omniture

SHL Rai Pembukaan Besar-besaran Tapak Liufu di Taoyuan, Taiwan

SHL Group
2019-11-06 19:00 441

TAOYUAN, Taiwan, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Pada 5 November, SHL Group, peneraju global dalam rekaan, pembangunan dan pembuatan peranti penyampaian ubat, mengadakan pembukaan ulung tapak Liufu baharu di Bandar Taoyuan, Taiwan.

SHL's largest facility to date, the Liufu site spans 63,000 m2 of modern office space and advanced manufacturing capacities.
SHL's largest facility to date, the Liufu site spans 63,000 m2 of modern office space and advanced manufacturing capacities.

 

SHL leaders and Taiwan government dignitaries grace the Liufu site ribbon-cutting ceremony.
SHL leaders and Taiwan government dignitaries grace the Liufu site ribbon-cutting ceremony.

Merupakan kemudahan terbesar SHL setakat ini, tapak Liufu berkeluasan 63,000m2 ruang pejabat moden dan keupayaan pembuatan termaju. SHL sudah memasang lima dozen mesin pembentukan suntikan elektrik sepenuhnya yang serba baharu dan mempunyai rancangan untuk berkembang kepada lebih 100 pengeluaran volum tinggi yang berpotensi bagi autopenyuntik SHL Medical. Tapak ini juga mempunyai dua belas peralatan pemasangan output tinggi automatik sepenuhnya yang canggih. Kemudahan ini dibina untuk memastikan bukan sahaja pengeluaran yang optimum tetapi juga memastikan kualiti rangkaian peranti penyampaian ubat SHL Medical menggunakan peralatan makmal dan ujian ketepatan tinggi yang canggih.

Sebuah bangunan yang canggih, tapak Liufu direka dengan ciri-ciri cekap tenaga. Antara ciri-cirinya, haba yang dihasilkan daripada mesin pembentukan elektrik sepenuhnya boleh digunakan semula untuk kegunaan yang menjimatkan tenaga. Juga, kemudahan ini menggunakan sistem pemantauan berpusat untuk menguruskan penggunaan tenaga secara automatik, yang memastikan penggunaan elektrik yang cekap.

Majlis pembukaan ulung tersebut dihadiri oleh ramai profesional dan tetamu kehormat kerajaan. Speaker Perundangan Yuan Taiwan Su Jia-Chyuan dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Wang Mei-Hua hadir untuk meraikan sambutan. Pegawai-pegawai dari kerajaan pusat dan tempatan Taoyuan disambut oleh pengasas SHL Roger Samuelsson dan Ketua Pegawai Eksekutif SHL Medical Ulrich Faessler.

"Dengan berdekad pengalaman industri dan banyak lagi, kami melangkah ke hadapan ke arah perkembangan yang terulung bagi pekerja dan kemudahan kami. Membangunkan kemudahan Liufu ialah sebahagian daripada visi dan komitmen kami untuk memajukan pengeluaran autopenyuntik kami yang membantu menakrif semula pengalaman pesakit suntik-sendiri saban tahun," kata Ulrich Faessler, Ketua Pegawai Eksekutif SHL Medical.

Meraikan 30 tahun kepimpinan terulung dalam industri peranti ubat, SHL mengalu-alukan kemajuan teknologi digital dan manfaat yang dibawakan kepada masa depan penjagaan kesihatan. Amat menyedari keperluan untuk membangunkan terapeutik terhubung - SHL, dengan kolaborasi syarikat penjagaan kesihatan digital, akan membangunkan peranti terhubung yang akan membantu meningkatkan pengalaman peranti ubat bagi pengguna akhir. Pada masa kini, SHL turut aktif dalam memberi sokongan pembangunan sistem pengagihan air yang dikuasakan solar sebagai sebahagian daripada agendanya untuk menyokong air bersih bagi penghasilan makanan mapan.

SHL sudah bersedia untuk memulakan operasi pengeluaran automatik kilang Liufu.

Gene Rhode Fuensalida Pantig
+886-3217-0303 ext 1416.
media@shl-group.com
https://www.shl.group/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191101/2629435-1-a?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191105/2629435-1-b?lang=0

 

 

Source: SHL Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services