omniture

Perdagangan Berpacukan Data Jadi 'Pengubah Permainan' bagi Perniagaan Hospitaliti Seluruh Dunia

FreedomPay
2019-11-06 03:57 115

"Laporan baharu ini menyediakan strategi sebenar untuk mengatasi persaingan dalam pasaran yang berkembang pantas," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tom Durovsik  

PHILADELPHIA, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Penginovasi Pembayaran, FreedomPay, pemimpin terkemuka dalam teknologi perdagangan selamat untuk penginapan, peruncitan, restoran dan pedagang hospitaliti lain, hari ini mengumumkan penerbitan Laporan baharu berjudul Hospitality 2020+ The Reason Why We Talk About Data-Driven Commerce.

Analisis menyeluruh ini melihat secara mendalam bagaimana perusahaan yang berhasrat untuk berada dan kekal di barisan hadapan dalam sektor yang sangat tinggi persaingan dan perubahan, perlu menerima dengan terbuka platform generasi seterusnya yang berpusatkan pelanggan dan bersepadu sepenuhnya merentasi pelbagai saluran.

Pengurusan data raya yang lebih cekap dan penyampaian risikan pelanggan dan risikan perniagaan masa nyata yang ditambah baik, selain meningkatkan sistem legasi sedia ada, akan membolehkan perusahaan memuaskan kehendak pengguna yang semakin pintar teknologi dan pandai mendesak.

Teknologi baharu, perkhidmatan dalam talian dan pertambahan kuasa membeli pengguna telah menjana sedekad pertumbuhan berterusan bagi industri hospitaliti. Pengembaraan dan pelancongan (termasuk hotel, penginapan dan makanan serta minuman) kini menjadi asas kepada lebih 10% GDP global. Industri hotel global sahaja kini bernilai $525bn, dengan pendapatan Amerika Syarikat bernilai $200 bilion ke atas setahun.

Dengan kemungkinan jutaan menjadi taruhan, perniagaan yang menyampaikan pengalaman lancar dan ultra-mudah yang memuaskan desakan pelanggan mereka (menggabungkan keselamatan, pembayaran, kesetiaan dan tawaran), merupakan perkara yang akan membuahkan kejayaan paling penting dalam pasaran. Anjakan teknologi ini termasuk pendedahan aplikasi mesra pengguna, tempahan dan daftar masuk dalam talian, pesanan lanjut dan program e-kesetiaan.  

Di samping itu, sementara banyak perniagaan hospitaliti menumpukan perhatian mereka kepada penambahbaikan bahagian depan, banyak yang lain terlepas pandang kefungsian bahagian belakang yang sangat penting, menyebabkan sistem pengendalian menjadi tidak bercantum dan berpecah-pecah yang merupakan ancaman kepada perkembangan dan kedudukan mereka yang berdaya saing dalam sektor.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekuti FreedomPay, Tom Durovsik berkata: "Merentasi sektor hospitaliti, perniagaan pelbagai saiz mendapati diri mereka perlu menyesuaikan strategi mereka untuk bertahan dalam era berpacukan data yang baharu - pertumbuhan tempatan dan global yang optimistik tetapi juga perubahan yang tidak pernah terjadi daripada aspek persaingan, jangkaan tetamu, pemerkasaan teknologi dan regulasi data. Laporan ini menyorot dengan jelas kelebihan memiliki strategi berpusatkan pelanggan berpacukan data sebenar yang menyediakan penyelesaian bersepadu sepenuhnya menerusi platform pembayaran tunggal yang merentasi dalam kedai, dalam talian dan dalam mudah alih.

Hubungan langsung dengan pelanggan

Dengan industri hotel melepasi nilai $500 bilion di peringkat global, saiz industri ini menarik pengendali besar dan kecil, semuanya cuba merebut kepingan pai yang lebih besar. Pada masa sama, kuasa penentuan harga berpindah kepada pengguna, yang berkemungkinan menyemak imbas tempat dalam talian yang menawarkan nilai, lokasi dan ulasan perkhidmatan terbaik. 

