omniture

Zoomlion Perkenal Produk-produk Pengeluaran dan Pembinaan Mortar Tempatan Berkualiti Tertinggi di CIIE

Zoomlion
2019-11-08 01:14 469

SHANGHAI, 8 November 2019 /PRNewswire/ -- Subsidiari-subsidiari pembuatan peralatan berkualiti tertinggi Zoomlion m-tec, pembekal teknologi dan peralatan mortar kering yang terkemuka di dunia dari Jerman, dan CIFA, pengeluar terkemuka di dunia yang berpangkalan di Itali bagi jentera konkrit, memperkenalkan buat julung kalinya tiga produk tempatan, Pam Pencampur Bersambung Dwi-campur, Pencampur MR dan Mesin Konkrit Tembak di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), iaitu ekspo peringkat kebangsaan mulai 5-10 November ini.

CIFA’s CSS-3 Shotcrete Machine on Displayed at CIIE
CIFA’s CSS-3 Shotcrete Machine on Displayed at CIIE

"Zoomlion berdedikasi terhadap pembuatan berkualiti tertinggi dan berbangga untuk mempamerkan pencapaian terkini kami yang dibangunkan melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat lain yang terkemuka kepada dunia," kata Puan Luo Yanbing, Pengurus Jabatan Jualan dan Pemasaran m-tec (China) Zoomlion. "Kami ingin membantu pelanggan kami meraih kejayaan dengan penyelesaian daripada Zoomlion."

Dipamerkan di reruai 0A3-003, barisan pengeluaran dan pembinaan mortar Zoomlion membolehkan pelanggan untuk meningkatkan kecekapan pembinaan.

Sorotan utama Zoomlion di CIIE termasuk:

Pam Pencampur Bersambung Dwi-campur m-tec untuk Mortar 3D

  • Sistem dwi-pencampur "mendatar + menegak" unik dan berkuasa yang utama dalam industri berserta prinsip pencampuran berpaten, direka khas untuk pencetakan konkrit 3D
  • Kebolehsuaian luas untuk pelbagai jenis bahan
  • Sambungan data yang cepat dan mudah untuk mendapatkan semula maklumat dengan pantas dan untuk mengawal mesin secara jarak jauh
  • Kompak, automatik sepenuhnya, mudah digerakkan dan dibersihkan.

Pencampur MR m-tec untuk Mortar 3D dan UHPC (Konkrit Berprestasi Ultra Tinggi http://www.uni-kassel.de/upress/online/frei/978-3-89958-086-0.volltext.frei.pdf )

  • Berupaya untuk mengendalikan hampir semua bahan mentah termasuk serbuk, agregat, aditif mikro, serat dan pigmen.
  • Perolakan, pemotongan dan penyerakan berkuasa untuk mencapai kehomogenan berkualiti campuran sehingga 99.5% dalam tempoh singkat yang diperlukan untuk mortar 3D dan pengeluaran UHPC.
  • Output setiap jam pencampur MR boleh mencecah 200t.

Mesin Konkrit Tembak CSS-3 CIFA

  • Satu-satunya mesin dwikuasa elektrik dan diesel China untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik.
  • Sistem bum robotik bebas-pergerakan-sembilan-darjah yang pertama di dunia membolehkan liputan penuh kontur terowong tanpa titik buta.
  • Reka bentuk lipatan bum "Z" membolehkan CSS-3 dibuka dalam ruang sempit dengan ketinggian 3.2m dan lebar 2.5m, kedua-duanya merupakan yang terbaik dalam industri.
  • Lebih mudah untuk penyemburan bahu dan lereng-sisi dengan turet gelongsor bum dan blok tujah bum berganda
  • Kerumitan operasi dan keamatan tenaga buruh dikurangkan dengan reka bentuk operasi-satu-butang dan fungsi perancangan trajektori.

Untuk maklumat lanjut tentang pameran Zoomlion di CIIE, kunjungi reruai 0A3-003 atau lawati pameran dalam talian m-tec dan CIFA.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual hampir 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Latar Belakang m-tec

Beribu pejabat di Neuenburg, Jerman, m-tec begitu sinonim dengan penyelesaian yang inovatif untuk pembuatan, logistik dan pemprosesan bahan-bahan pembinaan pracampur selain bahan-bahan pukal berbutir halus sejak tahun 1978. Bergabung dengan Zoomlion pada tahun 2014, m-tec China Co., Ltd mengkhusus dalam menggabungkan teknologi Jerman dan pengilangan Cina serta menyediakan produk-produk tersuai kepada penggunanya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.m-tec.com.

Latar Belakang CIFA

Sejak penubuhannya pada tahun 1928 di Itali, CIFA telah mereka bentuk, menghasilkan dan mengedarkan inovasi dalam bidang pembinaan dan telah menjadi pengeluar yang terkemuka di dunia bagi jentera konkrit. Pada tahun 2008, CIFA diambil alih oleh kumpulan perindustrian Cina Zoomlion Heavy Industry, yang menghasilkan kelebihan daya saing baharu dan ciri-ciri tersendiri yang unik serta pengalaman yang profesional dari Itali dan juga China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.cifa.com/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191105/2632543-1-a?lang=0

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services Trade show news