omniture

Sinopec Daki Bursa Niaga Hadapan Shanghai dengan Pendaftaran Asfalt "Donghai"

Sinopec
2019-11-01 19:39 433

SHANGHAI, 1 November 2019 /PRNewswire/ -- Asfalt "Donghai" Sinopec memperoleh kelulusan daripada Bursa Niaga Hadapan Shanghai untuk pendaftaran pada 31 Oktober, menandakan permulaan pengeluar asfalt terbesar China dan jenama pertama Sinopec yang didaftarkan di bursa.

 

Sinopec "Donghai" asphalt is the material of choice for several of China’s most significant projects, including Beijing's Chang'an Avenue.
Sinopec "Donghai" asphalt is the material of choice for several of China’s most significant projects, including Beijing's Chang'an Avenue.

Asfalt "Donghai" Sinopec, dengan pengeluaran tahunan berjumlah 8 juta tan, mengawal pasaran saham domestik sebanyak 29% dan mengeksport ke 17 negara merentasi lima benua. Berdasarkan prestasi unggulnya dari segi kestabilan dan ketahanan kepada kelelasan dan pematangan, asfalt "Donghai" ialah material pilihan bagi beberapa projek paling penting di China, termasuk Lebuh Chang'an Beijing, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, Kawasan Baharu Xiong'an, Litar Pertandingan Olimpik Musim Sejuk dan Litar Antarabangsa F1 Shanghai.

Asfalt ialah produk komoditi niaga hadapan yang berkait rapat dengan pasaran bahan mentah antarabangsa. Sejak mula dilancarkan pada 2013, kontrak niaga hadapan asfalt telah menjadi instrumen dagangan aktif di pasaran niaga hadapan China. Sebagai alat lindung nilai risiko penting, niaga hadapan asfalt boleh membantu syarikat dalam industri petrokimia atau syarikat yang terlibat dalam pembinaan jalan raya untuk mengurangkan risiko dengan mengunci kos atau keuntungan.

Seiring perancangan pembukaan sektor tenaga China lebih lanjut, Sinopec bekerjasama dengan Bursa Niaga Hadapan Shanghai untuk mencipta Produk Niaga Hadapan asfalt "Donghai."

Seiring perancangan pembukaan lebih lanjut sektor tenaga China, Sinopec bekerjasama dengan Bursa Niaga Hadapan Shanghai untuk mencipta Produk Niaga Hadapan asfalt "Donghai."

Sinopec Refinery Sales Co, sebuah unit Sinopec, dalam persediaan untuk pendaftaran jenama ini, berusaha bergandingan dengan lima anak syarikat pengeluar asfalt Sinopec lain untuk mencipta produk niaga hadapan dengan kestabilan tinggi.

Langkah ini boleh membawa harga niaga hadapan lebih hampir kepada harga jual beli semasa, membolehkan klien membeli asfalt menerusi salah satu pasaran, oleh itu mempercepatkan peredaran komoditi dan menambah baik lindung nilai risiko serta fungsi penentuan harga niaga hadapan asfalt.

Menerusi kerjasama dengan projek kejuruteraan luar negara dan kontrak jangka masa panjang, asfalt "Donghai" Sinopec dieksport ke 17 negara, termasuk sedozen negara "Jalur dan Jalan" seperti Vietnam, Malaysia, Indonesia, Pakistan dan Zambia. Pada sembilan bulan pertama 2019, asfalt "Donghai" mengeksport 500,000 tan asfalt "Donghai". 

Pelancaran asfalt "Donghai" Sinopec mewakili usaha Sinopec untuk turut serta secara aktif dalam tiga produk niaga hadapan petrokimia utama - minyak mentah, minyak bahan api dan asfalt serta menyediakan asas untuk produk niaga hadapan baharu dalam gas cecair, gasolin dan diesel.

Sinopec Ascends Shanghai Futures Exchange with Registration of "Donghai" Asphalt.
Sinopec Ascends Shanghai Futures Exchange with Registration of "Donghai" Asphalt.

Latar Belakang Sinopec Corp.

Sinopec Corp. (HKEX: 386; SSE: 600028; NYSE: SNP) merupakan salah satu syarikat bersepadu tenaga dan kimia terbesar berasaskan R&D di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan, pengeluaran, pengangkutan dan jualan petroleum dan gas asli, petrokimia dan produk kimia arang, fiber sintetik, baja dan produk kimia lain, serta komoditi dan teknologi lain.

Dengan misi korporat 'menjana kehidupan indah' Sinopec berterusan meneroka strategi berorientasikan nilai, pembangunan berpacukan inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan berkarbon rendah untuk membangunkan syarikat tenaga dan kimia terkemuka dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191031/2628098-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191031/2628098-1-b?lang=0

Source: Sinopec
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP Shanghai:600028
Keywords: Construction/Building Oil/Energy Utilities New products/services