omniture

Hikvision pamer amalan Awan AI inovatif terkininya di CPSE 2019

Hikvision
2019-11-07 14:14 405

HANGZHOU, China, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan video yang inovatif, mempamerkan teknologi, produk dan penyelesaian inovatif terkininya di Ekspo Keselamatan Awam China (CPSE) 2019 di Shenzhen mulai 28 hingga 31 Oktober.

CPSE 2019 press release banner
CPSE 2019 press release banner

Tahun ini menandakan ulang tahun kedua Awan AI Hikvision. Persembahan Hikvision digelar "Penyatuan Data demi Dunia Lebih Pintar" dan mempamerkan platform Awan AInya yang menyokong penyepaduan IoT dan data rangkaian maklumat yang direka untuk memperkasa aplikasi dan perkhidmatan pintar yang baharu.

Awan AI Hikvision adalah berasaskan seni bina teragih yang menggabungkan pengkomputeran awan dan pengkomputeran pinggir. Ia melanjutkan algoritma kecerdasan buatan (AI) daripada awan, ke domain pinggir pada perakam dan pelayan video atas-premis dan terus ke nod pinggir dengan kamera keselamatan serta peranti IoT yang lain. Seni bina tiga lapisan ini menyokong matlamat untuk menyediakan kelas baharu bagi aplikasi berkuasa AI yang lebih pintar dan lebih pantas.

Di acara berkenaan, pengunjung dapat melihat sejumlah besar aplikasi Awan AI beraksi. Aplikasi-aplikasi ini dicipta untuk membantu pelanggan mencapai transformasi digital mereka dalam bidang-bidang seperti keselamatan awam, pengangkutan, peruncitan, kewangan, logistik, komuniti, perlindungan alam sekitar dan sebagainya.

Sistem Pengangkutan Pintar

Dengan teknologi analisis video berasaskan AI, Sistem Pengangkutan Pintar Hikvision mengenal pasti pelanggaran lalu lintas demi mengurangkan bilangan kecederaan dan kematian manusia. Dengan menggabungkan maklumat video dengan sistem dan algoritma lain, data lalu lintas boleh divisualisasikan pada peta bandar raya untuk terus membimbing lalu lintas dan meningkatkan perjalanan ulang alik bandar.

Peruncitan Pintar

Penyelesaian peruncitan pintar Hikvision menangani cabaran perniagaan jualan runcit dan menyediakan teknologi canggih seperti analitik video, data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan bagi memenuhi keperluan peruncit luar talian seperti gedung membeli belah, pasar raya dan kedai jenama. Aplikasi berkenaan meliputi analisis pengiraan individu, populariti barangan, rondaan kedai jarak jauh, pengawasan juruwang, pengurusan rak, kontena tanpa pemandu dan banyak lagi.

Kamera Berkuasa AI

Di reruai Hikvision, pengunjung dapat menyaksikan amalan Awan AI, tetapi juga dapat melihat dengan lebih dekat produk-produk inovatif yang menyumbang kepada projek-projek ini seperti:

  • Kamera Video Bersepadu Radar: Penyepaduan radar berketepatan tinggi dengan kamera pintar pembelajaran mendalam membolehkan pengesanan jarak jauh dilakukan menurut sebarang keadaan cuaca.
  • Kamera Bersepadu Berbilang Kanta: Kombinasi berbilang kanta dalam satu peranti untuk memenuhi keperluan berbilang fungsi pengguna dalam satu senario.

Di samping itu, Hikvision mempamerkan produk-produk pintar termasuk kamera Turbo HD 5.0 dilengkapi AI, Siri Easy IP 4.0 dengan teknologi AcuSense dan ColorVu Hikvision serta kamera pembelajaran mendalam DeepinView.

Pengalaman Platform Terbuka AI Hikvision

Di reruai berkenaan, pengguna juga dapat berinteraksi dengan gedung algoritma platform terbuka AI dan proses penyampaian Hikvision. Melalui antara muka pengguna Awan AI, mereka boleh mengalami cara untuk memilih model-model algoritma berbeza daripada gedung, memuatkannya pada kamera AI dan beroperasi pada waktu sebenar, pengenalpastian dan analisis pintar objek-objek seperti kerepek kentang, pemadam kebakaran dan item-item lain.

Awan AI Hikvision dibangunkan untuk menyelesaikan cabaran dunia sebenar merentas pelbagai pasaran vertikal dan untuk mencipta nilai yang berterusan kepada pengguna akhir. Seni bina yang canggih direka untuk mendayakan kolaborasi antara rakan kongsi merentas pengkomputeran pinggir, aplikasi industri, platform perkhidmatan dan sistem standard serta banyak lagi.

Latar Belakang CPSE

Pameran CPSE 2019 mempunyai 9 dewan pameran dengan lebih 6,000 reruai, meliputi kawasan seluas 115,000 meter persegi. Ia telah menjadi pameran yang terbesar dalam industri keselamatan global selama 11 tahun berturut-turut. Lebih 1,500 pengeluar dari lebih 100 negara dan wilayah mempamerkan produk dan penyelesaian teknologi keselamatan termaju.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka di dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191105/2630933-1?lang=0

Source: Hikvision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Trade show news