkan ia mampu mengangkat berat yang besar pada tahap tinggi di samping cemerlang dalam mengelakkan halangan.
Model LH3350-120 menonjolkan kecekapan dan keberkesanan kos:
Di samping itu, jentera gergasi 120 tan ini lebih mudah dan cekap untuk dipasang, dipisahkan dan diangkut - hasil daripada bum imbang kekuda model tersebut yang disambungkan dengan bearing atas dan aci pin kedudukan simpul standard serta sambungan berbolt.
LH3350-120 juga mempunyai teknologi pintar teras dan berangkaian seperti kawalan proposisi elektro-hidraulik, pemacu hidraulik dan pengurusan jarak jauh.
Produk rintis ini juga boleh disesuaikan, untuk butiran lanjut mengenai penyesuaian, sila kunjungi http://en.zoomlion.com/channel/SalesAndServices.html.
"Tatkala kadar urbanisasi terus meningkat, bangunan super tinggi yang bertindak sebagai mercu tanda bandar akan menjadi suatu kebiasaan. Apabila semakin banyak impian seni bina yang berani difikirkan, Zoomlion akan bersedia untuk menjadikan impian ini suatu kenyataan," kata Tang.
Latar Belakang Zoomlion
Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191025/2621235-1?lang=0