Data menunjukkan mengumpan pelanggan untuk menempah melalui saluran proprietari penyedia berbanding pihak ketiga dapat memberi penjimatan sehingga 20%. Tambahan lagi, 26% pengembara berkata perkhidmatan dan pengalaman menjadi sebab mereka memilih jenama tertentu apabila memutuskan tempat untuk tinggal, yang menggariskan dengan lebih jelas kepentingan memiliki persediaan seni bina digital yang tepat.

Penyelesai - nilai penyepaduan hujung ke hujung sebenar

Menggunakan platform perdagangan bersepadu sebagai enjin data pusat membenarkan perniagaan untuk melingkungi dan mengembangkan sistem semasa yang bersifat silo, menambah baik pengalaman tetamu, mencipta sistem pengurusan pemegang francais yang lancar dan memyediakan data lebih pintar dan risikan perniagaan. Platform perdagangan berpusatkan pelanggan juga mencipta seni bina yang menjana inovasi dan menyediakan perniagaan dengan keupayaan untuk mewujudkan perkhidmatan yang kalis masa depan dan nyahrisiko, membolehkan keputusan perniagaan dibuat dengan tangkas dan memacu kelebihan dalam persaingan.

Christopher Kronenthal, Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi FreedomPay menambah: "Organisasi hospitaliti tidak boleh lagi membenarkan penyedia legasi ketinggalan zaman menahan kemajuan mereka dan mesti bertindak sekarang untuk mengasimilasi fungsi penting ke arah seni bina digital terhubung berpacukan data. Sebahagian besar pemproses secara mudahnya tidak dapat menyaingi langkah teknologi yang sedang mara.   

"Platform Perdagangan menyediakan peluang yang realistik untuk mencapai hal ini dengan risiko dan gangguan minimum. Selain pengurusan data transaksi daripada interaksi masa nyata merentas berbilang titik tempahan dan jualan (POS) – mereka dapat menyampaikan kefahaman yang jelas mengenai perkara yang terjadi dan puncanya. Bukan sahaja dalam perjalanan pembelian, tetapi merentas semua silo industri untuk mendedahkan faktor dan pengalaman utama yang mempengaruhi keputusan.

"Menggunakan platform sebagai enjin terbuka dan bersepadu untuk memacu data kepada dan daripada aspek bukan jualan yang berhadapan dengan fungsi hospitaliti, membuka kunci potensi besar untuk mengurangkan kos, menambah baik pengalaman pelanggan dan pendapatan serta meningkatkan kesetiaan dan kebolehuntungan jangka panjang."

Untuk mendapatkan capaian ke Hospitality 2020+ The Reasons Why We Talk About Data-Driven Commerce Report, sila lawati pautan ini.

Latar Belakang FreedomPay 

Platform Perdagangan FreedomPay merupakan teknologi pilihan bagi ramai syarikat terbesar merentas dunia dalam sektor runcit, hospitaliti, penginapan, permainan, sukan dan hiburan, perkhidmatan makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan. Teknologi FreedomPay telah dibina dengan matlamat ingin mempamerkan prestasi kukuh dan teguh dalam persekitaran perdagangan global yang sangat kompleks. Syarikat ini mengekalkan persekitaran selamat berkelas dunia dan menjadi yang pertama memperoleh pengesahan yang ditunggu-tunggu daripada Majlis Piawaian Keselamatan PCI berasingan daripada piawai Penyulitan Titik-ke-Titik (P2PE/EMV) di Amerika Utara. Penyelesaian tahan lasak FreedomPay yang merentas pembayaran, keselamatan, identiti dan analitik data tersedia sama ada dalam kedai, dalam talian dan dalam mudah alih serta disokong oleh penerimaan API yang pantas. Platform Perdagangan FreedomPay yang memenangi anugerah ini beroperasi dalam tindan teknologi tunggal disatukan merentas banyak benua yang membolehkan perusahaan menyampaikan pengalaman yang konsisten dan boleh diulang pada skala global. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.freedompay.com.

Source: FreedomPay
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Hotels and Resorts Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Travel Survey, Polls & Research