omniture

Perpustakaan Digital IEEE Xplore® Cecah Lima Juta Dokumen memandangkan Lebih Banyak Pilihan Pengarang Bantu Percepat Pertumbuhan

IEEE
2019-10-31 21:00 152

Bermula Dengan Kecerdasan Buatan kepada Tenaga Mampan, Pengarang Tambah Ratusan Kertas Kajian Setiap Hari

PISCATAWAY, New Jersey, 31 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- IEEE, organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia memajukan teknologi untuk umat manusia, hari ini mengumumkan bahawa perpustakaan digital IEEE Xplore, salah satu koleksi terbesar di dunia bagi literatur teknikal dalam bidang kejuruteraan, sains komputer dan teknologi berkaitan, telah meraih pencapaian baharu menerusi 5 juta dokumen yang kini disediakan dalam repositori luasnya.

Pengarang dari semua kawasan di dunia dalam bidang akademik dan industri semakin memilih IEEE untuk menerbitkan kajian mereka, memastikan bahawa kandungan terkini dalam teknologi baru muncul dapat disampaikan kepada pengguna IEEE Xplore.

"Ini merupakan pencapaian penting untuk IEEE, untuk platform digital kami IEEE Xplore dan buat mereka yang bergantung pada IEEE  untuk memberi hasil yang paling penting bagi membantu mendorong penyelidikan mereka," kata José Moura, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IEEE.

"Perpustakaan Digital IEEE Xplore telah menyaksikan pertumbuhan yang besar tatkala kami menambah purata tahunan lebih 250,000 dokumen baharu yang menonjolkan pencapaian terkini dalam teknologi utama kepada pengguna kami," kata Michael Forster, Pengarah Urusan, IEEE Publications. "Kami amat bersyukur kepada pengarang kami yang telah menyumbang hasil kerja mereka untuk menjadikan IEEE Xplore sebagai salah satu koleksi terbesar di dunia bagi literatur teknikal yang dipetik oleh penyelidik-penyelidik yang terkemuka di dunia."

Turut membantu mendorong pertumbuhan ialah penambahan pilihan Akses Terbuka baharu IEEE Xplore. IEEE Xplore terus menyediakan lebih banyak opsyen dan pilihan bagi menyokong hasil kerja dan keperluan semua pengarang dan penyelidik, sama ada mereka memilih untuk menerbitkannya dalam jurnal langganan tradisional atau jurnal akses terbuka.

IEEE juga merupakan peneraju global bagi kejuruteraan elektrik, sains komputer dan bidang-bidang lain yang berkaitan, menerbitkan jurnal dengan petikan yang tinggi dan mengelolakan banyak persidangan terkemuka dalam bidang ini.

Koleksi dalam talian IEEE Xplore termasuk kandungan daripada kira-kira 200 jurnal dan majalah IEEE, lebih 1,800 persidangan tahunan, lebih 1,200 piawaian teknologi aktif, 400 kursus e-pembelajaran dan 4,000 e-buku. Perpustakaan digital IEEE Xplore menerbitkan kira-kira 20,000 artikel baharu setiap bulan dan mempunyai lebih 5 juta pengguna bulanan unik di seluruh dunia. IEEE juga telah menjalin perkongsian penerbit untuk membolehkan pengguna mencari kandungan berkualiti tinggi lain yang relevan dalam IEEE Xplore bagi membantu memenuhi keperluan mereka – kini menawarkan hampir separuh juta dokumen daripada penerbit-penerbit terkemuka yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang IEEE Xplore dan pelbagai langganan dalam talian dan pilihan untuk pengarang, kunjungi laman sesawang Langganan Digital IEEE di www.ieee.org/innovate atau laman Akses Terbuka IEEE di https://open.ieee.org

Latar Belakang IEEE

IEEE ialah organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia yang dikhususkan untuk memajukan teknologi demi manfaat umat manusia. Melalui penerbitan dengan petikan yang tinggi, persidangan, piawaian teknologi dan aktiviti profesional serta pendidikan, IEEE merupakan suara yang dipercayai dalam pelbagai bidang bermula daripada sistem aeroangkasa, komputer dan telekomunikasi kepada kejuruteraan bioperubatan, kuasa elektrik dan juga elektronik pengguna. Ketahui lebih lanjut.

Hubungan media: 
Francine Tardo 
+1 732 465 5865 
f.tardo@ieee.org 

Monika Stickel 
+1 732 562 6027 
m.stickel@ieee.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1017741/IEEE_Advanced_Technology_Logo_Logo.jpg  

Source: IEEE
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Not for profit