omniture

Pameran Canton ke-126 Bentuk Daya Saing Perdagangan Baharu dengan Kualiti Pembeli Lebih Baik

Pameran Canton
2019-11-09 00:48 586

GUANGZHOU, China, 9 November 2019 /PRNewswire/ -- Mengalu-alukan 186,015 pembeli dari 214 negara dan wilayah, Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-126 melabuhkan tirai pada 4 November dengan jumlah perdagangan mencecah USD 29.288 bilion. Nilai pusing ganti dari negara-negara dan wilayah-wilayah dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (B&R) menyumbang sebanyak 37.75 peratus daripada jumlah keseluruhan untuk mencecah USD 11.056 bilion -- mewakili 14.81 peratus pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya, dengan 85,445 pembeli dari negara-negara inisiatif B&R hadir, satu peningkatan sebanyak 1.03 peratus berbanding tahun sebelumnya.

126th Canton Fair Shapes New Trade Competitiveness with Improved Buyer Quality
126th Canton Fair Shapes New Trade Competitiveness with Improved Buyer Quality

Xu Bing, jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, menyebutkan bahawa Pameran Canton telah menyaksikan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat, sementara syarikat-syarikat yang mengadakan pameran telah mencipta peluang-peluang baharu dengan menemui pasaran-pasaran baru muncul, yang membantu membentuk daya saing pasaran yang baharu. Hal ini turut memperlihatkan penambaikan dan pemecutan China dalam pengoptimuman struktur perdagangan.

Pameran Canton telah menyaksikan peningkatan kualiti pembeli dengan pembuat keputusan mencakupi sehingga 85 peratus daripada jumlah peserta selain 74,722 pengunjung baharu yang menyumbang sebanyak 40.17 peratus. Ia turut menerima 89 misi perdagangan dari seluruh dunia, menyaksikan 22 peratus pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya.

Memberi tumpuan pada penyediaan pengalaman pelanggan, Pameran Canton bukan sahaja mengundang pembeli dari seluruh dunia dengan potensi pasaran baru muncul tetapi juga mempromosikan jenama, syarikat dan produk dengan kelebihan daya saing.

Eksport ke pasaran-pasaran baru muncul telah meningkat dengan ketara di Pameran Canton termasuk USD 3.65 bilion ke negara-negara BRICS, peningkatan sebanyak 4.17 peratus, USD 3.435 bilion ke ASEAN, peningkatan sebanyak 39.22 peratus dan USD 2.813 bilion ke Afrika dicapai, dengan peningkatan sebanyak 10.72 peratus.

Produk-produk dengan pembangunan yang inovatif adalah sangat bernilai, seperti tenaga baharu, peralatan kebersihan, peralatan elektronik dan produk lampu. Produk-produk elektro-mekanikal menduduki kedudukan teratas dari segi jualan, mencecah USD 15.941 bilion dan menyumbang sebanyak 54.43 peratus daripada jumlah pusing ganti.

Pameran Canton juga membolehkan platform yang dikongsikan untuk syarikat-syarikat antarabangsa membeli dan menjual di seluruh dunia, dengan 642 pempamer antarabangsa dari 38 negara dan wilayah mendapat akses pantas ke pasaran Cina.

Untuk maklumat lanjut: https://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan dengan pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191107/2635779-1?lang=0

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news