omniture

Jadilah Pemain! Infografik WCG 2019 Xi'an Diterbitkan

World Cyber Games
2019-11-06 19:02 393
  • Tontonan global: 193 juta
  • Lebih 40,000 pemain dari 111 negara, 120,000 penonton
  • WCG diteruskan selepas enam tahun untuk membuka lembaran baharu dalam pertandingan esukan komprehensif

SEOUL, Korea Selatan dan XI'AN, China, 6 November 2019 /PRNewswire/-- World Cyber Games (WCG) menerbitkan infografik yang memperincikan beberapa metrik prestasi WCG 2019 Xi'an, 100 hari selepas kejayaan pertandingan esukan yang berakhir pada bulan Julai.

Infografik WCG 2019
Infografik WCG 2019

Infografik menyerlahkan pencapaian WCG 2019 Xi'an yang pelbagai, sesuai dengan wawasan baharu WCG 'Festival esukan global untuk dunia yang lebih baik.'

WCG 2019 Xi'an terdiri daripada 12 acara dalam sektor Sukan Permainan termasuk Warcraft III: The Frozen Throne, Dota2, dan Clash Royale, dan 4 acara dalam sektor New Horizons yang merintis bidang baharu sukan menggunakan teknologi baharu, Robot Fighting Championship, AI Masters, VR Championship, dan Scratch Creative Challenge.

Bermula dengan perlawanan awal dalam talian kebangsaan pada bulan Mac, WCG 2019 menyiarkan perlawanan lebih 40,000 pemain dari 111 negara, yang ditawarkan merentas lapan platform dan 13 bahasa, mencapai tontonan 193 juta, bilangan yang terbesar dalam kalangan pertandingan esukan komprehensif yang lain. WCG 2019 Xi'an Akhir dihadiri oleh kira-kira 120,000 peminat. 

Ketua Pegawai Eksekutif WCG Jung Jun berkata, "Infografik menunjukkan bahawa meskipun pertandingan ini merupakan WCG yang pertama dalam enam tahun, dengan WCG 2019 Xi'an kita dapat membuka lembaran baharu sebagai pertandingan esukan yang komprehensif, yang turut memberikan kita satu peluang untuk mengesahkan minat yang tinggi dalam kalangan peminat esukan global. Beliau meneruskan, "Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan acara yang lebih baik pada tahun depan, hasil galakan daripada banyak pihak dan hasil pencapaian kami tahun ini."

Selepas kejayaan menganjurkan acara WCG 2019 Xi'an, WCG sudahpun sibuk membuat persiapan untuk WCG 2020, termasuk pemilihan tempat dan permainan. Untuk butiran WCG 2019 Xi'an, semak WCG.com.

Latar Belakang WCG

WCG ialah festival esukan global yang bertujuan untuk mencipta dunia yang lebih baik dengan menghubungkan orang ramai dari seluruh dunia menerusi keseronokan permainan dan budaya digital yang dikongsi bersama. Dengan penganjuran World Cyber Games sebagai acara global dengan pelbagai program yang luas, WCG menyasarkan untuk menjadi bukan sekadar pertandingan esukan bahkan sebagai festival keharmonian global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191101/2629390-1-e?lang=0

 

Source: World Cyber Games
Keywords: Electronics Gaming Entertainment