omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo Tekstil Fiber Basta dan Daun 2019 diadakan di Jiangxi

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-07 08:11 183

BEIJING, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Tekstil Fiber Basta dan Daun Jiangxi diadakan di Daerah Fenyi, Bandar Xinyu di Tenggara China di Wilayah Jiangxi dari 1 hingga 3 November.

Bertemakan "Ekologi Jiangxi, Fesyen Bastekstil" dan dengan memaparkan pencapaian industri tekstil fiber basta dan daun, ekspo ini bertujuan untuk mempromosikan pembangunan inovatif industri ini, menyebarkan budaya seni fiber basta dan daun orang China, memperdalam pertukaran dan kerjasama antarabangsa dan mencipta rantaian ekologi industri ini.

Daerah Fenyi, dikenali sebagai tempat asal pakaian musim panas, telah menjadi tempat terkenal pemintalan fiber basta dan daun sejak zaman purba. Beberapa tahun belakangan ini, Fenyi telah menerima pakai teknologi penyahgaman mikrobial ke atas hasil kraftangan tradisional, bukan saja melindungi alam sekitar secara ekologi, tetapi juga mengekalkan pembangunan lestari industri ini.

Daerah Fenyi mempunyai lebih sepuluh ribu isi rumah petani terlibat dengan penanaman rami, dengan jumlah kawasan penanaman lebih daripada 20,000 mu (1,333.33 hektar). Setiap tahun, Daerah Fenyi boleh mengeluarkan 15,000 tan fiber basta dan daun kering dinyahgamkan mikrobial, 5,000 tan bebenang campuran kapas rami, 1,000 tan bebenang rami anyam, 850,000 gulung kain, 1.5 juta helai peralatan tempat tidur kain musim panas dan 70 juta meter fabrik fesyen pakaian bercetak yang dicelup.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309191.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Agriculture Art Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Textiles Trade show news