omniture

Xinhua Silk Road: MTOS 2019 bermula di Wilayah Guizhou Barat Daya China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-02 00:02 435

BEIJING, 2 November 2019 /PRNewswire/ -- Persidangan Antarabangsa Pelancongan Gunung dan Sukan Luar (MTOS) 2019 bermula di Xingyi, bandar utama Wilayah Autonomi Bouyei-Miao Qianxinan, Wilayah Guizhou, barat daya China pada hari Selasa.

Acara selama dua hari ini dijangka menarik minat lebih 1,200 hadirin termasuk selebriti, perusahaan terkenal dan ejen pelancongan dalam bidang pelancongan gunung dan sukan luar seluruh dunia.

MTOS telahpun berjaya diadakan selama empat tahun berturut-turut sejak tahun 2015 dan merupakan satu-satunya sidang kemuncak antarabangsa bagi pelancongan gunung yang diluluskan oleh Majlis Negara, kabinet China, memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan gunung, perkhidmatan pelancongan standard tinggi serta pembinaan infrastruktur.

MTOS telah menjadi platform bertaraf tinggi untuk hadirin di dalam dan luar negara bagi menyampaikan dan bertukar-tukar pandangan tentang pembangunan pelancongan gunung dan sukan luar, yang mengukuhkan hubungan individu-kepada-individu di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).

Wilayah Autonomi Bouyei-Miao Qianxinan menikmati kelebihan unik dalam membangunkan bidang sukan luar dan pelancongan gunung melihatkan sumber aslinya yang beraneka seperti gunung ganang dan puncak-puncak kars, tasik-tasik dataran tinggi, air terjun, ngarai dan sebagainya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Qianxinan telah dapat mengejar peningkatan pertumbuhan pesat kecergasan dan memberi tumpuan untuk membangunkan pelbagai acara sukan luar seperti kembara berjalan kaki, berbasikal, kenderaan lasak, memancing ikan liar, berakit dan banyak lagi, yang telah meningkatkan pembangunan pelancongannya.

Semasa cuti Hari Kebangsaan China pada tahun 2019, Qianxinan memperoleh lebih 3.8 bilion yuan daripada pendapatan pelancongan, meningkat 36.74 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan oleh Qianxinan Daily.

Qianxinan berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi destinasi terkenal untuk pelancongan gunung antarabangsa dan zon demonstrasi pelancongan kebangsaan.

Dengan banyak sumber gunungnya, ia sedang meningkatkan infrastruktur pelancongan. Sejak tahun 2015, ia telah melabur sebanyak lebih 70 bilion yuan untuk membina 357 projek pelancongan, mencipta beberapa tempat tarikan pelancong yang berkualiti tinggi, laluan utama dan destinasi pelancong bergunung ganang.

Hasil daripada usaha-usaha yang dibuat oleh Qianxinan, MTOS telah menjadi jendela penting buat Qianxinan untuk mempamerkan sumber pelancongan gunungnya dan pembangunan sukan luar kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309102.html

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Sporting Events Sports Travel Trade show news