omniture

Suning International Jalin Kerjasama dengan Italian Trade Agency, Sediakan 'Produk Itali Asli' kepada Pengguna Cina

Suning Holdings Group
2019-11-08 01:52 408

SHANGHAI, 8 November 2019 /PRNewswire/ -- Suning International secara rasminya menandatangani satu perjanjian dengan Italian Trade Agency (ITA) di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali kedua bagi mengukuhkan penaiktarafan penggunaan dan peningkatan kualiti gaya hidup, meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan penggunaan produk-produk Itali Asli di China.

Kedua-dua pihak bersama-sama mengumumkan pelancaran kempen pemasaran serba baharu 'Promosi Itali Asli Suning-ITA 2019-2020'. Promosi Itali Asli Suning-ITA bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelanggan Cina mengenai kualiti produk-produk Itali dan untuk memanfaatkan konsep Keaslian bagi meningkatkan penawaran dan jualan produk-produk Buatan Itali selain eksport produk-produk berkenaan ke China.

Suning International signed a new agreement with Italian Trade Agency
Suning International signed a new agreement with Italian Trade Agency

Perjanjian baharu tersebut membolehkan Suning merancang untuk menjalankan beberapa kempen pemasaran dalam talian dan luar talian bagi meningkatkan kesedaran dan meluaskan penggunaan produk-produk Itali asli di China, menggalakkan pemahaman yang lebih baik tentang produk-produk Itali dalam kalangan pengguna Cina dan meluaskan lagi konsep keaslian dengan matlamat untuk meningkat.

Di samping itu, ITA akan menyokong Suning untuk memudahkan penyumberan produk-produk Itali Asli melalui pelaburan pemasaran dan untuk menubuhkan Akademi Runcit Suning-Itali, program latihan yang bertujuan untuk memupuk pembeli-pembeli luar negara profesional.

Berikutan daripada strategi perdagangan antarabangsa China dan penandatanganan Perjanjian Kerjasama Strategik pada bulan Mac 2019 yang disaksikan oleh Presiden China En. XI Jinping dan Perdana Menteri Itali En. Giuseppe Conte, Suning merancang untuk mengeluarkan 150 jenama rekaan, fesyen dan teknologi Itali pada tahun 2019, termasuk jenama pakaian dalam La Perla, jenama fesyen O Bag dan jenama lampu Flos. Suning akan turut membuka 150 kedai luar talian runcit pintar yang dikhususkan untuk produk-produk luar negara dan pengalaman penggunaan merentas bandar-bandar Cina utama sepanjang tiga tahun akan datang. Ia juga akan membuka Pavilion Itali melalui saluran dalam talian, menawarkan gaya hidup dan pengalaman kebudayaan Itali yang menyokong penembusan jenama ini dalam pasaran domestik. Selain itu, Carrefour China akan memainkan peranan penting untuk rantaian bekalan Suning International dan bekerjasama dengan ITA bagi membawakan lebih banyak makanan dan minuman Itali ke pasaran Cina.

'Pasaran China mempunyai potensi yang amat besar, tanpa mengira untuk pengguna bertaraf tinggi atau pengguna bandar-bandar tahap 3 hingga tahap 4. Suning akan memanfaatkan sepenuhnya omnisaluran dan pelbagai susun atur perindustrian untuk meningkatkan jumlah jualan dan kesedaran jenama buat jenama-jenama Itali' kata Zhang Jindong, Pengerusi Suning. Beliau turut menyebut bahawa Suning akan terus memberi tumpuan pada pembangunan dan perniagaan antarabangsa melalui susun atur senario penuh dan penyelesaian runcit pintar.

Semasa berlangsungnya ekspo ini, Suning International akan mengukuhkan kuasa beli terhadap produk-produk kesihatan, fesyen, kecantikan dan makanan. Selain itu, Suning akan membuka kedai pintar berkualiti tinggi di Shanghai pada Mac 2020, menjadi tempat pengumpulan jenama-jenama premium khusus bagi reka bentuk, fesyen dan teknologi, untuk terus memperkasa penaiktarafan penggunaan dan peningkatan kualiti gaya hidup. Di samping itu, Suning International akan menyediakan penggunaan pengalaman yang interaktif dalam bentuk kedai pintar berkualiti tinggi Suning dan divisyen Suning International, bagi memenuhi minat pengguna muda terhadap fesyen dan trend, untuk membawa barangan berkualiti premium serta meningkatkan kegembiraan buat pengguna Cina.

Sebagai sebuah syarikat peruncitan pintar yang terkemuka di China, Suning aktif mengambil bahagian dalam CIIE dan memanfaatkan kelebihan omnisaluran, senario penuh dan berbilang perniagaannya, selain kekuatan pemahamannya mengenai penggunaan dan ramalan trend penggunaan berdasarkan teknologi serta data raya, untuk memperkasa sepenuhnya jenama-jenama luar negara dan menjadi penghubung untuk jenama-jenama luar negara bagi menembusi pasaran Cina.

Latar Belakang Suning Holdings Group

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2019, Suning Holdings Group tersenarai sebagai tiga jenama terbaik antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka di China dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 602.5 bilion (kira-kira EURO 77.24 bilion) dan terus mengungguli senarai bagi kategori peruncitan Internet. Berpegang kepada misi perusahaan iaitu "Menerajui Ekosistem merentas Industri-industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya sebagai jualan runcit melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri vertikal, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, subsidiari utama yang mempelopori peruncitan dalam talian dan luar talian, telah tersenarai dalam Fortune Global 500 selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017 hingga 2019.

 Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191105/2632610-1?lang=0

 

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Trade show news