omniture

Red Box Lantik Beng Kiat Yeo Pengurus Besar Asia Pasifik, Kukuhkan Cita-cita Pertumbuhan Rantau

Red Box
2019-11-08 02:55 138

LONDON dan SINGAPURA, 7 November 2019 /PRNewswire/ -- Red Box, platform peneraju bagi suara, telah melantik Beng Kiat Yeo sebagai Pengurus Besar APAC bagi membentuk dan memacu strategi pertumbuhannya di rantau ini.

 

Beng Kiat Yeo, Red Box General Manager, APAC
Beng Kiat Yeo, Red Box General Manager, APAC

 

Beng sebelum ini memegang peranan kepimpinan strategik dalam sektor IT dan perisian dan baru-baru ini Pengarah Perikatan & Saluran Strategik / Pembangunan Perniagaan di Verint Systems.  Beliau membawakan pengalaman luas yang penting dalam jualan penyelesaian ICT, serta pembangunan perniagaan, pertumbuhan pemasaran dan saluran, dan kemahiran pengurusan untuk memperkukuhkan kehadiran Red Box di APAC.

"Platform Red Box adalah yang paling terbuka dan terhubung dalam industri," ulas Beng. "Tatkala pelanggan semakin melihat suara sebagai set data strategik untuk mendapat kelebihan dalam AI dan alat analitik yang terbaik, pendekatan ini adalah kritikal, unik dan mengujakan, dan saya tidak sabar untuk bekerja bersama-sama dengan penjual dan pelanggan baharu dan sedia ada bagi memperkasakan organisasi-organisasi dalam membuka potensi nilai suara."

"Kami gembira dapat melantik Beng sebagai Pengurus Besar APAC," ulas Richard Stevenson, Ketua Pegawai Eksekutif Red Box.  "Beliau membawakan pengalaman yang luas untuk memimpin pasukan APAC dan bekerjasama dengan penjual dan rakan saluran kami untuk merealisasikan potensi pertumbuhan yang besar yang ada di rantau ini."

Latar Belakang Red Box

Red Box ialah pakar suara khusus yang terkemuka, memperkasakan organisasi untuk merakam, menyimpan dan membuka nilai suara perusahaan luas.  Dengan platform yang paling terbuka dan terhubung, kami merakam dan mentranskripsikan komunikasi suara daripada lebih 55 sistem (legasi dan baharu), merentas perusahaan dan SME global.  Para pelanggan kami mengekalkan kedaulatan data sepenuhnya dan kami menghubungkan mereka dengan ekosistem rakan kongsi yang paling luas untuk memaksimakan nilai data suara yang dirakam.

Bekerjasama dengan saluran penjual global, kami diyakini oleh organisasi terkemuka merentas sektor kewangan, pusat hubungan, kerajaan dan keselamatan awam (termasuk enam bank terkemuka di dunia, 85% broker antara urusniaga, 1,700 pusat panggilan dan 70% pasukan polis UK) dan kami merakam dan menyimpan berjuta-juta panggilan setiap hari untuk lebih 3,000 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut lawati www.redboxvoice.com.

 

 

Untuk pertanyaan berita sila hubungi: 
Nadine Edmondson di +44-(0)7702-335-519
marketing@redboxvoice.com

 

Source: Red Box
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications VoIP Personnel announcements