omniture

XGC88000 4,000-tan XCMG Sempurnakan Tugasan Luar Negara Pertama Di Arab Saudi

XCMG
2019-10-29 21:47 189

BANDAR PERINDUSTRIAN JUBAIL, Arab Saudi, 29 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- XGC88000, kren rangkak yang terbesar di dunia yang dibangunkan oleh XCMG (SHE:000425) dengan kapasiti memecah rekod 4,000 tan, telah membuat penampilan sulung yang berjaya di Arab Saudi tatkala ia menaikkan menara mencuci 1,926-tan untuk projek UNITE EOEG III hanya dalam lima jam pada 24 Oktober di Bandar Perindustrian Jubail, Arab Saudi.

XGC88000 4,000-tan XCMG menyempurnakan tugasan luar negara pertama di Arab Saudi.
XGC88000 4,000-tan XCMG menyempurnakan tugasan luar negara pertama di Arab Saudi.

Beroperasi di kawasan gurun yang mana suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit), XGC88000 meletakkan bahagian peralatan yang paling berat dan paling penting ke kedudukannya dalam percubaan pertamanya - menara mencuci yang mempunyai ketinggian 101.1 meter (331.7 kaki) dan diameter 8.6 meter (28.2 kaki). XGC88000 mengguna pakai kombinasi bum daripada bum utama 102 meter dan bum tambahan 27-meter, ia digandingkan dengan kren 1,250-tan untuk menyempurnakan operasi amang.

Kren rangkak 4,000-tan dihantar dari China pada pertengahan Ogos dan melakukan perjalanan selama 30 hari melalui Jalan Sutera Maritim. Sebagai persiapan, XCMG menyusun satu pasukan jurutera teknikal dan perkhidmatan bagi menyokong operasi ini, yang bekerjasama dengan kakitangan Sinopec untuk menyempurnakan pemasangan dan pengujian kren.

Bersama-sama dibangunkan oleh XCMG dan Sinopec pada tahun 2013, kren rangkak XGC88000 - dengan kapasiti mengangkat yang terbesar di dunia - telah melakukan perjalanan sejauh lebih 30,000 kilometer (18,641 batu) merentas lapan wilayah di China dan mengangkat 150 keping peralatan dalam 11 projek utama yang mempunyai berat secara kolektif sebanyak 120,000 tan. Ia mempunyai tiga teknologi rintis, enam teknologi yang utama di dunia dan lebih 80 paten kebangsaan.

"XCMG komited untuk bekerjasama dengan Sinopec dan perusahaan-perusahaan Cina lain bagi menyokong Inisiatif 'Jalur dan Jalan'. Berdiri kukuh menerusi strategi antarabangsa bagi meningkatkan lagi jenama XCMG dalam pasaran global, penampilan sulung yang berjaya di Arab Saudi mengesahkan peralatan kami berada di landasan yang betul dan menjadi peneraju bagi pasaran global," kata Weidong Chen, Pengurus Besar Xuzhou Construction Machinery Col, Ltd.

XGC88000 dirancang untuk mengangkat dua reaktor 1,312-tan untuk projek UNITE EOEG III sebelum melakukan perjalanan untuk menawarkan perkhidmatan dalam projek pemisahan udara GAS-P9 untuk National Industrial Gases Company (NIGC) di Arab Saudi dan juga projek penapisan minyak di Oman.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.comFacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191028/2623391-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation