omniture

Herbalife Nutrition Foundation Buka Enam Program Casa Herbalife Nutrition Baharu di Asia Pasifik, Sokong Program-program Pemakanan untuk Kanak-kanak yang Memerlukan

Herbalife Nutrition Foundation
2019-11-07 19:31 372

HONG KONG, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Untuk meneruskan misinya untuk mempertingkat komuniti-komuniti di seluruh dunia, Herbalife Nutrition Foundation (HNF) mengumumkan penambahan 29 program Casa Herbalife Nutrition baharu dalam 20 negara di serata dunia. Daripada 29 program baharu ini, enam daripadanya berpangkalan di rantau Asia Pasifik.

HNF telah memberi komitmen sebanyak US$1 juta kepada 29 rakan kongsi Casa Herbalife Nutrition baharu ini, termasuk lebih daripada US$460,000 kepada enam rakan kongsi baharu di Asia Pasifik. Yayasan ini dijangkakan untuk menyumbang lebih daripada US$4.4 juta dalam jumlah geran kepada program-program di seluruh dunia sebelum hujung tahun 2019. Dengan geran kewangan yang diberi kepada rakan-rakan kongsi baharu ini, lebih daripada 100,000 orang kanak-kanak akan mendapat manfaat dengan menerima pemakanan yang baik dan pendidikan pemakanan setiap hari, termasuk lebih daripada 21,000 orang di rantau APAC.

"Kami amat berbangga kerana berupaya untuk mengubah kehidupan lebih ramai orang yang memerlukan dengan meluaskan komitmen kami untuk memupuk tabiat pemakanan yang baik kepada kanak-kanak, agar mereka mempunyai masa depan yang lebih sihat," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Herbalife Nutrition Asia Pasifik, serta ahli Lembaga Pengarah Herbalife Nutrition Foundation.

Selain menyediakan subsidi makanan yang sihat kepada organisasi-organisasi ini, geran HNF akan turut menyumbang kepada pengubahsuaian kemudahan dan dapur, pengambilan kakitangan pemakanan, penempatan anak-anak yatim, pembinaan kemudahan air untuk membanteras pencemaran air dan makanan, serta pendidikan perdagangan untuk para remaja dan keluarga mereka agar mereka berupaya menyara hidup.

Hari ini, dengan pertumbuhan sebanyak 29 rakan kongsi baharu ini, Program Casa Herbalife Nutrition kini menyokong hampir 170 organisasi di seluruh dunia, dengan 38 organisasi berpangkalan di rantau Asia Pasifik.

Diwujudkan pada tahun 2005, program Casa Herbalife Nutrition asalnya komited untuk membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak seluruh dunia yang tinggal di rumah anak yatim melalui pusat selepas sekolah dan pertubuhan bukan untung yang lain. Sejak itu, program ini telah berkembang dengan pesat, kini menyediakan geran kepada organisasi-organisasi seperti hospital, sekolah dan kemudahan pendidikan yang lain. Selain daripada geran kewangan awal yang dibuat oleh HNF, organisasi-organisasi ini turut menerima bantuan kewangan dan sukarela tempatan daripada ahli-ahli bebas dan kakitangan Herbalife Nutrition.

Untuk senarai lokasi-lokasi Casa Herbalife Nutrition atau untuk maklumat lanjut tentang Yayasan ini, sila kunjungi http://herbalifenutritionfoundation.org.

Latar Belakang Herbalife Nutrition Foundation 

Herbalife Nutrition Foundation (HNF) ialah sebuah perbadanan bukan untung A.S. 501 (c)(3) yang menyediakan pemakanan yang baik dan pendidikan pemakanan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. HNF menyokong lebih daripada 140 rakan kongsi Casa Herbalife Nutrition berasaskan komuniti di seluruh dunia yang membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak. Yayasan ini komited untuk memastikan pemakanan yang baik disediakan kepada kanak-kanak demi masa depan yang lebih cerah. HNF dan Herbalife Nutrition turut menyokong bantuan kemanusiaan sebagai respons kepada bencana alam dan sebagai pembantu kepada organisasi-organisasi yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan umum masyarakat seperti American Cancer Society dan American Red Cross. Untuk maklumat lanjut tentang HNF dan bagaimana anda dapat menyokong kanak-kanak dalam program-program kami, sila kunjungi www.herbalifenutritionfoundation.org.

Source: Herbalife Nutrition Foundation
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Children-related news Corporate Social Responsibility New products/services Not for profit