omniture

Suning.com Lapor Pertumbuhan Kukuh Dengan Pendapatan Lebih 200 Bilion Hingga Suku Ketiga

Suning Holdings Group
2019-11-02 01:55 311

NANJING, China, 2 November 2019 /PRNewswire/ -- Pada petang 30 Oktober, Suning.com (002024.SZ), penjual runcit pintar O2O yang terkemuka di China, dimiliki oleh Suning Holdings Group, mengeluarkan keputusan kewangan suku ketiga tahun 2019. Menurut laporan berkenaan, syarikat mencapai pendapatan sebanyak RMB 201 bilion dalam tiga suku terdahulu bagi tahun 2019; jumlah jualan komoditi omnisaluran mencecah RMB 275.9 bilion, yang mana jumlah jualan daripada platform dalam talian mencecah RMB 171.43 bilion, meningkat sebanyak 24.27% berbanding tahun sebelumnya; pendapatan bersih yang diagihkan kepada pemegang saham ialah RMB 11.9 bilion.

Suning.com terus meningkatkan kebolehannya untuk memperoleh pelanggan dalam talian dan luar talian. Setakat 30 September, bilangan ahli berdaftar pada platform runcit Suning.com mencecah 470 juta; Suning.com mempunyai sejumlah 8,407 kedai kendalian sendiri dan francais. Semasa tempoh pelaporan, bilangan pengguna aktif Suning.com meningkat sebanyak 48.29% berbanding tahun sebelumnya dan pesanan produk dalam talian Suning.com (tidak termasuk gedung utama Tmall Suning.com) meningkat sebanyak 61.83%.

Susulan pemerolehan kedai serbaneka Wanda dan Carrefour China, syarikat meningkatkan lagi susun atur senario penuhnya dan membina format perniagaan yang paling komprehensif dalam industri runcit di China secara berperingkat-peringkat.

Pada penghujung September, Suning.com secara rasminya menyempurnakan pemerolehan 80% kepentingan dalam Carrefour China, yang menandakan pencapaian hasil usaha syarikat dalam menyiapkan pembinaan rantaian bekalan dalam sektor-sektor Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG). Kini, ia telah membentuk liputan rangkaian senario penuh melibatkan pasar raya Suning, pasar raya Carrefour luar talian, pasar raya butik SuFresh dan Suning Xiaodian (kedai serbaneka berhampiran). Sebagai ahli baharu dalam keluarga Suning, 210 gedung Carrefour China seluruh negara akan melancarkan penaiktarafan penuh menjelang akhir tahun ini. Pengenalan keupayaan rantaian bekalan Carrefour akan memanfaatkan kelebihan perolehan berskala besar dengan berkesan dan membantu mewujudkan sistem peruntukan gudang yang cekap bagi menggalakkan pembangunan pesat kategori-kategori FMCG Suning.com.

Pada tiga suku tahun sebelumnya, Suning.com terus meningkatkan pelaburan dalam logistik, teknologi dan pembinaan kapasiti teras yang lain bagi meletakkan asas kukuh untuk pertumbuhan sepanjang dekad akan datang.

Dari segi infrastruktur logistik, menjelang penghujung September 2019, jumlah kawasan pergudangan dan kemudahan sokongan berkaitan untuk Suning Logistics mencecah lebih 11 juta meter persegi. Terdapat 50 pangkalan logistik di 41 bandar yang sedang beroperasi manakala 23 pangkalan logistik sedang menjalani pembinaan dan peluasan di 17 bandar. Bersama-sama 8 pusat pengagihan besar Carrefour China yang baru disepadukan, daya saing rantaian bekalan logistik Suning ditingkatkan dengan ketara.

Berdasarkan keupayaan logistik kukuh Suning.com, festival membeli belah 11/11 tahun ini, Suning.com mengumumkan rancangan "Kitaran Hayat Senario-Satu-Jam" untuk membolehkan pelanggan di kawasan-kawasan tertentu mendapatkan hasil pembelian mereka yang dihantar dalam masa setengah jam hingga satu jam.

Dari segi teknologi, Suning mengukuhkan keupayaan sokongan teknologinya dan membina awan bekalan, awan pengguna, awan pemasaran, awan logistik dan awan kewangan untuk mewujudkan OS runcit pintar, yang menggalakkan pembangunan pesat perniagaan kendalian sendiri Suning dan juga keupayaan runcit pintar. Mulai Januari hingga September tahun ini, Suning melabur sebanyak lebih RMB 2.4 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan, yang menyaksikan peningkatan 61.14% berbanding tahun sebelumnya.

- Tamat -

Latar Belakang Suning Holdings Group 

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2019, Suning Holdings Group tersenarai sebagai tiga jenama terbaik antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka di China dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 602.5 bilion (kira-kira EURO 77.24 bilion) dan terus mengungguli senarai bagi kategori peruncitan Internet. Berpegang kepada misi perusahaan iaitu "Menerajui Ekosistem merentas Industri-industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya sebagai jualan runcit melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri vertikal, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, subsidiari utama yang mempelopori peruncitan dalam talian dan luar talian, telah tersenarai dalam Fortune Global 500 selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017 hingga 2019.

Source: Suning Holdings Group
Related Stocks:
Shenzhen:002024
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Earnings Sales reports