omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights Oktober 2019 untuk Perangkaian Pusat Data

Huawei
2019-10-30 02:31 373

SHENZHEN, China, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Huawei dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights Oktober 2019 untuk Perangkaian Pusat Data. Ini merupakan kali kedua Huawei menerima penghormatan ini.

Gartner Peer Insights ialah platform ulasan produk dan perkhidmatan IT perusahan mantap yang mengehoskan lebih 255,000 ulasan pelanggan yang disahkan daripada 355 pasaran yang ditakrifkan (setakat Jun 2019). Dalam pasaran-pasaran yang mana terdapatnya data yang mencukupi, Gartner Peer Insights mengiktiraf vendor-vendor yang mendapat penilaian paling tinggi oleh pelanggan mereka melalui penghormatan Pilihan Pelanggan. Penghormatan diberi nilai rakan setara ini dapat menjadi pelengkap yang berguna kepada pendapat pakar memandangkan ia memberi tumpuan kepada pengalaman rakan setara langsung dalam melaksanakan dan mengendalikan suatu penyelesaian.

Huawei telah beroperasi secara berterusan dalam pasaran rangkaian pusat data. Sejak pelancarannya pada tahun 2012, Penyelesaian Rangkaian Pusat Data CloudFabric Huawei telah digunakan dalam lebih 7800 pusat data perusahaan di lebih 120 negara. Huawei telah memperoleh designasi Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights sebanyak dua kali secara berturut-turut hasil daripada jumlah besar ulasan yang positif dan penilaian tinggi daripada pelanggan. Kami percaya bahawa penghormatan ini juga merupakan bukti kedudukan Huawei dalam industri rangkaian pusat data dan rekod mantap dalam penggunaan berskala besar dan penggunaan komersial untuk pelanggan global.

Tahun ini, Huawei melancarkan suis pusat data pertama industri yang dibina untuk era Kecerdasan Buatan (AI) -- CloudEngine 16800, yang digunakan secara komersial pada skala luas oleh pelbagai pelanggan seluruh dunia. Selain itu, Huawei juga melakukan inovasi berterusan dalam bidang rangkaian dipacu hasrat dan rangkaian pintar serta nirhilang. Di HUAWEI CONNECT 2019, Huawei mempamerkan penggunaan automatik model-model perangkaian berasaskan hasrat yang biasa, O&M pintar (termasuk pengesanan kesalahan satu-minit, lokasi kesalahan tiga-minit dan pembetulan kesalahan lima minit) serta perangkaian berskala besar Rangkaian Pusat Data Pintar dan Nirhilang Fabrik AI. Menjadi matlamat Huawei untuk menerajui rangkaian pusat data dari era awan ke era AI, membantu pelanggan untuk mengurangkan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) serta mempercepatkan transformasi pintar.

"Kami amat menghargai maklum balas yang dikongsi oleh pelanggan kami di Gartner Peer Insights dan percaya bahawa pengiktirafan Pilihan Pelanggan merupakan bukti komitmen Huawei untuk memberi pengalaman pelanggan yang cemerlang," kata Leon Wang, Presiden Domain Rangkaian Pusat Data Huawei. "Kami akan mematuhi penumpuan kepada pelanggan, terus menginovasi dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian rangkaian pusat data yang memenuhi keperluan dan pembangunan jangka panjang mereka."

[1] Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights ialah satu pengiktirafan vendor-vendor dalam Perangkaian Pusat Data oleh golongan profesional pengguna akhir yang disahkan, mengambil kira kedua-dua bilangan ulasan dan penilaian pengguna keseluruhan. Bagi memastikan penilaian yang adil, Gartner mengekalkan kriteria yang ketat untuk mengiktiraf vendor-vendor dengan kadar kepuasan pelanggan yang tinggi. https://www.gartner.com/reviews-pages/peer-insights-customers-choice-distinctions-methodology/

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Penyelesaian Rangkaian Pusat Data CloudFabric Huawei: https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/data-center-network/ 

Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights terdiri daripada pendapat-pendapat subjektif ulasan, penilaian dan data pengguna akhir individu yang diaplikasikan terhadap kaedah yang didokumentasikan; ia tidak mewakili sama ada pandangan, mahupun merupakan pengendorsan oleh, Gartner atau rakan-rakan sekutunya. 

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards