omniture

Peluasan Global dan Inovasi Produk Akhiri Tahun Pertumbuhan Ketujuh Berturut-turut untuk Wealth Dynamix

Wealth Dynamix
2019-11-08 01:36 111

LONDON, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Wealth Dynamix, peneraju global bagi penyelesaian Pengurusan Kitaran Hayat Pelanggan (CLM), telah mengumumkan tahun pertumbuhan ketujuh berturut-turut, yang mana firma ini telah berkembang ke dalam pasaran-pasaran baharu, melabur dalam bakat baharu, memperoleh pelanggan baharu yang utama dan menyediakan kemas kini yang inovatif bagi membantu pengurus kekayaan melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Wealth Dynamix berkedudukan baik untuk memacu pertumbuhan menuju tahun kewangan seterusnya, yang baru sahaja menandatangani perjanjian dengan institusi kewangan Perancis global baharu yang utama dan dua bank swasta di UK dan Geneva.

Peneraju CLM ini berkembang ke seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia pada tahun 2019, membuka pejabat baharu dan mengambil bekerja bakat yang luar biasa. Dominic Gamble terus mendorong peluasan di APAC dengan membawa bersama beliau nilai pengalaman selama dua dekad dalam pengurusan kekayaan dan pasukan yang berkembang pantas.

Kerancakan pemerolehan bakat tidak berakhir di situ, dengan Antony Bream hadir untuk memacu pertumbuhan selanjutnya pada kedua-dua bahagian Atlantik sebagai Pengarah Urusan untuk UK dan benua Amerika dan veteran-veteran industri Natalie Levine dan Lucy Heavens mengambil tampuk pimpinan masing-masing sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan Ketua Pemasaran.

Teknologi menjadi keutamaan dalam kejayaan Wealth Dynamix dan Platform CLM WDX1 yang dilancarkan tahun ini untuk menawarkan pelanggan dengan penyelesaian Pengurusan Kitaran Hayat Pelanggan sebenar yang pertama ke dalam pasaran. Beberapa firma pengurusan kekayaan UK dan Eropah utama telahpun memanfaatkan seni bina modularnya dan mewujudkan integrasi erat dengan Microsoft untuk membantu mengurus iklim pengawalseliaan yang semakin mencabar, pelanggan yang lebih sofistikated dan cabaran penyepaduan digital dan legasi yang rumit.

"Pengurus kekayaan mengalami tekanan kos, masa dan pengawalseliaan yang tinggi. Mereka dikecewakan oleh penyelesaian teknologi sedia ada yang disepadukan secara tidak berkualiti dan terlalu bergantung kepada platform legasi dan pasukan IT dalam kemelut untuk menjadi seiring dengan perubahan. Ini mewujudkan perjalanan pengguna yang terasing yang boleh menjejaskan pengalaman pelanggan dan mengakibatkan kakitangan utama meluangkan masa yang terlalu lama mengurus proses-proses pengawalseliaan dan data pelanggan penting secara manual pada sistem yang ketinggalan zaman, dan bukannya mencari pelanggan baharu dan mengurus proses sedia ada dengan lebih baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Dynamix Gary Linieres.  

"Wealth Dynamix ialah satu-satunya penyedia CLM tulen di luar sana — menggabungkan pengurusan prospek, penerimaan pelanggan dan CRM menerusi penyelesaian tunggal yang dapat memanfaatkan sistem legasi sedia ada di samping menyediakan tawaran yang inovatif dan bebas yang disediakan melalui Platform Microsoft Dynamics 365 yang terkemuka di dunia."

"Untuk pengurus kekayaan moden, teknologi pengautomatan merupakan kunci untuk meminimumkan overhed operasi dan memperkasa kakitangan untuk mencipta nilai tambahan. Wealth Dynamix akan terus membangunkan lagi platformnya yang utama dalam industri pada tahun 2020 dengan tumpuan pada penglibatan digital, membolehkan pelanggan untuk menjalankan khidmat layan diri secara jarak jauh dan menyediakan kecerdasan buatan (AI) yang boleh dijelaskan kepada kakitangan untuk membantu mereka melibatkan pelanggan dan prospek mereka dengan lebih baik pada waktu yang tepat dan dengan kandungan yang betul."

 

Source: Wealth Dynamix
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Contracts Corporate Expansion