omniture

Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Keterambungan China (Chongqing)-Singapura 2019 diadakan di Chongqing

China-Singapore (Chongqing) Connectivity Initiative Financial Summit 2019
2019-11-07 19:50 297

SINGAPURA, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Pada 4 November, Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Ketersambungan China (Chongqing)-Singapura telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Chongqing Yuelai. Sidang Kemuncak ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China, People's Bank of China, Suruhanjaya Pengawalseliaan Perbankan dan Insurans China, Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China, Pentadbiran Kerajaan bagi Pertukaran Asing dan kerajaan perbandaran Chongqing, serta Kementerian Perdagangan dan Industri dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura

Di majlis pembukaan, datuk bandar Chongqing dan timbalan setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Tang Liangzhi menyampaikan ucapan yang penuh bersemangat. Tetamu kehormat, antara lainnya, Menteri Pendidikan Singapura dan ahli lembaga Pihak Berkuasa Monetari Singapura Ong Ye Kung, pengarah urusan Pihak Berkuasa Monetari Singapura Ravi Menon, naib presiden People's Bank of China dan pengarah Pentadbiran Negara bagi Pertukaran Asing Pan Gongsheng, menyampaikan ucaptama. Selain itu, lebih 1200 tetamu, termasuk ketua pihak pengawalselia kewangan dari lapan negara ASEAN termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Brunei, Indonesia, Laos dan Kemboja, pemimpin beberapa wilayah dan rantau berautonomi, ketua institusi kewangan dan syarikat multinasional berpangkalan di Asia Pasifik, pakar terkemuka dunia kewangan, pegawai kerajaan dari pihak berkuasa kewangan dari peringkat daerah, wilayah dan bandar serta ketua institusi kewangan dan organisasi industri di Chongqing, dan wartawan dari organisasi media terkemuka, menghadiri majlis pembukaan dan menyaksikan acara penting ini.

Untuk mencapai matlamat utama sidang kemuncak ini - terlibat dalam pelaksanaan projek demonstrasi utama inovatif yang dicadangkan oleh Inisiatif Kerajaan pusat Cina serta mempromosikan kerjasama antarabangsa bagi Inisiatif Jalur dan Jalan dan untuk pembinaan Koridor Dagangan Darat-Laut, sidang kemuncak 2019 menjemput hampir 300 pegawai kerajaan, eksekutif perniagaan dan pakar dari China, Singapura dan negara-negara lain untuk menghadiri dan terlibat dalam perbincangan pelbagai topik, termasuk pelaburan dan pembiayaan rentas sempadan, teknologi kewangan, pembiayaan terangkum, pembiayaan hijau, pembiayaan rantaian bekalan, pembiayaan logistik, pensekuritian aset, dalam satu langkah untuk mempromosikan kerjasama saling menguntungkan. Misi keseluruhan sidang kemuncak adalah untuk memastikan pembiayaan yang bersesuaian untuk Inisiatif Jalur dan Jalan dan pembentukan Koridor Dagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu menerusi inovasi.

Source: China-Singapore (Chongqing) Connectivity Initiative Financial Summit 2019
Keywords: Banking/Financial Service Transportation Trade show news