omniture

ZTE menangi Anugerah Aplikasi Inovasi Industri Terbaik di PT Expo China 2019 dengan 5G Modul ZM9000 ZTE

ZTE Corporation
2019-11-04 09:49 477

SHENZHEN, China, 4 November 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ),penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan ia telah memenangi Anugerah Aplikasi Inovasi Industri Terbaik berdasarkan kepada 5G Modul ZM9000 ZTE di PT Expo China 2019. 5G Modul ZM9000 ZTE akan mempromosikan evolusi seluruh industri 4K UHD kepada 5G dengan menyediakan siaran video langsung dengan kaedah 5G+4K yang serba baharu.

ZTE menangi Anugerah Aplikasi Inovasi Industri Terbaik di PT Expo China 2019 dengan 5G Modul ZM 9000 ZTE
ZTE menangi Anugerah Aplikasi Inovasi Industri Terbaik di PT Expo China 2019 dengan 5G Modul ZM 9000 ZTE

Diperkasakan oleh generasi kedua Snapdragon X55, Sistem Modem-RF 5G, 5G Modul ZM9000 ZTE menyokong kedua-dua rangkaian NSA dan SA. Ia meliputi jalur frekuensi 4G/5G tiga pengendali utama Cina. Peranti ini mengguna pakai teknologi enkapsulasi M.2 dan menampilkan fungsi pasang-dan-main dalam saiz standard 30 x 52 x 3.6 mm.  Produk ini mudah disesuaikan kepada pelbagai produk industri, termasuk kamera perlindungan keselamatan, TV 5G 8K dan terminal persidangan HD.

Selain itu, 5G Modul ZM9000 ZTE mempunyai penggunaan kuasa siap sedia ultra rendah dan antara muka yang banyak. ZTE merancang untuk meletakkan 5G Modul ZM9000 kepada penggunaan komersial pada bulan Disember 2019. Ia akan digunakan secara meluas dalam bidang pembuatan pintar, termasuk pemanduan autonomi, kawalan jarak jauh, penyelenggaraan pencegahan robot, kamera HD, get laluan industri, dan eksplorasi minyak.

ZTE merintis penambahbaikan aplikasi 5G daripada individu, keluarga, siaran langsung HD kepada lebih banyak senario, menerusi pengenalan dan penggunaan komersial peranti terminal 5G yang pelbagai, seperti Axon 10 Pro 5G ZTE , 5G Penghala Dalam Bangunan MC801 ZTE  dan 5G Modul ZM9000 ZTE.

ZTE telah membentuk lebih 30 penyelesaian bersiri 5G dan melaksanakan lebih 50 projek demonstrasi dalam hampir 20 industri, termasuk internet industri, video raya, Internet Kenderaan, media, tenaga, keselamatan awam, penjagaan kesihatan, pendidikan, perlindungan alam sekitar dan pengangkutan. Dalam kerjasama strategik dengan lebih 300 pelanggan industri, ZTE melaksanakan penggunaan perkhidmatan bersama-sama mereka dan berkolaborasi dengan lebih 200 penyedia produk terkemuka industri untuk melancarkan penyelesaian berasaskan 5G yang berorientasikan industri yang berbeza.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pembawa, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung ke hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 35 kontrak komersial 5G dalam pasaran utama 5G, seperti Eropah, Asia Pasifik dan MEA (Timur Tengah dan Afrika). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775207
Emel: 
ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191101/2626729-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news