omniture

Ekspo Ekonomi Marin China 2019 labuh tirai

Edisi 2020 sekali lagi akan diadakan di Shenzhen
2019 China Marine Economy EXPO
2019-10-31 03:14 344

SHENZHEN, China, 31 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Ekonomi Marin China 2019 berjaya diadakan di Shenzhen mulai 14-17 Oktober 2019. Anjuran bersama Kementerian Sumber Asli China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong dan dikelolakan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen, ekspo ini direka untuk mewujudkan acara ekonomi marin kebangsaan yang menyepadukan pertukaran teknologi, paparan produk, rundingan perdagangan, forum bertaraf tinggi dan perekrutan pelaburan.

Persembahan Ekspo Ekonomi Marin China 2019
Persembahan Ekspo Ekonomi Marin China 2019

Bertemakan Berkongsi Peluang Ekonomi Biru, Bina Masa Depan Bersama, ekspo ini menampilkan kawasan pameran yang mendemonstrasikan pencapaian ekonomi marin pada ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, termasuk pameran yang dikhususkan untuk Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, selain kawasan pameran untuk pembangunan sumber marin dan peralatan kejuruteraan marin, kapal dan pelabuhan China, industri marin baru muncul dan acara kemuncak antarabangsa, yang mempamerkan pertumbuhan dan pencapaian terkini kedua-dua ekonom marin China dan dunia.

Beberapa bahagian peralatan berkualiti tinggi, termasuk pelantar gerudi Blue Whale 1, pemboleh tenggelam dikawal manusia, satelit HY-2 dan kapal korek sedut pemotong terdorong sendiri Tianjing, dipamerkan. Syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia, antaranya, CNOOC, PetroChina, Sinopec, CIMC, China Merchants Heavy Industry, Huawei, Kuang-Chi, Shell dan Siemens, hadir di ekspo ini.

Dengan tumpuan pada inovasi dalam teknologi, ekspo ini meliputi lebih 30 sektor huluan dan hiliran merentas industri marin dan menarik minat 97,000 pengunjung profesional dari 28 negara dan kawasan. Kira-kira 432 teknologi dan produk baharu diperkenalkan buat julung kalinya manakala 357 acara dihoskan, antaranya ialah 19 pembentangan projek. Lebih 110 syarikat mengambil bahagian dalam jerayawara pelaburan dan kewangan. Pasukan-pasukan yang dikendalikan oleh universiti-universiti dan badan-badan pemikir yang bertanggungjawab untuk 24 projek teknologi berkualiti tinggi melibatkan peserta pasaran, pelabur dan rakan pembiayaan dalam perbincangan yang rancak tentang keadaan pasaran.

Dua belas forum ekonomi marin bertaraf tinggi diadakan, dibahagikan kepada tiga forum makro, satu forum usahawan dan lapan forum profesional:

  • Forum Rakan Kongsi Ekonomi Biru Global,
  • Forum Guangdong-Hong Kong-Macau mengenai Kerjasama dan Pembangunan Marin,
  • Forum Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi Marin Antarabangsa,
  • Forum Antarabangsa Usahawan Ekonomi Biru,
  • Forum Tenaga Boleh Diperbaharui Marin,
  • Forum Penggunaan Sumber Air Laut China 2019,
  • Forum mengenai Pembangunan Peralatan Marin Berkualiti Tinggi
  • Forum mengenai Inovasi dan Pembangunan Teknologi Laut Dalam,
  • Forum Industri Bioperubatan Marin,
  • Forum mengenai Inovasi dan Pembangunan Teknologi Lautan Pintar,
  • Forum mengenai Eksploitasi Medan Minyak Marin dan Teknologi Kejuruteraan Operasi Dalam Air, dan
  • Forum mengenai Teknologi Pembinaan Kapal.

Di acara-acara berkenaan, 190 tetamu dari 20 negara dan kawasan menyatakan pandangan mereka. Antaranya, tujuh felow penyelidikan, 143 eksekutif daripada syarikat-syarikat marin terkemuka dan 28 pegawai kanan daripada organisasi-organisasi antarabangsa serta kerajaan-kerajaan asing berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang pembangunan ekonomi maritim, penyelidikan, tadbir urus dan keselamatan dari pelbagai perspektif, membawakan kebijaksanaan dan kevitalan kepada pembangunan ekonomi marin global. Lebih 4,500 orang dalam industri menghadiri acara ini.

Semasa berlangsungnya ekspo ini, beberapa dokumen yang memperincikan kedua-dua pencapaian terkini dan terdahulu termasuk Laporan Pembangunan Ekonomi Marin China 2019, Indeks Pembangunan Ekonomi Marin China, Album Gambar 70 Tahun Marin Guangdong dan Peta Ekonomi Marin Guangdong dikeluarkan. Kesatuan Ekonomi Biru Antarabangsa ditubuhkan, manakala Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Ekonomi Biru dan Perancangan Ruang Samudera dimeterai. Selain itu, China membentuk "Perkongsian Biru" dengan 12 negara Kepulauan Pasifik.

Ekspo Ekonomi Marin China seterusnya akan diadakan di Shenzhen pada Oktober 2020.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191028/2623422-1?lang=0

 

Source: 2019 China Marine Economy EXPO
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news