omniture

Crown Tawar Jaminan Tiga Tahun Untuk Trak Palet Siri PTH 50

Crown Equipment Corporation
2019-11-07 20:47 319

SINGAPURA, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Crown Equipment, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, kini menyediakan pelanggan di rantau Asia Pasifik dengan salah satu jaminan trak palet tangan yang paling lama dalam industri.

Crown Equipment hand pallet jack has a long-term value for all your warehousing needs.
Crown Equipment hand pallet jack has a long-term value for all your warehousing needs.

Hari ini syarikat mengumumkan bahawa trak palet Siri PTH 50 Crown yang dijual di rantau Asia Pasifik akan didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun yang mencakupi pemasangan pam, pemegang bingkai, pautan angkat dan pemasangan rod tunjal. Peningkatan dalam perlindungan jaminan ini diberikan tanpa kos tambahan kepada pelanggan.

Pengarah Pemasaran Asia Pasifik Crown, David Sultana, berkata bahawa jaminan tiga tahun yang baharu itu menunjukkan keyakinan pihak syarikat terhadap kualiti trak palet tangannya dan komitmen untuk terus menyediakan pelanggan Crown dengan nilai hebat.

"Selepas selama berdekad-dekad jualan, trak palet tangan Siri PTH Crown masih menjadi salah satu produk yang paling penting dalam barisan peralatan pengendalian bahan Crown," kata En. Sultana. "Siri PTH Crown telah membantu pelanggan kami memulakan usaha niaga baharu -- dan berkembang menjadi usaha niaga yang lebih besar -- hasil daripada keberkesanan, keserbabolehan dan kebergunaan jek palet tersebut."

"Kami yakin dengan ketahanannya dan kami ingin memberikan pelanggan kami jaminan penuh bahawa mereka membeli sesuatu yang akan memberi mereka keandalan sepanjang hayat dalam perniagaan mereka," tambah beliau. "Kami percaya bahawa penambahan jaminan tiga tahun menunjukkan kualiti trak palet tangan yang ringkas namun berkesan ini."

Siri PTH Crown disediakan dengan ukuran lebar 450 hingga 685 milimeter dan panjang 795 hingga 1150 milimeter untuk penggunaan dan keserasian berbeza dengan jenis palet yang berlainan. Ia juga disediakan dengan kemasan bergalvani celup-panas untuk digunakan dalam persekitaran mengkakis atau gudang dengan keperluan kebersihan tertentu.

Jaminan selama tiga tahun disediakan kepada pemilik asal trak palet tangan Siri PTH 50 yang dibeli melalui cawangan atau pengedar Crown serta kedai dalam talian Crown.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi dalam reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown menggunakan proses-proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh dan inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi pelanggan. Crown menghasilkan pelbagai jenis forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan.

Ibu pejabat global syarikat terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantau di Australia, China, Jerman dan Singapura. Kakitangannya melibatkan seramai lebih 16,100 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan rangkaian perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi runcit di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea Crown untuk membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, kunjungi crown.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191105/2631278-1?lang=0

Source: Crown Equipment Corporation
Related Links:
Keywords: Transportation Trucking and Road Transportation New products/services