omniture

Bain & Company, Google dan Temasek: Pendapatan Perkhidmatan Kewangan Digital di Asia Tenggara Bakal Melonjak daripada US$11 Bilion pada 2018 kepada US$38-60 Bilion pada 2025

Pembayaran digital sahaja akan melebihi US$1 trilion bagi nilai transaksi menjelang 2025, tatkala penerimaan perkhidmatan kewangan digital oleh pelanggan mencapai titik lengkuk balas.
Bain & Company, Google and Temasek
2019-11-06 15:29 260

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Antara dapatan daripada satu laporan terkini, Fulfilling its Promise – The Future of Southeast Asia's Digital Financial Services Industry (Memenuhi Janjinya - Masa Depan Industri Perkhidmatan Kewangan Digital Asia Tenggara), daripada Bain & Company, Google dan Temasek, ia menunjukkan bahawa Asia Tenggara mewakili salah satu rantau yang terbesar dan berkembang paling pesat di dunia; walau bagaimanapun, sekitar 75 peratus pengguna di rantau ini kini kurang mendapatkan perkhidmatan bank atau tidak mempunyai perkhidmatan bank dengan akses terhad kepada perkhidmatan kewangan. Perkhidmatan kewangan digital menawarkan kebolehcapaian kepada kumpulan pengguna berpotensi ini, melihatkan penembusan dan penglibatan telefon pintar yang tinggi di rantau ini, memudahkan penerimaan pelanggan yang lebih besar terhadap perkhidmatan kewangan terbenam.

Logo of Bain & Company, Google and Temasek
Logo of Bain & Company, Google and Temasek

Dapatan laporan daripada tinjauan terhadap pengguna dan peniaga, disokong oleh temubual bersama pakar dan daripada pangkalan data. Kajian ini merupakan sebahagian daripada laporan e-Conomy SEA 2019, yang merangkumi enam pasaran terbesar di rantau ini: Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menurut laporan itu, antara pelbagai perkhidmatan pembayaran digital merupakan yang paling canggih dan akan melangkaui nilai transaksi sebanyak US$1 trilion menjelang tahun 2025. Kedua-dua pembayaran digital dan kiriman wang digital berada di titik lengkuk balas. Perkhidmatan-perkhidmatan lain – pemberian pinjaman, pelaburan dan insurans – masih baru bermula, namun setiap satunya dijangka meningkat sebanyak lebih 20 peratus setiap tahun sehingga tahun 2025. Pemberian pinjaman digital secara semula jadi akan muncul sebagai penyumbang pendapatan terbesar yang diterajui oleh inovasi dalam pemberian pinjaman PKS dan pengguna.

"Ekonomi internet Asia Tenggara berkembang pada kadar yang amat pantas dan bakal mencecah US$300 bilion menjelang tahun 2025. Pembayaran digital, setanding dengan e-dagang dan panggilan tunggangan, telah mencapai titik lengkuk balas dan kini muncul sebagai gerbang kepada rangkuman kewangan digital yang lebih besar," kata Stephanie Davis, Pengarah Urusan Google untuk Asia Tenggara.

Segmen yang kurang mendapat perkhidmatan bank sebanyak 98 juta merentas ASEAN-6 ini menonjolkan potensi terbesar dan enjin pertumbuhan sebenar bagi pasaran perkhidmatan kewangan digital. Sebaliknya, perlu diingatkan bahawa perkhidmatan kewangan digital tidak akan menjadi penyelesaian untuk mendekati penduduk yang tidak mendapat perkhidmatan bank. Bertentangan dengan persepsi umum, teknologi kewangan dan platform teknologi pengguna masih belum memberi impak bermakna kepada segmen yang tidak mendapat perkhidmatan bank. Kerajaan dan syarikat telekomunikasi perlu memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan infrastruktur yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan dengan cekap kepada segmen ini dan menggabungkan akses mereka dengan produk yang kukuh serta jaminan daripada rakan-rakan kongsi.

"Kami menjangkakan penerimaan pengguna yang semakin meningkat terhadap teknologi kewangan dan platform teknologi pengguna di Asia Tenggara dengan peserta-peserta baharu merapatkan jurang kepercayaan untuk pengusaha-pengusaha yang mantap, khususnya dalam pasaran-pasaran yang berkembang pantas seperti Indonesia dan Vietnam. Syarikat-syarikat yang muncul sebagai peneraju merupakan syarikat-syarikat yang menjadikan mereka sebagai pengawal akses kepada pengguna dan peniaga," kata Aadarsh Baijal, Rakan Kongsi dan Ketua Operasi Digital Bain & Company Asia Tenggara. "Untuk Asia Tenggara merealisasikan potensi sepenuhnya, peraturan sokongan, infrastruktur kewangan yang kukuh dan pembiayaan berskala harus disediakan."

Meskipun terdapat pergerakan pantas pengusaha-pengusaha baharu menembusi pasaran, pengguna dan peniaga tidak mungkin akan beralih daripada bank secara sepenuhnya. Bank-bank mempunyai akses modal dan deposit yang dikawal selia. Pengurusan pembiayaan dan kunci kira-kira kekal menjadi risiko berpotensi untuk meluaskan perniagaan pemberian pinjaman teknologi kewangan. Sekiranya pasaran benar-benar terbuka kepada perkongsian data melalui perbankan terbuka, Bain menjangkakan peralihan pesat dalam model perniagaan dengan peluang yang lebih luas untuk gangguan.

Rohit Sipahimalani, Pemimpin Bersama, Kumpulan Pelaburan, Temasek berkata, "Pelaburan yang memberi tumpuan kepada penyelesaian inovatif yang merangsang penerimaan akan menjadi amat penting kepada pertumbuhan sektor perkhidmatan kewangan digital di Asia Tenggara. Kami komited untuk bersama dengan perniagaan, kerajaan dan komuniti, bagi membantu mendorong kebolehcapaian dan keterangkuman kewangan di rantau ini."

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191029/2625110-1LOGO?lang=0

Source: Bain & Company, Google and Temasek
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Survey, Polls & Research Financial Technology