omniture

Tencent Cloud miliki Penarafan keseluruhan 4.5 daripada 5 dalam laporan Voice of the Customer: CDN Services Gartner, berdasarkan 15 ulasan, setakat 31 Ogos 2019(*)

Tencent Cloud
2019-10-28 15:21 315

SHENZHEN, China, 28 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Penyelesaian CDN Tencent Cloud memiliki Penarafan keseluruhan 4.5 daripada 5 dalam laporan Voice of the Customer: CDN Services Gartner setakat 31 Ogos 2019 dalam laporan Gartner Peer Insights Voice of the Customer diterbitkan oleh firma penyelidikan dan penasihat global terkemuka Gartner.  

Perlindungan trafik serangan puncak oleh Tencent Cloud dan perlindungan trafik serangan puncak purata industri
Perlindungan trafik serangan puncak oleh Tencent Cloud dan perlindungan trafik serangan puncak purata industri

Apakah itu Gartner Peer Insights Customers' Choice?(**)

Sejak Oktober 2015, lebih 260,000 ulasan merentasi lebih 340 pasaran telah dikirim ke Gartner Peer Insights. Dalam pasaran yang memiliki data yang mencukupi, Gartner Peer Insights mengiktiraf pembekal yang diberi penarafan paling tinggi oleh pelanggan mereka menerusi pengiktirafan Customers' Choice. Pengiktirafan rakan setara ini boleh menjadi pelengkap berguna kepada pendapat pakar, kerana berfokus kepada pengalaman langsung kelompok setara mengenai pelaksanaan dan pengendalian penyelesaian.

Setakat 31 Ogos 2019, ada 93 peratus yang menyatakan keinginan mereka untuk mengesyorkan perkhidmatan Tencent Cloud, berdasarkan 15 ulasan. Di samping itu, pelanggan juga menilai tinggi keupayaan perkhidmatan CDN Tencent Cloud, setakat 31 Ogos 2019, Tencent Cloud memperoleh penilaian Penilaian dan Pengkontrakan sebanyak 4.6 daripada 5.0 dalam Keupayaan Perkhidmatan, berdasarkan 15 ulasan. Penyelesaian ini juga disifatkan oleh pelanggan sebagai perkhidmatan Cemerlang kerana prestasi latar belakangnya yang telah terbukti dalam proses, perancangan dan pertukaran servis, penghantaran dan pelaksanaan. 

Tencent Cloud juga membuat kemajuan penting dalam pelaksanaan penyelesaian CDNnya merentas pelbagai industri. Pelanggan yang mengulas mengenai CDN Tencent Cloud terutamanya terlibat dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, komunikasi dan kewangan. Selama beberapa tahun ini, Tencent Cloud telah mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam sektor internet dan terus kekal menjadi salah satu pembekal utama dari segi bahagian pasaran dalam segmen permainan, e-dagang, video pendek, penstriman langsung dan perkhidmatan gaya hidup.(***) Tambahan lagi, Tencent Cloud sedang bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memudahkan transformasi digital pejabat kerajaan serta sektor kewangan, pembuatan dan peruncitan. Ekosistem rakan kongsi Tencent Cloud yang kian berkembang pesat kini terdiri daripada lebih 6,000 rakan kongsi.

Tencent Holdings (Tencent Cloud) sebelum ini pernah disebut sebagai Pembekal Wakil dalam Gartner market Guide untuk laporan CDN Services(****) selama dua tahun berturut-turut. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang memenuhi keperluan kefungsian Gartner sepenuhnya. Bahan ini bersumberkan laporan lain oleh Gartner: Market Guide for CDN Services, Diterbitkan: 27 Jun 2019 ID: G00386502. Dengan gabungan penjadualan GSLB proprietari Tencent Cloud dan sistem pemantauan kualiti masa nyata global CDN mereka, CDN Tencent Cloud menghalakan permintaan pengguna secara tepat ke nod akses yang optimum dan menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan pemecutan yang boleh dipercayai dan cekap, memastikan akses merentas wilayah yang lancar tanpa risiko kegagalan komunikasi dan penghapusan kependaman termasuk apabila menyambungkan pelanggan di seluruh dunia kepada pelayan tunggal. Tencent Cloud menyediakan pelanggannya dengan jalur lebar rangkaian melebihi 100Tbps dengan lebih 1,000 nod di seluruh China dan kira-kira 200 nod merentasi lebih dari 50 negara dan wilayah di luar tanah besar China.

CDN Tencent Cloud didatangkan dengan ciri keselamatan yang pelbagai, termasuk perlindungan daripada serangan sehingga 100 Gbps dengan nod tunggal. Dengan semua nod digabungkan, perkhidmatan CDN boleh bertahan melawan serangan DDoS melebihi 2Tbps. Penyelesaian CDN yang selamat dan berkualiti tinggi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan pemecutan selamat dan stabil merentas berbilang senario perniagaan.

Penyedia penyelesaian pengkomputeran awan telah menjadi penggiat utama dalam pasaran CDN, landskap yang terus berubah tatkala perkhidmatan dan teknologi pesat memberi impak kepada proses membuat keputusan pelanggan.

(*)Gartner Peer Insights 'Voice of the Customer': CDN Services, Diterbitkan 4 Oktober 2019 Ulasan Gartner Peer Insights: Gartner Peer Insights terdiri daripada pendapat subjektif pengguna akhir berdasarkan pengalaman mereka sendiri, dan tidak mewakili pandangan Gartner atau syarikat gabungannya.

(**)Gartner Peer Insights Customer's choice, Gartner Peer Insights Customers' Choice dan Voice Of the Customer https://blogs.gartner.com/reviews-pages/tpt-resources-home/gartner-peer-insights-customers-choice-2019/
Gartner Peer Insights Customers' Choice terdiri daripada pendapat subjektif ulasan, penarafan dan data individu pengguna akhir, diguna pakai sebagai ganti metodologi berdokumen; pendapat ini tidak mewakili pandangan, mahupun mengandungi pengendorsan oleh, Gartner atau syarikat gabungannya.

(***) IDC Quarterly Public Cloud Services Tracker-2018H2; IDC China Public Cloud Services in Internet Industry 2018

(****) Gartner, Market Guide for CDN Services, Ted Chamberlin et al., 27 Jun 2019
Gartner tidak mengendors mana-mana pembekal, produk atau perkhidmatan yang dipaparkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya pembekal dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat pertubuhan penyelidikan Gartner dan tidak sepatutnya diertikan sebagai penyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan penyelidikan ini, termasuk mana-mana jaminan kebolehdagangan atau kelayakan untuk tujuan tertentu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191025/2612554-1?lang=0

Source: Tencent Cloud
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications