omniture

The Big Heart Foundation: Anugerah USD 136,000 Bagi Advokasi Pelarian oleh Sharjah & UNHCR Berkembang Seluruh Asia dan Afrika untuk Pencalonan 2020

The Big Heart Foundation (TBHF)
2019-11-07 23:40 138

SHARJAH, UAE, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Seluruh Afrika telah berada di bawah skop geografi untuk Anugerah Antarabangsa Sharjah Bagi Advokasi dan Sokongan Pelarian (International Award for Refugee Advocacy and Support, SIARA) USD 136,000. Peluasan anugerah ini menembusi Afrika berserta bidang kuasa sedia adanya iaitu MENA dan rantau Asia, merupakan usaha terkini oleh Sharjah untuk menonjolkan sumbangan kemanusiaan yang luar biasa oleh organisasi-organisasi tempatan di benua Afrika, yang menjadi tuan rumah kepada lebih 26 peratus penduduk pelarian dunia

Archived photo for refugees
Archived photo for refugees

Edisi keempat anugerah berkenaan yang dianjurkan oleh badan amal kemanusiaan global berpangkalan di Sharjah, The Big Heart Foundation (TBHF) dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), menerima pencalonan dari negara-negara merentas MENA, Asia dan Afrika, sehingga 17 Disember 2019.

Buat julung kalinya sejak anugerah tersebut dilancarkan, TBHF akan menerima permohonan terus di laman sesawangnya, https://tbhf.ae. Bagi membolehkan perwakilan maksimum untuk badan-badan bukan untung di wilayah-wilayah sasaran anugerah berkenaan, TBHF turut membuka pintunya kepada organisasi-organisasi dan individu-individu seluruh dunia yang ingin mencalonkan entiti-entiti kemanusiaan yang mereka rasakan berhak menerima anugerah tersebut.

SIARA merangkumkan visi Yang Amat Mulia Sheikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Sharjah, bersama isteri baginda, Yang Amat Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, Pengerusi TBHF dan Penyokong Utama UNHCR untuk Kanak-kanak Pelarian, bagi mengiktiraf sumbangan kemanusiaan penting dalam advokasi, sokongan dan pembinaan komuniti pelarian.

Ketika dunia menghadapi krisis kemanusiaan yang paling dahsyat, dengan hampir 71 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka menurut UNHCR, SIARA ialah salah satu inisiatif global paling penting yang menggalakkan kesedaran tentang kerja-kerja kemanusian yang berterusan dan kesan-kesannya terhadap komuniti. Anugerah berkenaan mengambil pendekatan bersifat dermawan yang utama Emiriah Arab Bersatu dan mengesahkan peranan Sharjah dalam menyokong inisiatif-inisiatif kemanusiaan global.

Angerah wang bernilai USD136,000 merupakan satu sumbangan khas oleh TBHF, ia tidak mewakili mana-mana bahagian derma yang dibuat untuk yayasan berkenaan.

Kriteria penilaian SIARA bertujuan untuk mendorong amalan dan mekanisme yang inovatif dari segi penyampaian bantuan dan perkhidmatan sosial, menarik perhatian global kepada kawasan-kawasan yang paling terjejas dan mengutamakan mereka yang amat memerlukan. Penilaian calon-calon oleh TBHF akan dibuat berdasarkan faedah-faedah ketara dan kesan berterusan melibatkan campur tangan, skop kerja, objektiviti dan ketelusan dalam etos penyampaian perkhidmatan.

Tahun lalu, TBHF membelanjakan sebanyak US$ 15.8 juta untuk membantu 12 buah negara seluruh dunia yang menghadapi krisis yang memuncak.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1023714/TBHF_Logo.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1023716/TBHF.jpg 

Source: The Big Heart Foundation (TBHF)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Awards Not for profit