omniture

FPT Software Tawar Demonstrasi Awam Kenderaan Berautonomi di Perbandaran Urban Ecopark

FPT Software
2019-11-01 16:48 294

HANOI, Vietnam, 1 November 2019 /PRNewswire/ -- Firma IT terkemuka Asia Tenggara FPT Software Rabu ini mengadakan demonstrasi awam teknologi pemanduan berautonomi di Ecopark, sebuah perbandaran urban terletak 20km di timur Hanoi. Demonstrasi dilakukan seperti diikrarkan syarikat lebih awal pada April.

Firma IT terkemuka Asia Tenggara FPT Software pada hari Rabu memberikan demonstrasi awam teknologi pemanduan berautonomi di Ecopark, bandar urban terletak di 20km timur Hanoi.
Firma IT terkemuka Asia Tenggara FPT Software pada hari Rabu memberikan demonstrasi awam teknologi pemanduan berautonomi di Ecopark, bandar urban terletak di 20km timur Hanoi.

 

Kereta golf elektrik Yamaha, selepas dinaik taraf dengan teknologi autonomi terkini FPT Software, menyelesaikan perjalanan 4 kilometer mengelilingi Ecopark tanpa interaksi manusia. Laluan ini direka bentuk dengan lima perhentian bas dan pelbagai persimpangan bertembung untuk membentuk persekitaran yang agak mencabar bagi kenderaan.

Semasa pengguna menempah perjalanan menerusi aplikasi mudah alih, kenderaan ini secara automatik membuat kiraan laluan paling optimum dan menyusun prioriti penumpang mengikut susunan kronologi. Ia juga berjaya mengesan dan mengelakkan halangan/kenderaan di sepanjang jalan dan mengambil dan menurunkan penumpang dengan ketepatan 100 peratus. Apabila tiada penumpang, kenderaan kembali ke titik permulaan dan mengendalikan fungsi meletak kereta secara automatik sepenuhnya sendiri.

Ciri ini bersamaan dengan Tahap 3 - "Pemanduan Automasi Aras Tinggi" seperti ditakrifkan oleh Persatuan Jurutera Automatif (Society of Automotive Engineers) berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut Pengerusi FPT Software Hoang Nam Tien, "demonstrasi yang berjaya ini ialah peristiwa penting yang utama ke arah menjadikan kenderaan tanpa pemandu satu kenyataan, dengan potensi untuk mentransformasikan mobiliti merentasi kawasan urban, lapangan terbang, rumah peranginan mewah, dan lain-lain. FPT Software berbangga menjadi salah satu syarikat pertama di Asia Tenggara yang memacu teknologi autonomi ke hadapan".

Ketika acara ini juga, beliau menjemput orang awam untuk merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan pemanduan berautonomi tahap tinggi pada Hari Teknologi FPT, dijadualkan pada 21 November 2019 di Pusat Persidangan Kebangsaan Vietnam. "Buat kali pertama, kenderaan yang disepadukan dengan teknologi autonomi FPT Software yang dihasilkan di Vietnam akan menjadi 'Pengangkut' di Acara ini", ujarnya.

"Kami berbesar hati menyaksikan kejayaan demonstrasi ini. Pada masa akan datang, kami akan menimbangkan dengan serius untuk menerima pakai teknologi pemanduan berautonomi bagi menawarkan penduduk kami dengan pengalaman kehidupan lebih baik", kata Nguyen Dung Minh, Timbalan Pengarah Besar Ecopark.

"Kami menunggu saat untuk memanfaatkan kuasa teknologi digital untuk menjadi bandar pintar berkelas dunia. Penduduk Ecopark akan menjadi kumpulan pertama yang menikmati kemajuan teknologi terkini, fasiliti moden, perkhidmatan pengurusan berkualiti tinggi dan penyelesaian untuk menggunakan sumber secara berkesan", beliau menambah.

FPT Software memperkenal kereta pemanduan berautonomi pertamanya pada Oktober 2017 berdasarkan penyelidikan mendalam dan keupayaan dalam Kecerdasan Buatan, Analitik Data, Internet Kenderaan, Perkomputeran Awan, Pemprosesan Imej, dan lain-lain. Syarikat telah berjaya menguji teknologi autonomi pada kereta empat tempat duduk dan kereta golf elektrik di sekitar zon teknologi tinggi tempatan dan di kampusnya sendiri. 

FPT Software juga membangunkan penyelesaian mobiliti berautonomi dengan ciri lanjutan seperti diagnostik dalam kenderaan (OBD), kemaskini perisian melalui udara (OTA) dan pengoptimuman pengangkutan. Dengan penyelesaian ini, syarikat mencari jalan untuk terus memperkukuh kedudukannya sebagai perintis transformasi digital dan menjadi penyedia perkhidmatan transformasi digital terkemuka dunia dalam tempoh sedekad.

Latar Belakang FPT Software

FPT Software merupakan sebahagian FPT Corporation, penyedia perkhidmatan teknologi dan IT terkemuka global beribu pejabat di Vietnam dengan pendapatan hampir US$2 bilion dan 33,000 pekerja. Sebagai perintis dalam transformasi digital, FPT menyampaikan perkhidmatan berkelas dunia dalam kilang Pintar, platform Digital, RPA, AI, IoT, Mobiliti Perusahaan, Awan, AR/VR, Sistem Terbenam, Ujian, modernisasi Platform, Aplikasi Perniagaan, Perkhidmatan Aplikasi, BPO dan banyak lagi. FPT telah memberi perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan di seluruh dunia, seratus daripadanya tersenarai sebagai syarikat Fortune Global 500 dalam industri Aeroangkasa & Penerbangan, Automotif, Perbankan dan Kewangan, Logistik & Pengangkutan, Utiliti dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.fpt-software.com.

Latar Belakang Ecopark

Ecopark ialah kawasan urban berciri ekologi terbesar dengan jutaan pokok di Vietnam Utara. Terletak di pintu tenggara kota Hanoi, Ecopark berkeluasan 500 hektar. Selepas 16 tahun pembinaan dan pembangunan, Ecopark dikenali sebagai "Bandar Hijau", menawarkan pelbagai pilihan produk kediaman dan fasiliti. Ecopark menjadi perintis seni bina hijau lestari, diberi penghormatan dengan banyak anugerah antarabangsa berprestij. Ecopark menjangka untuk memenuhi keperluan perumahan bagi lebih 150,000 penduduk pada masa depan. Dengan visi menaik taraf Ecopark daripada kawasan urban hijau kepada bandar hijau - pintar - moden, pemaju telah banyak berusaha mencari penyelesaian tenaga berkesan dan teknologi paling moden. Kenderaan elektrik berautonomi menggunakan minyak yang bersih dan mesra alam merupakan salah satu matlamat Ecopark pada 2019.

Sila lawati http:/www.ecopark.com.vn/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191030/2626774-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191030/2626774-1LOGO?lang=0

Source: FPT Software
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation