omniture

Siam Commercial Bank jalin kerjasama dengan Liquid Group dayakan pembayaran QR rentas sempadan antara Singapura dan Thailand

Liquid Group
2019-11-08 22:50 291
  • Liquid Group perluas rangkaian pembayaran QR rentas sempadannya ke Thailand melalui kolaborasi strategik dengan Siam Commercial Bank, bank komersial terbesar di negara tersebut.
  • Perkongsian ini akan membolehkan pengguna Thai mengimbas dan membayar dengan aplikasi perbankan mudah alih Thai mereka melalui peniaga-peniaga yang mengambil bahagian di Singapura dan seterusnya membolehkan peniaga Thai menerima bayaran daripada pengembara menggunakan aplikasi pembayaran QR daripada Liquid Group dan rakan-rakan kongsinya.
  • Inisiatif ini akan meningkatkan dengan banyaknya perjalanan pembayaran untuk jumlah pelancong intra-serantau yang tinggi, menyediakan mereka dengan kemudahan menggunakan aplikasi pembayaran QR tempatan pilihan mereka untuk membuat pembelian di luar negara.

BANGKOK dan SINGAPURA, 8 November 2019 /PRNewswire/ -- Siam Commercial Bank (SCB) dan Liquid Group hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik untuk membolehkan penerimaan pembayaran QR rentas sempadan di Singapura dan Thailand. Menerusi pembukaan koridor Singapura – Thailand untuk pembayaran QR, SCB akan bertindak sebagai bank penaja untuk semua aplikasi perbankan Thai yang menyokong pembayaran QR rentas sempadan. Pelanggan akan berupaya untuk membayar pembelian mereka menggunakan aplikasi pembayaran QR Thai masing-masing melalui peniaga-peniaga Liquid Group yang mengambil bahagian di Singapura.

Perkongsian itu akan membolehkan kedua-dua pengusaha untuk menerajui kebolehoperasian rentas sempadan untuk pembayaran QR antara Aplikasi Perbankan Mudah Alih Thai dan rangkaian luas aplikasi pembayaran serantau Liquid Group. Sebagai bank komersial yang terbesar di Thailand, SCB ialah peneraju bagi perbankan gaya hidup digital yang memberi tumpuan pada inovasi, teknologi dan pembangunan perkhidmatan untuk penyampaian pengalaman pelanggan yang lebih baik. Selain itu, ia mempunyai kumpulan peniaga yang luas melibatkan kira-kira 1.0 juta titik penerimaan di seluruh negara.

Liquid Group dan SCB akan menyokong transaksi pembayaran kod QR disampaikan-peniaga rentas sempadan. Peniaga-peniaga yang mengambil bahagian di Singapura dan Thailand juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan daripada jumlah tinggi pengembara yang kerap berulang alik antara dua negara ini dan peningkatan kuasa beli mereka, yang tidak lagi terhad kepada jumlah wang tunai yang dibawa oleh mereka, tetapi dihubungkan kepada kredit yang terdapat dalam dompet mereka yang diambil daripada akaun deposit mereka.

Liquid Group akan turut bekerjasama dengan SCB untuk memberikan perkhidmatan bernilai tambahan inovatif tambahan kepada pelanggan mereka melalui platform pembayaran dan pemasaran rentas sempadan bersepadu mereka untuk rakan-rakan kongsi. Ia juga akan membolehkan rakan-rakan kongsi untuk menjalankan kempen pemasaran bagi mempromosikan kesedaran dan penggunaan aplikasi mereka dalam kalangan pengguna Thai. Peniaga-peniaga di Singapura juga boleh melancarkan kempen-kempen bersasaran untuk pelanggan SCB, menawarkan pengguna dengan aplikasi SCB Easy bagi menikmati promosi dan tawaran eksklusif.

Mengulas tentang kolaborasi ini, Naib Presiden Kanan Pertama Bahagian Perkhidmatan Perbankan Transaksi Global, Siam Commercial Bank WB Future Platform, En. Sopol Chattananant berkata bahawa, "Salah satu strategi operasi perniagaan utama SCB adalah mempunyai rakan-rakan kongsi mantap bagi mencipta keupayaan baharu untuk kekal seiring dengan perubahan drastik dalam tingkah laku pengguna di seluruh dunia, perkongsian dengan penyedia perkhidmatan pembayaran QR seperti Liquid Group akan mendorong strategi Pembayaran Global SCB 2019 untuk meningkatkan potensinya dan meluaskan skop perkhidmatannya. Ia juga akan membantu memberi lebih banyak peluang dan akses lebih baik kepada pengalaman pembayaran global waktu sebenar dan lancar untuk pelanggan Thai yang menjelajah ke luar negara dan warga asing yang berkunjung ke Thailand. Pada peringkat awal, perkhidmatan itu akan membolehkan pelanggan Thai yang berkunjung ke Singapura untuk menggunakan SCB Easy Application dan aplikasi perbankan mudah alih daripada bank-bank lain dengan ciri pembayaran rentas sempadan untuk mengimbas kod QR bagi membuat bayaran di kedai-kedai yang terletak di Lapangan Terbang Changi Singapura sebelum berkembang ke lokasi-lokasi lain. Pada peringkat seterusnya, perkhidmatan ini akan membolehkan pengunjung Singapura untuk membuat bayaran menggunakan pengimbasan QR di Thailand. Pihak Bank yakin bahawa perkongsian dengan Liquid Group akan menawarkan pengalaman pembayaran waktu sebenar dan lancar melalui platform digital untuk benar-benar memenuhi keperluan pelanggan bersama kami."

Jeremy Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Liquid Group, berkata, "Thailand merupakan destinasi pelancong yang utama di seluruh dunia dan jalinan kerjasama dengan SCB, bank komersial terbesar negara berkenaan, akan menawarkan rangsangan hebat kepada rangkaian pembayaran QR rentas sempadan kami. Selain itu, kami teruja untuk bekerjasama dengan peneraju yang inovatif dalam perbankan digital seperti SCB dan percaya bahawa kesan sinergi daripada perkongsian kami akan membawakan pelbagai faedah kepada pengembara intra-serantau kami."

Merujuk kepada pelancarannya untuk rangka kerja pembayaran QR rentas sempadan serantau, Liquid Group telah menjalankan percubaan kebolehoperasian dengan pemeroleh rakan kongsinya untuk melanjutkan mod pembayaran yang diterima oleh mereka kepada pelbagai aplikasi pembayaran QR yang mengambil bahagian daripada penerbit luar negara. Ia memperkenalkan secara progresif beberapa perkongsian strategik bersama pengusaha-pengusaha utama untuk menerajui penerimaan pembayaran QR rentas sempadan merentas pelbagai koridor yang berasal dari Singapura ke Hong Kong, Indonesia, Taiwan dan paling terkini, Thailand.

Percubaan yang Berjaya menggunakan aplikasi SCB Easy oleh Siam Commercial Bank diadakan 4 Nov 2019 di Singapura
Percubaan yang Berjaya menggunakan aplikasi SCB Easy oleh Siam Commercial Bank diadakan 4 Nov 2019 di Singapura

Latar Belakang Liquid Group

Liquid Group ialah kumpulan perkhidmatan pembayaran QR terkemuka yang berpangkalan di Singapura, dengan kehadiran di seluruh Asia Pasifik. Ia mengendalikan rangkaian penerimaan pembayaran QR berasaskan API terbuka yang membolehkan penerimaan rentas sempadan bagi aplikasi pembayaran QR bank dan bukan bank merentas pelbagai pasaran di rantau berkenaan. Dengan menerajui rangka kerja kebolehoperasian rentas sempadan yang terbesar, Liquid Group merupakan peneraju industri dalam penciptaan ekosistem pembayaran mudah alih yang lebih terhubung dan mantap buat semua.

Latar Belakang Siam Commercial Bank

Siam Commercial Bank PCL (SCB) ditubuhkan oleh Royal Charter pada tahun 1906 sebagai bank Thai yang pertama dan merupakan salah sebuah bank sejagat yang terkemuka di Thailand. Setakat Mac 2019, jumlah permodalan pasaran SCB mencecah THB 449 Bn dan Bank tersebut merupakan bank komersial terbesar Thailand dari segi jumlah aset (THB 3,200 Bn). Jaringan cawangan dan titik perkhidmatannya menawarkan liputan seluruh negara. SCB komited untuk menjadi "Bank Paling Dikagumi" di Thailand dan peneraju dalam membentuk masa depan industri perbankan Thailand dengan mengimbangi proposisi nilai untuk semua pemegang kepentingan - pelanggan, kakitangan, pemegang saham, pengawal selia dan masyarakat. Maklumat lanjut disediakan di laman sesawang Bank di www.scb.co.th

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2632600-1?lang=0

Source: Liquid Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology