omniture

Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhuhai Anjur Sidang Kemuncak dan Ekspo, Sediakan Lebih Banyak Peluang untuk Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau

Zhuhai Huafa Group
2019-10-31 05:02 403

ZHUHAI, China, 31 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Mulai 21 hingga 23 Oktober, Sidang Kemuncak Perniagaan Usahawan Macau-Zhuhai dan Forum Komunikasi Antarabangsa China Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhuhai, wilayah Guangdong, China, yang menarik minat ribuan tokoh perniagaan dan politik selain media arus perdana di negara-negara sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan ke Zhuhai. Berdasarkan momentum hebat Zhuhai di Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhuhai Huafa Group, berperanan sebagai jendela bagi memaparkan imej Zhuhai dan platform untuk pertukaran perniagaan, akan turut menerima peluang-peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini pada masa depan.

Aerial View of Zhuhai International Convention and Exhibition Center
Aerial View of Zhuhai International Convention and Exhibition Center

Tahun 2019 merupakan tahun pertama rancangan pembangunan untuk Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau diperkenalkan secara rasminya. Ia juga merupakan ulang tahun kelima Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhuhai. Setelah lima tahun beroperasi, pusat ini terkenal sebagai dewan penerimaan bandar dan sinonim untuk tempat jenama Zhuhai dan metropolitan Kawasan Teluk Lebih Besar. Sehingga kini, pusat konvensyen dan pameran antarabangsa Zhuhai telah menerima lebih 140 pameran, 3,600 aktiviti persidangan dan 2,000 acara katering dengan pempamer dan tetamu hampir mencecah sehingga 4 juta. Antaranya merupakan aktiviti-aktiviti perniagaan Wal-Mart, Adidas, Volkswagen, Mercedes-Benz dan jenama-jenama antarabangsa lain, selain aktiviti-aktiviti hal ehwal kerajaan dan persidangan termasuk: Sidang Kemuncak Pelaburan China-Israel, Sidang Kemuncak Penyumberan Luar Perkhidmatan Global, Sidang Kemuncak Perniagaan China-LAC ke-12, Minggu Reka Bentuk Antarabangsa Zhuhai dan Forum Komunikasi Antarabangsa China (Guangdong) "Jalan Sutera Maritim Abad ke-21".

Selepas pembukaan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, Zhuhai menjadi satu-satunya bandar yang terhubung dengan Hong Kong dan Macau melalui darat. Dengan matlamat berhubung peningkatan dan pembangunan perindustrian serta menarik minat lebih banyak projek pameran dan konvensyen berskala besar dari dalam dan luar negara ke bandar ini, Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhuhai menandatangani perjanjian strategik berhubung Jalur Pelancongan Pameran Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau bersama AsiaWorld-Expo dan syarikat-syarikat lain pada tahun ini. Dengan kesemua usaha ini, lebih banyak kemungkinan dalam pengehosan acara, perkongsian sumber dan pengenalan projek-projek antarabangsa antara ketiga-tiga bandar tersebut pada masa depan pasti akan muncul. Pendekatan yang lebih terbuka untuk mengalu-alukan aktiviti-aktiviti pameran antarabangsa yang akan menggiatkan lagi Industri C&E di seluruh Kawasan Teluk Lebih Besar merupakan sesuatu yang akan diterima oleh Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhuhai.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191029/2624998-1?lang=0

Source: Zhuhai Huafa Group
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Trade show news