omniture

Program Perantis XCMG Hubungkan Individu-individu Muda Berwawasan dalam "Perjalanan menuju Penciptaan"

XCMG
2019-10-31 20:53 296

XUZHOU, China, 31 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- "Perantis XCMG Musim 5: Pencipta XCMG" telah menjemput lima perantis antarabangsa untuk meneroka pencapaian pembuatan pintar dan teknologi inovatif XCMG melalui jelajah ekstensif bermula pada 21 hingga 25 Oktober di ibu pejabat XCMG di Xuzhou, China.

Program Perantis XCMG Hubungkan Individu-individu Muda Berwawasan dalam "Perjalanan menuju Penciptaan"
Program Perantis XCMG Hubungkan Individu-individu Muda Berwawasan dalam "Perjalanan menuju Penciptaan"

Lima perantis dari A.S., Itali, Mexico, India dan Filipina dipilih daripada lebih 55,000 permohonan dalam talian, bilangan tertinggi sejak program ini bermula pada tahun 2016.

"Belia merupakan masa untuk berkembang maju, menjadi kreatif dan mencipta kenangan yang indah. Melalui pembelajaran tentang jenama dan teknologi XCMG serta berkomunikasi dengan bakat-bakat muda, kami berharap agar pengalaman mereka di XCMG dapat menjadi kenangan indah yang boleh dikongsi oleh mereka bersama-sama rakan-rakan dari serata dunia," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Bertema "Pencipta XCMG", musim terkini memberi tumpuan pada pembangunan berkembang pesat XCMG dalam pembuatan pintar dan inovasi rintis. Perjalanan ini membawa perantis-perantis ke pusat ujian hidraulik 5,560 meter persegi XCMG, mesin penarikan sejuk terpanjang serta makmal getaran dan hingar yang terbesar di Asia. Pencipta-pencipta ini turut ditunjukkan dengan seni pencetakan 3D dalam industri pembuatan pintar.

Para perantis menyertai perbincangan bersama Shen Yong, timbalan pengurus besar dan ketua jurutera Unit Perniagaan Jentera Tolak Tanah XCMG, berhubung penyelidikan dan pembangunan (R&D) diselaraskan, pembuatan pintar, peningkatan pengeluaran, pemasaran kreatif dan strategi antarabangsa.

Di bilik VR pusat reka bentuk perindustrian XCMG, perantis-perantis memperoleh pemahaman yang komprehensif tentang teknologi realiti maya visual XCMG dan mengalami proses semakan maya penggelek jalan semasa proses pengeluaran.

"Sangat mengagumkan apabila mengetahui bahawa XCMG mempunyai lebih 20 ribu pekerja, berusaha untuk membina pencapaian hebat ini bersama-sama," kata Maria Isabel Aportela Nino Justo, perantis dari Mexico. "Dengan kesemua makmal canggih ini yang menyokong produk dan kakitangan XCMG yang gigih dalam inovasi, tidak syak lagi bahawa produk-produk XCMG benar-benar 'Canggih dan Boleh Bertahan.'"

XCMG mencipta Program Perantis XCMG untuk menawarkan peluang kepada bakat-bakat muda untuk belajar tentang syarikat, pencapaian inovatif utamanya dan pengaruh global di samping menggalakkan pertukaran antarabangsa serta perkongsian budaya Cina.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191030/2626652-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation