GUANGZHOU, China, 8 November 2019 /PRNewswire/ -- Pada 30 Oktober 2019, penyedia penyelesaian IT perabot rumah Cina 3VJIA mengadakan sidang akhbar pembiayaan pusingan C dan strategi baharu di Shangri-La Hotel, Guangzhou.
Hampir 2,000 eksekutif daripada sektor rekaan rumah dan perabot Cina menghadiri acara ini. Penceramah-penceramah terdiri daripada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 3VJIA Cai Zhisen, Ketua Pegawai Teknologi Yang Xiang serta pengasas bersama dan naib presiden Li Baosheng, kesemuanya berucap tentang pelbagai topik termasuk strategi, teknologi dan model runcit baharu. Naib presiden Alibaba Tang Xing, pengerusi Golden Kitchen Wen Jianhuai dan naib presiden QuMei Home Furnishings Group Wu Nani turut berucap di acara ini.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, 3VJIA telah mengembangkan perniagaannya daripada perisian reka bentuk awan kepada reka bentuk rumah keseluruhan dan rantaian industri perabot dan aksesori, mencipta set alatan Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan (SaaS) yang telah memanfaatkan yang terkini dalam IT, saling hubungan maklumat, kolaborasi merentas seluruh rantaian industri dan transformasi digital yang melanda seluruh sektor ini.
Semasa berlangsungnya acara tersebut, eksekutif-eksekutif 3VJIA secara rasminya mengumumkan strategi baharu yang digelar oleh mereka sebagai "Satu Tubuh, Dua Sayap" ("One Body, Two Wings") sebagai langkah untuk mempromosikan situasi yang saling menguntungkan merentas sektor melalui penggunaan teknologi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, En. Cai, "Satu Tubuh" dalam strategi berkenaan merujuk kepada infrastruktur bertumpu IT manakala "Dua Sayap" merujuk kepada penerokaan terhadap pendekatan pembuatan dan peruncitan baharu, melahirkan platform pengedaran produk berpakej, berserta platform pembuatan, peruncitan dan pemasaran yang baharu.
Bagi bertindak balas kepada trend industri yang terkini, I72, subsidiari 3VJIA, memanfaatkan kuasa teknologi dan kecekapan firma dalam membina trafik dalam talian untuk mencipta ekosistem baharu dengan kelengkapan rumah berpakej berdasarkan model "individu, produk dan tempat" berkongsi dan kolaboratif. I72 menyediakan pelanggan korporat dengan penyelesaian rantaian bekalan sehenti, memperkasa sepenuhnya sektor barangan rumah dengan menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan yang meliputi reka bentuk, jualan, pengeluaran, bekalan dan juga pemasangan.
3VJIA diperkasakan oleh teknologi dan mempunyai misi untuk membina sebuah ekosistem berasaskan model-model pembuatan pintar dan peruncitan baharu sambil menyokong penyelesaian yang saling menguntungkan buat semua pengusaha merentas sektor melalui jalinan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar huluan dan hiliran. Matlamat utama 3VJIA adalah untuk menjadikan jualan, reka bentuk dan pengeluaran barangan rumah lebih mudah.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191101/2629401-1?lang=0