omniture

ZTE dan China Mobile menangi Anugerah Penyelesaian Industri Terbaik daripada ICT di PT Expo China 2019

ZTE Corporation
2019-11-04 09:35 196

SHENZHEN, China, 4 November 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, dan Cawangan Guangdong China Mobile telah memenangi Anugerah Penyelesaian Industri Terbaik daripada ICT berdasarkan kepada penyelesaian Common Edge ZTE di PT Expo China 2019.

ZTE dan China Mobile menangi Anugerah Penyelesaian Industri Terbaik daripada ICT di PT Expo China 2019
ZTE dan China Mobile menangi Anugerah Penyelesaian Industri Terbaik daripada ICT di PT Expo China 2019

Berdasarkan platform Common Edge ZTE, cawangan Guangdong China Mobile dan ZTE bergandingan merintis perkhidmatan perkomputeran pinggir MEC, mengendalikan pengesahan pra-komersial perangkaian SA, mod pembinaan, senario aplikasi perkhidmatan pinggir, dan mod kerjasama dengan pihak ketiga.

Penyelesaian Common Edge ZTE menampilkan akses tertumpu rangkaian tanpa wayar dan rangkaian tetap, yang menyokong berbilang sistem seperti 4G, 5G, dan WiFi, dan dengan itu membina satu platform tertumpu tetap dan mudah alih bersatu.

Tambahan pula, penyelesaian ini menyokong pelaksanaan berasaskan awan dan O&M bersatu. MEC terbenam, MEC pinggir dan awan pusat dilaksanakan pada tapak yang sama dalam mod pengagihan. Fungsi pacuan dwi-teras (OpenStack+k8S) menyediakan kuasa pengkomputeran yang cekap, fleksibel dan lancar, menawarkan pandangan awan pinggir bersatu dan menambah baik kecekapan pengurusan. Berdasarkan enjin AI, kolaborasi awan-pinggir dan kolaborasi pinggir ke pinggir, penyelesaian ini melaksanakan aliran perkhidmatan susulan yang dinamik dan pengoptimuman kuasa yang pintar. Dengan cara pengurusan bersepadu dan O&M tempatan yang tidak dijaga, penyelesaian ini dapat mengurangkan kos O&M. 

Di samping itu, penyelesaian ini mempunyai perkakasan terbenam di dalam bilik peralatan tapak, seperti IT, BBU, V9200, dan TITAN C600, untuk melaksanakan penggunaan tapak-sifar dan dekat-dengan-pengguna. Dengan reka bentuk pendawaian hadapan, ia memudahkan pengekalan pelayan casis pendek E5410/E5430 di dalam bilik peralatan pinggir dan keserasian dengan perkakasan pemecutan arus perdana (GPU / FPGA / SmartNIC), menyokong AI, pemprosesan imej dan pemprosesan video.

Penyelesaian Edge Common ZTE merevolusi seni bina rangkaian telekomunikasi tertutup tradisional, dan memperlihatkan infrastruktur rangkaian tepi, keupayaan pemecutan perkakasan, keupayaan memirau rangkaian pinggir dan keupayaan persepsi rangkaian tanpa wayar kepada aplikasi pihak ketiga, dan dengan itu membantu pelbagai industri membina ekosistem 5G yang saling menguntungkan. 

Penyelesaian Common Edge ZTE telah digunakan secara meluas dalam bidang pembuatan perindustrian, grid pintar, Internet Kenderaan, hiburan & media, keselamatan awam, pendidikan, kesihatan, kewangan dan pertanian. Ia memberi tumpuan kepada penggunaan perindustrian bagi pendedahan keupayaan rangkaian tanpa wayar, video raya, Internet Kenderaan, pembuatan pintar dan kuasa elektrik. Sehingga kini, melalui penyelesaian ini, ZTE telah melaksanakan kerjasama yang meluas dan merintis bersama lebih 100 rakan strategik dan lebih 200 pengguna industri untuk mempercepat penembusan 5G ke dalam pelbagai industri.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pembawa, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung ke hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 35 kontrak komersial 5G dalam pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191101/2626701-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news