omniture

Bilik Stim-bersih Di Palace of the Golden Horses

My Steam Clean Asia Sdn Bhd
2019-11-07 18:01 259

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Palace of the Golden Horses hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat My Steam Clean Asia Sdn Bhd untuk menyediakan bilik yang distim bersih untuk para tetamu mereka. Ianya merupakan cara pembersihan yang menggunakan air yang tersejat pada suhu yang tinggi untuk membersih dan ianya mesra alam dan tidak mengandungi bahan kimia.

Collaboration between My Steam Clean Asia and Palace Of The Golden Horses Pictured in attached image Mr Odaya Kumar, CEO, My Steam Clean Asia (standing 3rd from left) and Mr Isaac Raj (standing 4th from left)
Collaboration between My Steam Clean Asia and Palace Of The Golden Horses Pictured in attached image Mr Odaya Kumar, CEO, My Steam Clean Asia (standing 3rd from left) and Mr Isaac Raj (standing 4th from left)

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan hal ini dimana kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya bilik yang bersih dan telah disterilkan melalui proses stim bersih. Kami di Palace of the Golden Horses sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang cenderung kearah lebih sihat dan mesra alam untuk para tetamu kami," kata Encik Isaac Raj, Pengurus Besar Palace of the Golden Horses.

Sebagai salah satu usaha kerjasama ini, My Steam Clean Asia telah menyiapkan hotel ini dengan kelengkapan mesin stim bersih berkualiti tinggi yang diimport dari Itali serta menyediakan latihan dari segi teknikal dan pemahaman secara berkala kepada kakitangan Palace of the Golden Horses.

"Kami melihat kerjasama ini sebagai satu peluang keemasan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang perkhidmatan dan produk stim bersih ini dan ia merupakan suatu kelebihan terhadap para tetamu yang sangat mengutamakan kebersihan dan kepada mereka yang mempunyai alahan.  Palace of the Golden Horses merupakan hotel yang sangat ideal untuk kami menyediakan kemudahan stim bersih disamping menguji ketahanan mesin stim bersih kami," jelas Encik Odaya Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif My Steam Clean Asia.

Proses stim bersih bukan sahaja dapat digunakan untuk membersih karpet, cadar, sofa, tilam, penghawa dingin, langsir, dapur dan persekitaran bilik air malah kenderaan juga. Ianya merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membunuh bakteria, kutu tilam dan debu hama. Stim bersih menggunakan suhu tinggi untuk menghilangkan bau yang teresap dan membersihkan hampir semua permukaan dan tersejat dengan sangat cepat menyebabkan permukaan menjadi kering dalam masa yang singkat berbanding menggunakan teknik pembersihan biasa.

Setiap keluarga yang memilih untuk tinggal bersama kami berhak untuk tinggal dalam keadaan sihat dan persekitaran selamat yang bebas dari bakteria berbahaya, virus dan mikroorganisma. Isaac Raj juga menambah bahawa usaha ini merupakan salah satu satu langkah untuk selari dengan prinsip Green Movement Smart Hotel yang dilancarkan pada awal oktober 2019 dimana ianya merupakan inisiatif yang diambil untuk membantu menjaga alam sekitar.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang bilik yang di stim bersih di Palace of the Golden Horses, boleh menghubungi pihak Jabatan Perhubungan Awam dan Pemasaran di talian 03-8946 4888.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191107/2635650-1?lang=0

Source: My Steam Clean Asia Sdn Bhd
Keywords: Hotels and Resorts Household Products Household/Consumer/Cosmetics Contracts