omniture

Archipelago International dan Grab Lancar Program Perkongsian Skuter

Archipelago International
2019-10-28 15:29 287

JAKARTA, Indonesia, 28 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Archipelago International, kumpulan pengurusan hotel milik persendirian dan bebas yang terbesar di Asia Tenggara, baru-baru ini memeterai satu perkongsian yang pertama seumpamanya dengan Grab, aplikasi semua benda setiap hari yang terkemuka di Asia Tenggara.

John Flood, President and CEO of Archipelago International and TJ Tham, GrabWheels CEO at the signing ceremony.
John Flood, President and CEO of Archipelago International and TJ Tham, GrabWheels CEO at the signing ceremony.

'GrabWheels' ialah perkhidmatan perkongsian skuter atas-permintaan, yang menyewa e-skuter mesra alam melalui aplikasi mudah alih Grab. Stesen pengecasan elektrik pengambilan dan penurunan khusus telah dipasang dalam banyak hotel Archipelago, bagi menggalakkan tetamu mahupun penghuni hotel untuk menyewa skuter serta memanfaatkan kaedah pengangkutan bandar yang mesra alam, bebas karbon dan efektif masa.

E-Skuter, stesen pengecasan dan topi keselamatan disediakan dan diselenggara sepenuhnya oleh Grab demi pengalaman tunggangan yang menyeronokkan dan selamat, sementara hotel-hotel tersebut menyediakan lokasi-lokasi strategik untuk stesen-stesen. Dengan mengambil kira Archipelago yang mempunyai bilangan hotel yang terbesar di Indonesia, Kumpulan ini terus meningkatkan kualiti hidup buat penduduk Indonesia, bukan sahaja dengan memberi tidur malam yang lena dan hidangan yang enak - tetapi juga dengan mewujudkan jaringan mobiliti baharu masa kini.

John Flood, Presiden dan CEO Archipelago International mengulas: 'Kami merupakan pengendali hotel pertama untuk memeterai perkongsian sedemikian, sekali lagi menunjukkan budaya syarikat Archipelago yang inovatif dan mampan. Meningkatkan pengalaman tetamu melalui kemajuan teknologi sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan mencetuskan perbezaan mampan di lokasi-lokasi kita menginap dan bekerja adalah suatu yang hebat untuk dilakukan. E-Skuter adalah amat cekap tenaga, sambil meningkatkan mobiliti keseluruhan tanpa meningkatkan emisi. Ia semakin popular di pelosok dunia yang lain dan kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada gerakan global ini bersama rakan kongsi mesra alam kami Grab.'

TJ Tham, CEO GrabWheels terus mengulas, 'Sebagai aplikasi semua benda setiap hari yang utama di Asia Tenggara, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada pengguna dan rakan kongsi kami bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Kami telah menyaksikan semangat yang tinggi untuk GrabWheels sebagai pilihan pengangkutan jarak dekat yang menyeronokkan dan berpatutan. Kami berasa amat gembira dengan semangat ini dan berasa sukacita untuk bekerjasama dengan Archipelago International untuk membawa GrabWheels kepada lebih ramai pelanggan di rantau ini.'

# # #

Latar Belakang Archipelago International

Archipelago International mengendalikan portfolio terbesar Indonesia melibatkan lebih 150 hotel dengan tambahan 100 hartanah baharu yang sedang dibangunkan di Asia Tenggara, Caribbean dan Timur Tengah. Dengan 20,000 bilik di lebih 60 bandar, kemewahan Kumpulan ini untuk jenama-jenama pilihan perkhidmatannya termasuk ASTON, Alana, the Aston Heritage Collection, Huxley, Kamuela, HARPER, Quest, NEO, favehotels dan NOMAD.

Untuk maklumat lanjut kunjungi archipelagointernational.com.

Latar Belakang Grab

Grab ialah aplikasi super (super app) harian yang terkemuka di Asia Tenggara, menyediakan perkhidmatan harian yang paling penting kepada pengguna. Hari ini, aplikasi Grab telah dimuat turun ke lebih 163 juta peranti mudah alih, memberi pengguna dengan akses kepada lebih 9 juta pemandu, peniaga dan ejen. Grab mempunyai kumpulan pengangkutan darat yang terbesar di rantau ini dan telah menyempurnakan lebih 4 bilion tunggangan sejak penubuhannya pada tahun 2012. Grab menawarkan rangkaian paling luas perkhidmatan pengangkutan atas-permintaan di rantau ini, selain makanan, penyerahan pakej, pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan merentas 339 bandar di lapan negara Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut kunjungi grab.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191023/2614234-1?lang=0

Source: Archipelago International
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Hotels and Resorts Transportation Travel Joint ventures