omniture

Xinhua Silk Road: Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou sasar bina Aerotropolis China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-01 07:38 208

ZHENGZHOU, China, 1 November 2019 /PRNewswire/ -- Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou menubuhkan jawatankuasa pakar antarabangsa semasa berlangsungnya acara perekrutan bakat yang diadakan di Zhengzhou, bandar utama Wilayah Henan China tengah, bertujuan untuk membina sebuah Aerotropolis menerusi pelbagai projek berteknologi tinggi.

Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou merupakan antara zon rintis ekonomi penerbangan pertama yang diluluskan oleh Majlis Negara China pada Mac 2013, dengan kawasan yang dirancang berkeluasan 415 kilometer persegi.

Selepas beberapa tahun menjalani pembangunan, ia menubuhkan hab pengangkutan tiga dimensi yang menghubungkan China dan dunia serta memancarkan timur, barat dan bahagian timur China, membawakan industri-industri perkhidmatan moden.

Dipimpin oleh John D. Kasarda, ketua penasihat zon lapangan terbang, seorang profesor di University of North Carolina dan pengasas teori Aerotropolis, jawatankuasa pakar antarabangsa yang baru ditubuhkan merupakan pasukan badan pemikir antarabangsa yang menghimpunkan pakar-pakar dalam ekonomi lapangan terbang daripada organisasi antarabangsa, perusahaan, institusi penyelidikan dan golongan elit industri.

Dalam satu sesi khas, Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou mengumumkan rancangan untuk membina Aerotropolis sebagai satu projek jenama dan menjadikannya model untuk membina Aerotropolis di negara ini malah di dunia, dalam usaha untuk meningkatkan tarikan keseluruhannya kepada teknologi, industri, modal dan sumber-sumber lain.

Diketahui bahawa sepuluh projek perindustrian bertaraf tinggi dijangka akan dijalankan selepas berlangsungnya acara ini, meliputi pembuatan berkualiti tinggi, bioperubatan dan bidang-bidang lain.

Ma Jian, setiausaha Jawatankuasa Kerja Parti Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou berkata ia akan berpegang kepada matlamat untuk "membina bandar raya baharu dalam satu dekad" dan menggalas tanggungjawab untuk memimpin dasar buka pintu Henan kepada dunia luar.

Acara Perekrutan Bakat & Pemadanan Projek Kedua untuk Inovasi dan Pembangunan diadakan di Zhengzhou pada hari Sabtu, dengan sejumlah 157,432 jawatan ditawarkan oleh 11,553 majikan dalam 65 industri bagi menarik bakat-bakat untuk bekerja atau memulakan perniagaan di Wilayah Henan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309063.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Construction/Building Passenger Aviation Transportation Travel Utilities